Friday, March 27, 2009

CAMAR PUTIH


27hb mac 2009


Sejak pengalaman pertama lawatanku aku tidak lagi menoleh kebelakang setiap tahun akan ku pastikan akan akan mengunjungi beberapa negara mengikut kemampuan ku sesungguhnya pengalaman yang aku perolehi tidak ternilai harga. Aku umpama camar putih yang terbang untuk menikmati keindahan dunia ciptaan yang maha kuasa.

Pengalaman ini sabenarnya yang membuka mindaku seluas-luasnya untuk mengenal erti sabenar kehidupan sejagat walaupun terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi. Aku benar-benar bersyukur keatas apa jua kehidupan yang aku lalui dan segalanya itu adalah proses dalam mendewasakan aku.

Monday, March 23, 2009

MIMPI BERTUKAR REALITI

23 mac 2009 jam 10.00 mlm.

Tanpa ku duga aku telah terpilih sebagai pengurus terbaik dan sebagai hadiahnya ialah lawatan ke LOS ANGELES satu destinasi yang tak pernah aku impikan, semasa belajar geograpi semasa disekolah Amerika Syarikat merupakan sebuah negara kuasa dunia dan hari ini aku akan kesana tambahan pula ianya merupakan trip pertama aku keluar negara sesungguhnya aku amat teruja sekali. Kami sekeluarga berlepas dari lapangan terbang subang dan selepas mengharungi perjalanan yang amat jauh kira-kira 15 jam kami sampai ke Los Angeles cuaca pada ketika itu agak sejuk kira-kira 18 darjah celsius perubahan waktu juga menjadikan kami amat keliru.

Antara tempat-tempat yang kami lawati ialah San Franscisco, Las Vegas dan Tijuana di Mexico itu adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan.

Sunday, March 22, 2009

DESTINASI KU



Kita lupakan sajenak akan kisah-kisah silam perjalanan hidupku kali blog yang bakal aku tulis akan lebih menjurus kepada hobi baru ku ia itu melancung, segalanya bermula apabila aku berjaya dinobatkan sebagai pengurus terbaik espek pada tahun 1996 dan sebagai ganjarannya aku dihadiahkan melancung keLOS ANGELES USA aku amat teruja untuk kedestinasi yang memang tidak pernah aku impikan sabelum ini sekali lagi syukur alhamdullilah kepada yang MAHA ESA keatas anugerahnya itu.


Saya sekeluarga termasuk anak-anak sampai kedestinasi yang dituju selepas melalui penerbangan selama hampir tujuh belas jam adakalanya aku terfikir akal manusia juga tidak terbatas keupayaannya untuk mencipta kapal terbang. Aku menghabiskan masa selama lapan hari kedestinasi seperti Las Vegas tempat perjudian yang terbesar, San Franscisco yang terkenal dengan Golden Gate, siri tv streets of san franscisco dan penjara al catrz. Sepanjang di-LA kami juga dibawa melawat keDISNEY LAND satu tempat yang memang jadi tumpuan pelancung serata dunia.

TETAMU YANG TIDAK DIUNDANG


21 mac 2009 8.45 mlm.


Beberapa insiden yang tidak diduga sering berlaku dalam hidup kita umpamanya pada satu malam sekawan gajah menziarahi kami dikongsi penginapn mujurlah tidak ada sesuatu insiden yang tidak dingini berlaku syukur alhamdullilah semuanya selamat tetapi dihati kecil kami berkata inilah pengorbanan yang perlu aku berikan demi untuk generasi yang akan datang.


Saturday, March 21, 2009

BOSS

Kerjaya yang panjang juga selalu diiringi oleh BOSS yang sileh berganti ESPEK juga merupakan satu persinggahan untuk mereka menabur khidmat bakti tentunya berbagai kerenah dan ragam yang perlu kita hadapi sementelah kita masih mahu lagi bekerja untuk mencari sebuah penghidupan dan sesuap nasi.

Sebagaimana kata pepatah BOSS IS ALWAYS RIGHT kita akur akan ketentuannya yang penting yang baik dijadikan tauladan dan yang tak baik dijadikan sempadan walauapapun aku sentiasa mendoakan akan kesejahteraan mereka semua kerana tanpa mereka ESPEK mungkin hanya tinggal kenangan sahaja.

Kawan dan Sahabat

Ahad 22mac 8.45 pagi.


Sepanjang melalui kerjaya yang panjang dan berliku ini ramai ku temui teman dan sahabat mereka datang dan pergi dalam ertikata lain samada berpindah kesyarikat lain,bersara, berhenti atau meninggalkan kita untuk selamanya namun begitu memori indah ketika bersama akan tetap tersimpan indah didalam lipatan sanubari ku.

Ku terus jelajahi memori lamaku bagi mengenang detik-detik suka, duka dan tak kurang yang indah tetapi itu semua telah menjadi sejarah yang akan menjadi penawar ketika duka dan suka supaya aku akan lebih tabah menghadapi segala kemungkinan diabad yang penuh mencabar. Masih aku ingat lagi disaat aku mengharungi saat-saat getir sahabatku sdr Lahbudin bin Sulaiman kebetulan mempunyai nama bapa yang sama tidak keberatan untuk banyak menghabiskan masa bersamaku dan aku tinggal bersamanya aku pasti aku tidak akan mampu membalas segala kebaikkannya hanya aku serahkan kepada yang Maha Esa dan akan ku kenang hingga keakhir hayat ku. Saat-saat itu terlalu pantas berlalu dan beliau akan mula bersara waajib mulai bulan jun 2009 dan yang pasti aku akan kehilangan seorang sahabat.
10 malam.

Sepanjang kerjaya aku ramai teman sekerja yang datang dan pergi dan tak kurang juga yang bermacam ragam dan kerenah ku temui itulah juga yang adakalanya menyumbang kepada karekter yang ada pada diri ini itulah dari gabungan semuanya itulah yang menjadikan dunia ini amat menarik dan unik untuk dihuni.

Perhentian yang belum pasti

21hb. mac 2009.

Telah agak lama aku terhenti dari menulis mungkin dek kesibukkan dengan tugas-tugas harian dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan namun itu semua tidak harus jadikan sebagai penghalang kerana minatku terhadap penulisan telah lama terpendam hanya baru sekarang sahaja aku kesempatan. Catatan ku kali ini lebih berkisar kepada pengalamanku sepanjang ku menjalankan tugasan dan kali ini ianya memasukki fasa kedua perjalanan hidup yang ada kalanya tenggelam dan timbul dalam mengharungi arus kehidupan yang pasti tidak seperti skrip dalam cerita filem.

Wednesday, March 11, 2009

PERJALANAN YANG BERLIKU

Kita tinggalkan dulu detik-detik cemas itu untuk meneruskan kesinambungan catatan ini kerana jalan yang akan ku lalui ini akan penuh berliku dengan ranjau onak dan duri semuanya ini merupakan satu proses kehidupan didalam mendewasakan aku. Untuk berjaya ku harus tempuhi segalanya demi sebuah kehidupan.

Itulah harga yang perlu ku bayar sabelum akhirnya ku dapat menggapai bintang walaupun tinggi diawan. Kehidupan merupakan suatu perjalanan panjang atau pendeknya perjalanan itu hanya ALLAH Swt. sahaja yang menentukan dan selagi kita masih bernafas perjalanan ini akan ku teruskan demi sebuah cita-cita.

DETIK-DETIK CEMAS

8.10 mlm Rabu 11hb. mac 2009.


Hari ini aku sekali lagi cuba mengumpul segala kekuatan mindaku untuk cuba coretkan kenangan masa silamku terhadap apa juga kejadian yang menimpa diriku tiba-tiba melayang dalam ingatan ku satu kejadian dimana van yang kami naiki dan penuh sarat dengan penumpang semasa didalam perjalanan ketempat kerja DiUlu Keratong 2. Dalam suasana kelam kabut dan van yang dipenuhi api kami berebut-rebut untuk menyelamatkan diri dan syukur alhamdullilah kami semua selamat kecuali beberapa rakan kami yang terpaksa menghabiskan waktu dikatil hospital dan salah seorangnya ialah sdr saharuddin bin sulaiman yang kini bertugas dijabatan perladangan espek.

Tragedi yang menimpa itu akan terus berlegar dalam fikiran ku dan tentunya kami bersyukur kerana tidak ada kejadian yang buruk menimpa kami pada ketika itu kalau tidak tentunya tiada coretan diari perjalanan hidup ini.

DETIK-DETIK CEMAS


11hb mac 2009.


Jam telah menunjukkan pukul 8.50 malam aku masih cuba mengumpul sisa sisa memoriku untuk ku coretkan didalam diari perjalanan hidupku dan disaat aku benar-benar memerlukan maka teringat aku akan satu peristimewa dimana semasa kami dalam perjalanan ketempat kerja dengan menaiki sebuah van yang sarat dengan penumpang kedestinasi kami diladang Risda Ulu Keratong Pkt 2 tiba-tiba van yang kami naiki terbakar. Semuanya itu berpunca dari minyak petrol yang dibawa oleh seorang teman dan dalam keadaan kelam kabut kami masing-masing cuba menyelamatkan diri dan syukur alhamdullilah kami semua akhirnya terselamat cuma beberapa rakan kami sahaja yang terpaksa bermalam dihospital

Tuesday, March 10, 2009

DILEMA SEORANG PLANTER


7.55 mlm 11hb mac 2009.


Jalan hidup yang penuh berliku dalam mendewasakan aku bermacam ragam manusia pernah aku temui dimana adakalanya aku perlu menjadi seorang kounselor, guru, ketua, bapa, adik dan berbagai lagi yang kadangkala boleh membuat aku tersenyum sendirian. Sehingga kesaat ini aku masih tertanya-tanya bagaimana aku mampu melakukannya.

PERJALANAN YANG HAMPIR TERHENTI

11hb. mac 2009.

Hari ini sekali lagi aku cuba garapkan segala memori aku yang telah terlalu lama terkumpul dan berlegar didalam fikiran aku supaya dapat aku curahkan dalam catatan ini dan meninggalkan kenangan indah untuk dikenang. Sabenarnya aku kini menghampiri hujung karrier ku aku hanya ada masa tiga tahun lagi bergelar "PLANTER' sabelum aku akan bersara wajib dalam perkhidmatan ku. Sesungguhnya aku tidak pernah menyesal atas keputusan yang aku ambil untuk menjadi planter malah aku berbangga dengan usaha gigih aku tanpa segengam ijazah aku mampu memegang jawatan yang aku jawat sekarang dengan izin yang maha kuasa.

Tak pernah terfikir oleh mindaku apapun aku pasrah akan ketentuannya dan yang pasti andainya kita berusaha inshallah pasti akan beroleh kejayaan. Menyambung catatan kelmarin satelah menjadi pengangur semantara aku akhirnya ditukarkan keTerengganu semula kali ini diTT 4 dan bermulalah episod kedua aku berada dipantai timur aku seronok berada disana dan kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan terima kaseh kepada Tn. Hj. Azhari Wasi Mohd Jamli atas jasa baiknya yang tak terbalas oleh ku.

Sekali lagi aku ditukarkan ketempat kerja baru kali ini masih dikomplek TTengah iaitu TT2/5 aku menghabiskan hampir 7 tahun disana dan aku amat serasi dengan keadaan dan suasana dipantai timur. Kenangan pahit manis silih berganti umpama siang berganti malam namun aku tetap aku.

Pada Mac 2006 sekali lagi aku ditukarkan ketempat baru diPalong NS dan aku dapat merasakan mungkin ini adalah destinasi terakhir ku sabelum aku menamatkan kerjayaku. Diam tak diam pada bulan ini aku telah genap 3 tahun berkhidmat diladang ini. Setiap ladang yang ku uruskan mempunyai keistemewaan dan kesukaranya sendiri tetpi dek telah mengharungi banyak pengalaman, segalnya itu merupakan asam garam dan" part and parcel " dalam pekerjaan.

Perjalanan saterusnya merupakan memori memori masa lalu yang sukar untuk dilupakan.

Monday, March 9, 2009

8.37 malam...

Aku memulakan semula coretan ku yang terhenti tadi, sambil aku mencari-cari ilham agar dalam memulakan fasa baru dalam perjalanan ini. Aku sekali lagi ditukarkan KeTerengganu demi memenuhi tuntutan kerjaya aku dan kali ini aku ditempatkan disebuah daerah kecil dipanggil Cerul dan pengalaman paling mengerikan ia lah apabila jeep yang dipandu rakan ku terjunam kegaung dan mujur kami tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi itu semua adalah sebahagian dari pakej kerjaya yang terpaksa aku terima.

Hampir dua satengah tahun aku berada disitu sabelum aku ditukarkan semula ke Ladang Risda Abdullah Kadir di-Durian Tipus nama yang agak asing bagi aku ditambah dengan ladang ini merupakan ladang getah. Sekali lagi aku terpaksa memulakan satu lembaran dalam mengurus ladang getah yang belum pernah aku uruskan sebelum ini. Semua ini tidak pernah menjadi penghalang bagi diriku dan berkat usaha dari semua aku berjaya melakukan anjakan paradigma disitu untuk itu aku terpilih sebagai pengurus terbaik dan sebagai hadiahnya aku berpeluang melancung ke- USA dan itu merupakan pengalaman yang tak terhingga nilainya tq ESPEK.

Sekali lagi aku diarah bertukar dan pertukaran kali ini jauh dari tanah air iaitu Di-Kalimantan Indonesia, walaubagaimanapun ianya tidak bertahan lama kerana aku merasakan aku hanya akan menghabiskan masa kualiti ku keatas sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan dan malang menimpa aku sekali lagi aku ditangkap polis kerana berkerja tanpa permit. sebaik aku dibebaskan aku terus pulang keMalaysia dan segalanya berakhir untuk tempoh tiga minggu sahaja. Aku menjadi pengangur sementara menanti arahan pertukaran yang baru.
Kehidupan pada masa ini amat jauh berbeda berbanding aku mula-mula bekerja dahulu kini segala kemudahan asas infrastruktur telah tersedia begitu juga bekalan api dan air namun segalanya itu tidak menghalang aku untuk meneruskan perjuangan aku demi sebuah cita-cita i
aitu aku ingin berjaya dan mengubah pola kehidupan ku untuk yang lebih baik dimasa hadapan.

Kerjayaku bermula dengan jawatan Penyelia Rancangan Tanah, sabelum aku dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus salepas melalui proses temuduga pada tahun 1982 dan ditukarkan Ke-Ladang Risda T.Tengah Pkt dan bermulalah lagi satu episod baru dalam kehidupanku dengan menjawat jawatan sebagai Eksekutif dengan skop dan bidang tugas yang lebih luas dan berat terlalu banyak ranjau, onak dan duri perlu kutempuhi demi sebuah kerjaya.

Aku menghabiskan selama 7 tahun sabelum aku ditukarkan KeMini Estet Ulu
sanglang di-Johor dan pada ketika itu aku sudah pun dinaikkan pangkat sebagai penolong pengurus kanan dan pegawai penjaga. Ulu Sanglang merupakan sebuah Mini Estet Risda yang ditanam dengan kelapa sawit dan uniknya ia adalah terdiri dari tanah gambut dalam dan ia merupakan pengalaman pertama aku dalam mengurus ladang yang ditanam ditanah gambut.

Rupa-rupanya disinilah bermulanya cabaran sabenar aku dalam mengurus suatu tempat bernama ladang tak cukup dengan itu ditambah pula dengan masaalah sosial yang sedang dihadapi ditempat itu ekoran rasa tidak puas hati para pesertanya. Berbekalkan semangat dan sokongan ketua-ketuaku akhirnya aku berupaya melepasi cabaran dan halangan sabelum aku ditukarkan pula kesatu tempat baru.
Kehidupan pada masa ini amat jauh berbeda berbanding aku mula-mula bekerja dahulu kini segala kemudahan asas infrastruktur

Sunday, March 8, 2009

9hb. mac 2009.

Hari ini sekali lagi aku cuba menggarap memori aku untukku terjemahkan dalam diari perjalanan hidupku supaya sesiapa yang juga berminat untuk berkongsi perjalanan ini nanti boleh menjadikan iktibar sekiranya relevan.

Kerjaya aku bermula seawal 1978 sebaik sahaja aku menamatkan persekolahan aku setakat Malaysian Certificate Of Education (MCE) entah macamana dalam keluarga aku yang seramai 13 orang kesemuanya aku seorang yang belajar disekolah inggeris anyway terima kaseh untuk itu. Aku pernah bekerja dengan jabatan perangkaan malaysia untuk tempoh satu satengah tahun sabelum aku menceburi bidang yang masih aku lalui hingga kesaat ini.

Sebaik sahaja aku menamatkan kursus latihan asas kelapa sawit dan getah dipusat latihan felda Bkt. Mendi diPahang dan Pasir Besar aku dihantar bertugas keLdg Risda Ulu Keratong, Destinasi pertama aku dalam memulakan kerjayaku. Aku amat yakin tak ramai betah bertahan dengan keadaan persekitaran pada ketika itu yang dikelilingi oleh hutan rimba bertemankan haiwan liar,bermandikan cahaya matahari, bulan, bintang dan air parit menjadi sumber penyambung generasi. Itulah yang menjadikan aku hari ini.

Betapa getirnya pada ketika itu tidak boleh digambarkan dengan bait-bait perkataan ini pun begitu aku tetap bersyukur kerana mampu mengatasi segalanya dengan izin ALLAH swt. Aku menghabiskan masa selam 7 tahun diUK sabelum aku ditukarkan katempat lain . Ada beberapa pengalaman yang pasti tidak akan aku lupakan spt ingin mengikat ekor gajah antara satu sama lain dan esuknya habis anak-anak kelapa sawit yang baru sampai dimakan gajah, dikejar oleh gajah liar dan bermacam lagi pengalaman.

Saturday, March 7, 2009

Salam Perkenalan




Hari ini bermula satu episod baru dalam hidupku, epilog dalam blog yang akan ku kongsi bersama-sama semua teman seperjuangan samada yang masih menghabiskan sisa-sisa di-penghujung karier ataupun dimana jua bermulanya perjuangan ini. Aku memulakan kerjayaku pada tahun 1978 iaitu kira-kira 31 tahun yang lampau disebuah ladang yang jauh dipendalaman dan pada ketika itu hanya berbekalkan semangat dan keyakinan diri dan ingin mencuba nasib supaya satu hari nanti aku akan berjaya didalam bidang yang baru bagi diriku. Pada ketika teman-temanku yang seusiaku sedang leka bermain-main aku pula sedang memperjuangkan masa depanku untuk berjaya.


Terlalu sukar onak dan ranjau yang perlu kutempuhi untuk aku berada dikedudukan sekarang ini untuk itu aku semestinya memanjatkan kesyukuran kepada yang maha kuasa kerana memudahkan perjalanan ku sehingga kesaat ini meskipun ada kalanya keadaan menjadi begitu sulit dan kompleks untuk diharungi dan dilalui.






8hb mac 2003.


Aku teruskan coretan ini dengan harapan supaya dapat ku kongsi apa jua pengalaman yang telah aku lalui sepanjang kerjaya yang telah aku tempuhi selama ini. Sesuatu yang sukar ku gambarkan atau coretkan dalam bentuk penulisan pun begitu aku gagahi juga demi sebuah memori yang akan ku tinggalkan sebagai kenangan.


Sabenarnya aku sedang mengira-ngira dimana harus aku memulakan catatan ini