Monday, August 23, 2010

MASA YANG BEREDAR


24hb august 2010, bersamaan 14ramadhan 1431.


Assallamulaikum wktbh.

Aku dapat merasakan yang masa berlalu agak lambat kebelakangan ini aku tak dapat mencari kenapa walaubagaimanapun samada lambat ataupun cepat aku perlu tempuhinya demi sebuah kehidupan. Putaran masa sabenarnya banyak dipengaruhi oleh faktor bebenan yang perlu dipikul atau pun dilalui seseorang sekiranya ianya sesuatu yang indah aku percaya kita akan dapat merasakan yang kitaran masa itu bergereak begitu pantas dan cepat sekali sehingga tanpa kita sedari sehari berlalu meninggalkan kita.

Kuala Lumpur sebuah kotaraya yang indah pada nama banyak mengajar aku kehidupan sabenar benarnya. Darjat kehidupan di-kotaraya ini begitu ketara sekali dimana kemewahan dan kekayaan diterjemahkan dimana-mana dalam bentuk kebendaan dan jurang ini semakin ketara dari hari kehari persoalannya dimanakah kedudukan kita dewasa ini dan apakah kita akan terus berada diposisi yang sama selamanya dan adakah kita ini ditafsirkan dalam golongan yang tidak cukup pintar atau kuat berusaha untuk merealisasikan impian kita atau sekadar cukup dengan yang kita ada.

Inilah sabenarnya dilemma yang sering dihadapi oleh penghuni kotaraya ini dan aku tidak terkecuali dari stastik itu dan itu lah sabenar cabaran yang perlu dihadapi demi mengisi masa masa yang terus beredar pergi tanpa sedikit pun rasa belas.

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Di-Kuala Lumpur


21hb August 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431.

Untuk pertama kalinya aku sekeluarga menyambut bulan ramadhan dikuala lumpur. Berpuasa dimana mana sahaja sekalipun sama sahaja bagi diriku tetapi yang membezakan ialah penghayatan dan pengisiannya yang agak berbeza apa yang aku maksudkan ialah kuala lumpur seperti yang kita ketahui merupakan sebuah kotaraya yang semuanya bergerak pantas dan bagi yang lambat kita akan ketinggalan.

Kepantasan itulah yang adakalanya menjadikan aku rasa amat mencabar sekali terutamanya apabila ada ketikanya tenaga kita agak terhad dan proses pemulihannya memakan sedikit masa tetapi inilah cabaran yang perlu aku tempuhi sehinggalah aku melabuhkan tirai untuk meninggalkan kerjayaku sabelum aku akan bersara wajib.

Aku dapat merasakan kehidupan dan ramadhan yang ku lalui ini tidak seperti kebiasaannya diestet dimana segalanya umpama telah diatur dan akan bergerak umpama air sungai yang mengalir tanpa ada paksaan dan tekanan sebaliknya di kl segalanya umpama tidak teratur dan bergerak mengikut keperluan dan destinasinya sendiri namun apapun aku pasrah dan redha dengan apa juga yang telah dan bakal aku lalu mungkin ini adalah Illahi.