Monday, October 5, 2015

Suatu Waktu





Salah Satu Tempat Yang Pernah Ku Lawati kini Hanya Tinggal Kenangan.

Masih kah Kau Ingat


Perth Aku Datang

Tanggal 13hb May 2015 sekali lagi aku menjejakkan kaki ke Perth Australia kali ini pemergian ku bersama isteri tanpa melalui ejen pelancungan aku memberanikan diri belandaskan pengalaman lalu untuk menyelusuri Bandar Perth.  Sesampainya disana aku mengambil sebuah teksi dan terus menuju ke Hotel Penginapan ku Di Pan Pacific. Selepas Check in di Hotel dan berehat sabentar aku tak mengambil masa lama untuk terus begerak menyelusuri Bandar Perth.

Masih tidak banyak berubah sejak kali terakhir aku kesini masih tenang dan damai tanpa banyak hiruk pikuk kenderaan dan inilah Perth Yang lebih sesuai di panggil Bandar Untuk Orang Bersara menghabiskan sisa sisa Kehidupannya.

Monday, September 28, 2015

Laman Rindu

Langkah Longlai perjalanan ini diteruskan lagi dalam memburu sesustu yang amat yang belum tentu kehadirannya samada ianya dalam bentuk nyata maupun Illusi semata semata.  Apa pun jika aku mampu menemuinya maka akan terjawablah segala teka teki selama ini.

Langkah Langkah sumbang ini jelas kelihatan tidak akan mampu menemui apa yang dicari jauh sekali untuk menemuinya namun aku tetap tidak akan berputus asa sebab aku tahu lebih baik mencari dari membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Sunday, September 27, 2015

Pencarian Diteruskan

Dalam mengaharungi hidup yang penuh cabaran dan berliku ini ramai diantara kita tewas dipertengahan jalan ramai yang jatuh dan mampu bangun semula dan ramai pula yang terus rebah menyembah bumi tanpa penghujungnya. Alangkah malangnya mereka mereka ini yang sering menjadi mangsa keadaan dalam mencari keredhaan Hidup demi sesuap nasi.

Ini lah Order dunia Hari ini kekayaan dan wang ringgit menjadi teras kehidupan, kemewahan dan kekuasaan tanpa ada rasa belas kasehan walaupun rintihan dan rayuan yang hanya jatuh ditelinga telinga yang enggan mendengar apatah lagi melihat penuh simpati.  Realiti kehidupan Abad ini hanya untuk yang mampu sahaja.