Monday, June 30, 2014

Pencarian

Hari ini adalah hari kedua kita semua berpuasa dan ini bermakna ramadhan telah dua hari kita lalui begitulah pantasnya masa beredar meninggalkan kita begitu juga Ramadhan Al Mubarak apa yang boleh dikatakan menafaatkan lah saat saat ketika kita masih mampu dan bertenaga menempuhnya.

Semuga Ramadhan 2014 ini mengukuhkan ukwah kita sesama islam seantero..

Friday, June 27, 2014

Ramadhan Oh Ramadhan

Seperti mana yang telah boleh dijangkakan yang hari ini tanggal 28hb june umat islam dimalaysia tidak memulakan ibadah puasa kerana 1 Ramadhan jatuh pada 29hb june 2014 apa pun yang pasti kita akan mula berpuasa pada tarikh tersebut dan kesempatan yang ada ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa dgn azam supaya puasa tahun lebih baik dari tahun yang terdahulu amin.

Kali ini aku berpuasa dalam suasana yang berbeza dimana aku tidak lagi perlu tergesa gesa didalam semua hal dan aku punya banyak masa untuk ku menafaatkan sebaiknya muga muga puasa ku kali ini memberi sejuta pengabdian kepada yang maha Esa.

Thursday, June 26, 2014

Jumaat datang lagi

Jumaat datang lagi dan hari ini merupakan jumaat terakhir dibulan syaaban sabelum menjelmanya bulan Ramadhan Al mubarak dan hari ini adalah juga hari untuk melihat anak bulan bagi menentukan bahawa esuk kita boleh memulakan puasa. Ramadhan kali ini pasti berbeza bagi diriku kerana seperti Ramadhan yang lalu aku masih sibuk dengan tugas tugas harian ku tapi kali ini aku tidak lagi sesibuk seperti terdahulu walaubagaimanapun Ramadhan tetap memberi seribu pengertian bagi diri ku dan mudah mudahan aku dapat melalui Ramadhan kali ini dengan penuh keinsafan dan ketaqwaaan inshallah.

Menanti kedatangan Ramadhan, berpuasa, bersahur dan berbuka amat sinonim dan akan menjadi rutin harian ku sepanjang Ramadhan ini kepada semua Selamat Berpuasa dan senantiasa berdoa agar kita akan dipertemukan diRamadhan yang akan datang.

Pagi yang dingin

Pagi ini hujan turun renyai renyai satelah sekian lamanya kemarau panjang kesan dari al nino atau lebih tepat lagi ini lah kebesaran Allah Swt yang akan terjadi jika ia menghendakinya berlaku. Apa pun segalanya itu punya rahsia yang tersendiri sebab musabab kejadian alam ini. Aku tetap bersyukur keatas apa jua kejadian kerana semua ini punya hikmahnya yang tersendiri dan aku redha meleluinya.   Hari ini seperti hari hari lainnya ku lalui tanpa banyak persaoalan dan karenah kerana kita yang mencorakan hari milek kita yang mutlak.

Meniti kehidupan

Hari ini genap 34 hari aku menjalani kehidupan sebagai seorang pesara kitaran masa yang begitu pantas beredar membuat aku tak sedar yang aku telah melalui saat saat sebagai pesara dimana ada kalanya aku lebih sibuk dari semasa aku bekerja dan adakalnya juga aku merasakan masa amat lambat berputar tetapi itu semua hanyalah antara cabaran cabaran yang perlu aku sesuaikan diriku dan aku amat yakin aku mampu mengatasinya .