Sunday, November 8, 2009

PENGURUSAN RISIKO



9Hb nov 2009.


Assallamulaikum wktbh dan salam sejahtera.


Hari ini aku sedang berada didalam satu seminar yang diberi tajuk pengurusan risiko. Ini bukan merupakan perkara baru dalam kehidupan kerjaya setiap orang atau karyawan kerana risiko merupakan sebahagian cara dan gaya hidup setiap orang samada ia berkerja dengan orang atau pun berkerja sendiri, yang membezakan tahap degri sesuatu risiko itu adalah cara mana ianya diuruskan.


Risiko sabenarnya mengajar kita untuk menjadi dewasa dan wiser dalam membuat keputusan atau dalam apa juga tindakan yang akan diambil nanti, tanpa risiko sabenarnya menjadikan kita manusia yang membosankan dan tidak mempunyai daya saing yang jitu. Risiko yang diuruskan dengan betul akan menjadikan kita insan yang berjaya dalam kehidupan seharian.


Mengambil risiko yang terlalu tinggi juga boleh menjejaskan khidupan kita seharian seandainya risiko itu nanti akhirnya akan memakan diri sendiri justeru itu risiko perlu ditangani dengan berhemah dan bijaksana oleh setiap kita.


SELAMAT BERJAYA.

Friday, October 30, 2009

LIKU-LIKU KEHIDUPAN


Bold

31HB dec 2009.


Assallamulaikum dan salam sejahtera.


Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan oktober 2009 dan ini juga bermakna kita pasti tidak akan lagi menemui tahun ini dimasa-masa yang akan datang dia pergi meninggalkan kita atau kita yang meninggalkannya walau apa pun situasinya kita tetap meninggalkan atau ditinggalkan itulah hakikat kehidupan yang realitinya kita semua akan tempuhinya. Ada ketikanya aku merasa sedih dan terharu untuk melaluinya tapi apakan daya ku kehidupan perlu diteruskan demi kesinambungan generasi akan datang kerana apa jua yang kita tinggalkan hari ini itulah yang akan diwarisi oleh mereka dimasa akan datang.


Aku sabenarnya masih tercari-cari arah tuju ku dengan sisa baki kerjaya ku yang semakin singkat ini, aku seharusnya mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental sabelumnya aku melalui satu fasa lain dalam kehidupan ku ini, sesungguhnya ianya bukan sesuatu yang mudah untuk ditempuhi apatah lagi satelah mengharungi kerjaya untuk satu tempuh yang panjang atau lebih tepat lagi hampir separuh dari usiaku ku dambakan untuk kerjaya ku ini dan bila sampai waktunya kita terpaksa meninggalkannya begitu sahaja. Aku pasrah kerana diantara kami ada kontrek yang perlu ku patuhi dan aku tidak sekali-kali akan menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan ku yang tak akan pernah selesai.


Dalam mencari horizonnya yang tersendiri aku seringkali tewas dalam pembikinan tetapi aku tetap yakin jatuh dan bangkit semula itu adalah lebih baik dari jatuh dan berdiam diri mengenang nasib, setiap yang berlaku pasti akan meninggalkan impaknya yang tersendiri bagi ku cebisan-cebisan kegagalan inilah sabenarnya yang banyak menjadikan ramai orang yang berjaya dan aku yakin aku akan menjadi salah seorang darinya inshallah......

MUSIM HAJI

3o hb. okt 2009,

Assallamulaikum Wktbh dan salam sejahtera,

Catatan ku terhenti henti buat seketika waktu dek kesibukkan yang diluar dugaan dan kawalan ku, terlalu sukar kurasakan untuk mencari ruang waktu supaya aku dapat teruskan catatan perjalanan ku, tuntutan kerja yang digalas adakalanya melangkaui tenaga yang aku ada dan inilah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan aku sering tidak bertenaga dan berupaya untuk meneruskan coretan diblog ini dan sering kali juga aku cuba gagahi untuk memulakan penulisan ini aku sering ketandusan ilham tidak seperti selalunya dimana ilham datang mencurah-curah sebaik sahaja aku aku mengetuk abjad-abjad di notebook ini. Benarlah apa yang dikatakan oleh pencipta semua orang boleh menghasilkan penulisan hanya bezanya samada penulisan itu bermutu ataupun sebaleknya.

Sekali lagi musim haji datang kembali ramai dikalangan teman-teman sekerjaku atau bekas teman sekerjaku berjaya menjadi tetamu ALLAH Swt. dalam menunaikan rukun islam yang kelima itu ada yang telah berangkat ataupun yang sedang menunggu giliran untuk berangkat ketanah suci Mekah. Sesungguhnya alangkah bertuahnya mereka-mereka ini insan yang terpilih. Tok Guru aku pernah mengatakan mereka-mereka ini terlalu istimewa keran jika kita lihat disekitar kita masih ramai lagi mereka-mereka yang jauh lebih berkemampuan dari segi ekonomi dan fizikal tetapi masih belum terbuka hati maupun terpilih untuk menjadi tetamunya.

Aku dapat merasakan betapa bangganya mereka-mereka ini dan pastinya tak sabar-sabar lagi untuk bersama-sama umat islam lainnya dari pelusuk dunia menghambakan diri untuk menyahut seruannya dan inilah dugaan dan cabaran yang sabenar sebagai seorang muslim sejati, bagi diriku hanya memanjatkan doa agar nanti satu hari aku juga termasuk didalam insan-insan yang terpilih untuk menjadi tetamunya inshallah.......... bagi teman-teman ku aku mengambil kesempatan disini untuk mendoakan kepada mereka agar beroleh Haji yang Mahbrur, selamat pergi dan kembali disamping diberi kesehatan untuk dapat melaksanakan rukun islam yang kelima itu dan aku memohon ampun dan maaf sekiranya didalam pergaulan seharianku ada melakukan kekhilafan dan kesalahan.

Monday, October 12, 2009

KEMARAU NAN PANJANG

13 HB oktober bersamaan 22 syawal 1430 Hijrah.

Tahun ini musim benar-benar berubah, sepanjang tiga tahun tujuh bulan inilah kali pertama akan menghadapi musim yang benar-benar dipanggil kemarau hampir dikesemua parit-parit dan kolam-kolam kecil diladang kering kontang tanpa setitik air dan yang pasti semua kehidupan diparit-parit ini juga mengalami nasib yang sama bersama keringnya air air ini. Keadaan ketika ini benar-benar gawat dan kritikal lembu-lembu peliharaan merayau mencari bekalan air untuk diminum dan air yang kami bekalkan adalah dari mencukupi untuk menampung bilangan lembu yang dipelihara.

Mungkin doaku hingga disaat ini belum lagi dimakbulkan oleh ALLAH Swt namun aku tetap bersyukur kerana keperluan air untuk kami masih lagi boleh bertahan untuk beberapa minggu lagi dan andainya hujan tidak turun dan keadaan ini tidak berubah kami juga terpaksa mengadakan catuan air untuk kegunaan seharian. Ini adalah sebahagian cabaran yang perlu dihadapi oleh kami yang berada diladang-ladang namun kami tidak pernah merungut maupun menyesal diatas apa jua yang terpaksa kami tempuhi demi sesuap nasi dan kehidupan keluarga kami hanya adakalanya perasaan terkilan menjangkaui pemikiran waras kami agar sesiapa yang peka dan prihatin datang menjenguk agar dapat berkongsi masaalah walaupun akhirnya kami yang akan hadapi dan lalui perit getirnya.

Kemarau panjang pasti ada hikmahnya yang kita tidak ketahui aku redha dan pasrah akan kehendaknya dan ketentuannya iktibar yang diperolehi ialah sentiasa menghargai setiap titik air samada semasa banyak maupun sedikit, jadilah insan yang selalu bersyukur dan menyukuri......

Sunday, October 11, 2009

PERMAINAN MINDA


12hb.oktober, 21syawal 1430 hijrah.

Assallammulaikum wktbh. dan salam sejahtera.

Syawal pantas akan meninggalkan kita aku masih bergelut untuk menghabiskan puasa sunat enam ku dan semakin banyak sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri ini untuk itu cabaran untuk menghabiskan puasa ku juga bertambah tetapi aku akan cuba untuk menghabiskannya walauapa cara sekali pun kerana mengetahui akan fathilatnya yang menyamai dengan berpuasa sepanjang tahun sesuatu yang dapat menjadi bekalan aku dikemudian hari nanti inshallah. Itulah indahnya Aidilfitri dimana tiba-tiba ramai diantara kita jadi pemurah dan pemaaf .

Ada ketikanya aku kadangkala merasa terharu dan sedih kerana syawal pasti akan meninggalkan kita dan aku pasrah dan berdoa agar aku dapat menemui syawal lagi dimasa akan datang inshallah. Perjalanan mengharungi hari-hari yang mendatang ku rasakan bertambah getir dan perit cabaran menjadi begitu berat mungkin ini kerana faktor usia atau ketahanan diri menjadi semakin lemah, segalanya itu sabenarnya hanya permainan minda kita semata-mata dan kita sering terkeliru dengannya andainya kita tidak bijak menangani.

Inilah jalan yang kita pilih dan agak mustahil untuk kita berpatah balek dan sebaiknya kita terus harunginya apatah lagi kita telah harunginya untuk satu jangka masa yang panjang dan lama dan yang pasti kita masih mampan dan mampu bertahan dalam iklim suasana yang berbeza-beza corak permainan yang berlainan kita cepat menyesuaikan diri mengharunginya demi sebuah kehidupan dan perjuangan. Hikmah syawal menyatukan kita yang ada kalanya bersengketa dek kerana perbezaan pandangan dan pendapat maupun ideologi dengan salam dihulur maaf dipohon zahir dan batin.

Monday, September 28, 2009

SALAM SYAWAL

27HB sept. 2009 bersamaan 7hb syawal 1430.

Assallamulaikum Wkbth. dan salam sejahtera,

Hari ini telah tujuh hari kita berada didalam bulan syawal dan ini juga bermakna Ramadhan al mubarak telah meninggalkan kita tak tahulah samada kita masih berkesempatan untuk bertemu kembali diRamadhan yang akan datang ataupun sebaleknya hanya ALLAH Swt. sahaja yang maha mengetahui. Apapun kita tetap bersyukur setidak-tidaknya kita telah berjaya menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya mudah-mudahan ianya diterima yang maha esa inshallah..

Syawal merupakan bulan bermaafan-maafan untuk itu dikesempatan ini aku menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin andainya tutur kata ku, coretan blog ku ada menyinggung sesiapa sahaja samada ku sedari maupun sebaleknya yang berlaku telah pun berlaku dan andainya boleh ku undurkan waktu aku pasti tidak akan sekali-kali cuba untuk menyakiti hati sesiapa tetapi itulah fitrahnya manusia yang tak lekang dari membuat kesilapan dan kesalahan bagi ku yang penting jangan malu untuk mengakui kesalahan dan kelemahan kita kerana hanya dengan cara itu kita akan terus dihormati.

Syawal tahun ini bagi aku sama seperti yang terdahulu, tetapi kedatangan syawal tetap aku tunggu disebabkan hikmahnya yang tersendiri yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata bagi aku inilah masa untuk kita dapat berjumpa dengan saudara mara, rakan taulan yang terpisah dek kekalutan ciptaan kita yang belum tentu berpenghujungnya tetapi ini tidak dapat memisahkan kita dari tuntutan tugas seharian yang semakin mencabar dan menguji ketabahan serta keimanan apa pun aku PASRAH mengharunginya demi meneruskan kehidupan dan masa depan anak-anak.

SALAM SYAWAL

27HB sept. 2009 bersamaan 7hb syawal 1430.


Assallamulaikum Wkbth. dan salam sejah

Friday, September 11, 2009

BLUE OCEAN

11.17 mlm.

Kesibukkan sering menghimpit aku kebelakangan ini ada kalanya kurasakan masa yang ada jauh dari mencukupi meskipun ku cuba mengatur segala-galanya banyak perkara-perkara atau tugasan yang muncul diluar jangkaan dan segalanya perlu diselesaikan dengan segera atau mempunyai time frame yang amat singkat sekali itu yang menjadikan keadaan tidak terkawal ada ketikanya. Tetapi segalanya itu bukan dengan kehendak ku tetapi tuntutan tugas dan tanggung jawab yang perlu aku penuhi selagi aku masih digelar pekerja yang dibayar gaji.

Keadaan hari ini jauh berubah berbanding dengan bila aku mula terlibat dengan kerjaya ku ini aku tak tahu adakah disebabkan oleh perubahan zaman atau kita menjadi begitu rakus dan ghairah untuk membuktikan sesuatu yang adakalanya ianya diluar jangkauan kita, tak cukup dengan Red Ocean kita telah mula cuba terokai apa yang dipanggil Blue Ocean istilah-istilah yang baru dan punya pengertian yang amat luas dan Abstrak sekali dan yang pasti istilah tidak terpadam dari kamus kehidupan kita.

Persoalannya ialah adakah kita semua telah dipersiapkan untuk menghadapai segalanya itu dan untuk kita berada dilautan biru itu hanya ada dua kemungkinan sahaja iaitu samada kita akan berjaya mengharungi ombak dan badai yang mengganas atau kita akan karam dan akhirnya lemas dilautan ciptaan kita sendiri. Walauapapun aku masih berfikiran positif dan masih terus berusaha untuk mengharungi lautan biru ini walaupun hanya berbekalkan sebuah perahu kecil dan pendayung cuma persoalannya sampai bilakah perahu yang aku naiki berserta dengan pendayung itu mampu bertahan setiap kali badai melanda dan inilah juga yang sering menghantui aku.

Sesungguhnya inilah jalan yang aku pilih dan aku akan teruskan jua selagi kudrat ku masih mengizinkan inshallah.

RAMADHAN AL MUBARAK

12hb sept 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430.

Assallamulaikum dan Salam sejahtra,

Syukur alhamdullilah kerana kita diberi kesihatan kerana hari ini masuk hari yang ke-21 umat islam dimalaysia menjalani ibadah puasa, sesungguhnya puasa bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi sabenarnya ianya adalah lebih dari itu. Adapun puasa itu terbahagi kepada beberapa jenis, ada puasa yang dipanggil puasa kambing, puasa harimau, puasa badak, puasa musang dan akhir sekali ialah puasa ular sawa.

Huraian dan pengertian kepada jenis-jenis puasa itu amat sinonim dengan diri kita termasuklah diri aku. Puasa kambing apabila berbuka hidangan makanan akan memenuhi meja dan kita akan mula makan apa saja yang terhidang diepan mata kita tanpa henti,puasa harimau pula dimana kita tiba-tiba menjadi berubah tak boleh ditegur maupun disapa tiba-tiba akan menjadi marah dan berang, puasa badak pula ialah kepada mereka-mereka yang sentiasa berasa panas dan suka berendam adakala mandi hingga melebehi keadaan biasa sehari, puasa musang pula adalah dimana menghabiskan waktu siang hanya dihabiskan dengan tidur sepanjang hari dan yang akhir sekali ialah puasa ular sawa sepertimana lazimnya ular sawa akan makan keseluruhan mangsanya dan salepas kekenyangan ianya hanya akan menghabiskan masanya dengan tidur sahaja tanpa berbuat sesuatu.

Inilah salah satu tazkirah yang mengusik hati kecil ku dan aku sengaja catatkan diblogku supaya kita dapat sama-sama kongsi ilmu yang aku pelajari dan yang paling penting mengambil iktibar dari mesej yang cuba disampaikan kesimpulannya ialah apakah pengertian berpuasa dan cara pengisiannya dan inilah yang menjadikan islam itu amat indah dan cantik.

Dimanakah kedudukan kita dibulan Ramadhan Al Mubarak ini.

Saturday, August 22, 2009

RAMADHAN AL MUBARAK



23hb august @ 2Ramadhan 1429 hijrah.


Assallamulaikum dan Salam sejahtra.


Masa terus beredar dan tanpa kita sedari sekali lagi kita telah berada dibulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al Mubarak dan hari ini masuk hari kedua umat islam seluruh malaysia menjalani ibadah puasa dan ini juga bermakna telah 2 hari juga lah umat islam menjalani solat terawih samada disurau maupun dimesjid-mesjid. Segalanya ini hanya berlaku pada bulan ramadhan sahaja dan dikesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada pembaca blogku.


Sesungguhnya Islam itu amat indah susunannya dimana pada ketika-ketikanya kita sering diingatkan atau dipimpin kembali untuk berada dilandasan yang betul dan pada masa yang sama dibawa untuk menghayati ajaran Rasullah pada suatu ketika yang lalu dengan adanya ini semua mudah-mudahan kita termasuk diri aku akan terus mengamalkannya Inshallah.


Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi sabenarnya ia adalah segala-galanya dari apa yang kita tuturkan,lihat, perbuatan dan apa yang kita dengar itulah indah Islam. Cabaran pada alaf ini bukan sesuatu yang mudah untuk dihindari hanya dengan keimanan yang kukuh sahaja dapat kita menangkisnya atau menapisnya. Penerapan nilai-nilai Islam dalam budaya kerja dan kehidupan seharian kita dapat membimbing kita kejalan yang benar meskipun adakalanya godaan syaitan seringkali cuba memesongkan kita dari dunia nyata.


Sesungguhnya kita amat bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa ini dan nikmat berbuka puasa untu itu kesempatan yang ada ini menafaakanlah sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan yang akan datang kita dapat menyambutnya SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam.

RAMADHAN AL MUBARAK


23hb august @ 2Ramadhan 1429 hijrah.


Assallamulaikum dan Salam sejahtra.

RAMADHAN AL MUBARAK


23hb august @ 2Ramadhan 1429 hijrah.


Assallamulaikum dan Salam sejahtra

Thursday, August 20, 2009

20hb. august.2009.


Assallamulaikum wktbh dan salam sejahtra.


Hari ini aku ingin bercerita tentang kehidupan, sesuatu yang amat abstrak dan sukar untuk dirungkaikan dengan bait-bait perkataan namun begitu aku gagahi juga supaya ianya dapat dijadikan tauladan kepada semua pembaca blog ku .


Monday, August 17, 2009

MEMINTAL BUIH-BUIH

17 hb august 2009.

Salam sejahtera.

Buih merupakan sesuatu yang terjadi hasil dari geseran ombak atau air yang tidak samestinya ujud dilaut atau lautan ianya juga terhasil disungai-sungai ataupun dimana-mana takungan air jika berlaku kocakan samada ianya semulajadi ataupun ciptaan manusia. Buih ini sifatnya amat ringan justru itu ianya akan terapung dipermukaan air dan amat mudah untuk dihanyutkan kesana kemari mengikut desiran ombak dan buih juga amat terlalu rapuh meskipun ianya kelihatan amat menarik dan unik.

Memintal buih-buih bukannya satu perkara yang mudah dilakukan apatah lagi untuk dijadikan sesuatu yang abadi namun begitu sabenarnya kita tidak perlu pun melakukannya tetapi apa yang simboliknya ialah adakah ia satu kerja yang sia-sia atau sesuatu yang memang ada insan yang mampu melaksanakan sukar sabenarnya untuk mencari jawapan kepada persoalan ini tapi satu yang aku pasti untuk memintalnya kita tidak perlu menggunakan tenaga fizikal tetapi lebih menggunakan pakai apa yang dipanggil ILLUSI.

Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku bercerita tentang buih, mungkin buih boleh kita jadikan iktibar bahawa setiap kehadiran sesuatu benda didunia ini ada menafaatnya mungkin bukan untuk kita tetapi mungkin untuk orang lain cuba renungkanlah.

Sunday, August 16, 2009

HARI Q.


Ahad 16hb ogos 2009.


Bertemu kembali diruangan blog ku dan salam sejahtera kepada rakan-rakan pembaca kali ini aku ingin bercerita tentang hari Q yang baru lepas diadakan iaitu pada 5hb ogas yang lalu banyak perkara yang menarik dan boleh dijadikan pengajaran daripadanya. Sepertimana biasa hari Q diadakan pada setiap tahun dan setiap kali itu jugalah pasti dikalangan rakan-rakan kita yang akan menang anugerah mengikut kategori yang dipertandingan dan sebagaimana biasa aku tidak ketinggalan untuk mencalonkan nama-nama yang kurasakan ada potensi untuk berjaya dan meraih anugerah.


Dari beberapa nama yang ku calonkan akhirnya seorang penolong pengurus dan seorang kerani ku memenangi dalam kategori masing-masing pada saat itu satu yang bermain didalam fikiran ku ialah akhir aku berjaya mendidik anak buah ku untuk mencapai kejayaan bahawa sesungguhnya kayu pengukur kejayaan sabenar kita mendidik anak buah kita ialah kejayaan atau pengiktirafan yang mereka terima didalam hal ini aku rasakn to a certain extent aku berjaya meskipun masih ada lagi yang masih belum berjaya. Satu kepuasan yang tidak terhingga ku rasakan dan sejarah tercipta hari ini bahawa semua orang boleh berjaya jika kita berusaha untuk berjaya disamping mempunyai attitude yang positif kearah kejayaan.


Tiga anugerah yang dicapai dalam satu estet merupakan pencapaian yang amat membanggakan dan ku harap ini akan menjadi pendorong kepada kakitangan lainnya untuk terus berusaha gigih dan akhirnya menurut jejak langkah yang sama demi kemajuan espek keseluruhannya hanya mereka yang cemerlang sahaja dapat memacu espek kesatu tahapnya yang tersendiri. Kepada pemenang saya ucapkan tahniah dan yang tidak berjaya jangan berputus asa peluang senantiasa terbuka dengan syarat kita bersedia untuk berubah dari baik kepada cemerlang.


Aku sering teringat kata-kata hikmah ini "KEPUASAN SABENAR IALAH BUKAN APA YANG KITA CAPAI TETAPI BAGAIMANA IANYA DICAPAI" percayalah kita semua adlah insan yang cemerlang hanya kita kena berada ditempat yang betul pada masa yang betul.

Saturday, August 15, 2009

IKTIBAR DAN FOKUS


16hb august bersamaan 26 syaaban .


Assallamulaikum dan salam sejahtera.


Bertemu kembali didalam blog ku dan kali ini aku ingin menyambung lagi perjalanan kembara ku menuju satu destinasi yang masih belum pasti arah tujuannya. Aku masih tercari-cari sesuatu yang seolah-olah ianya ujud tetapi tidak kelihatan tetapi aku yakin yang ianya ada mungkin kenyataan ini amat mengelirukan pembaca blog ku namun cuba kita renung sajenak kata-kata ku ini yang mungkin tersirat seribu makna dan pengertian. Hari ini seperti hari-hari minggu yang lainnya aku hanya menghabiskan masa ku dirumah sahaja bersama keluarga kerana saat seperti ini ada kalanya amat sukar untuk ku temui apatah lagi untuk di nikmati jadi peluang sebegini pasti tidak akan aku lepaskan pergi begitu saja.


Wabak h1n1 telah sampai ketahap yang tidak boleh dikawal sehingga malam tadi telah meragut 59 nyawa satu iktibar yang kita boleh ambil ialah dunia akhir zaman antara tanda-tandanya ialah penyakit baru muncul dan tiada penawarnya. Aku menjadi begitu terpegun dan amat menginsafi kekuasaan ALLAH Swt dan inilah iktibar yang perlu kita ambil untuk meneruskan kehidupan kita saterusnya dan apa yang cuba aku nyatakan ialah aku amat optimis yang rintihan kita inshallah akan mendapat pembelaan walaupun mingkin bukan dalam masa terdekat ini apa pun jangan sekali-kali kita berputus asa dan patah semangat.


Hari hari yang ku lalui kini ku merasakan semakin pantas, ini bukanlah kitaran bumi semakin laju tetapi dek kerana kesibukkan dan kealpaan kita didalam menguruskan masa dengan sebaiknya dan segalanya itu adalah berpunca dari kelemahan diri kita sendiri yang sering hanyut di buai mimpi indah atau suka bertangguh didalam membuat sesuatu akhirnya kita menjadi insan yang kurang produktif bebanding keupayaan sabenar kita. Fokus kita menjadi kabur dan ada kalanya keliru dengan apa yang akan kita hasilkan inilah yang sering terjadi kepada pemimpin-pemimpin kita tak kira diperingkat mana kepimpinan yang kita terajui dan kita juga tidak boleh lari darinya untuk itu fikir-fikirkan lah....

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Ahad 10.20 mlm.

Aku teruskan catatanku ini dengan cuba mengingati sesuatu yang pasti tidak akan aku lupakan iaitu jamuan makan malam jasamu dikenang dan kali ini sahabatku sdr Lahbudin bin Suliman yang hampir sama dangan nama arwah ayahku telah bersara wajib mulai 18hb july 2009 dan bagiku ia merupakan satu kehilangan yang amat ku rasakan kerana kami sama-sama memperjuangkan misi dan visi Espek sabelum ianya diterjemahkan menjadi apa yang kita semua nikmati pada saat ini .

Antara lain ucapannya yang amat menyentuh hati dan perasaan ku ialah kenanglah jasa-jasa kami semua dan segala pengorbanan yang kami curahkan ada kalanya terpaksa menggadai nyawa demi menjayakan ladang ladang Risda dan memastikan peserta-pesertanya terbela dan menikmati kehidupan yang lebih baik. Aku masih tercari-cari jawapan yang sering berlegar di kotak pemikiran ku adakah jasa-jasa kita itu benar-benar dikenang itulah persoalan yang ku sedang mencari jawapannya.

Sungguhpun pun begitu aku tidak akan berputus harap kerana inshallah aku percaya akan ada sesoarang yang akan hadir untuk mengenang jasa jasa yang talah kita tabur selama ini dan ada yang telah berkhidmat melebehi tiga puloh tahun atau sapertiga usia kehidupan kita dan ada juga yang telah menyahut seruan Illahi, ALFATIHAH.... yang pasti perjuangan ku masih belum selesai.

SEBUAH KEHIDUPAN

15hb August 2009.

Assallamulaikum n salam sejahtera.

Ini merupakan catatan aku yang pertama bagi bulan ogos ini, telah agak lama aku tidak mengemas kini kan blog aku dan yang pastinya keadaan seumpama ini amat jarang berlaku pada diri ku tetapi entah mengapa pada bulan ini kesibukkan yang luar biasa berlaku terhadap diriku tetapi itu semua tidak boleh aku jadikan alasan kerana yang pasti masa tidak menanti kita, kita yang harus pandai mencari masa dan didalam hal ini adakalanya aku tewas olehnya begitulah hebatnya masa berbanding kita. August telah pun lima belas hari meninggalkan kita dan ini bermakna kita hanya ada enam belas hari lagi untuk dilalui dan dalam bulan ini juga lah kita umat islam akan menjalani ibadah puasa salah satu rukun islam yang kelima.

Rasanya baru sangat kita berpuasa dan menyambut aidil fitri dan kini Ramadhan menjelma lagi hakikatnya kesibukkan yang kita cipta sendiri selalunya melekakan kita yang tanpa kita sedari usia terus meningkat sedangkan banyak lagi yang belum dapat kita lakukan begitu amal amalan kita ada kalanya aku merasa amat takut sekali mengenangkannya tetapi yang penting jangan cuba lari darinya tetapi hadapinya dan berusaha untuk memenuhinya.

Aku baharu sahaja menyelesaikan pembentangan budget 2010 dan dengan pembentangan ini bermakna aku hanya perlu berbuat dua kali sahaja itu pun dengan izin ALLAH Swt. dan salepas itu aku tidak lagi pelu untuk melakukannya kerana sudah sampai masanya aku untuk bersara wajib dalam perkhidmatan ku apa pun aku amat bersyukur kerana diberi kesehatan untuk menghadapi dan mengharungi segalanya walaupun adakalanya aku sebagai manusia biasa ada juga rasa tertekan oleh tuntutan kerjaya ku yang semakin mencabar dan memerlukan komitmen yang amat tinggi lagi jitu.

Aku amat bersyukur kerana keluarga sentiasa berada dibelakangku walaupun aku tahu mereka juga merasai sepertimana aku rasai selain rakan-rakan yang selalu menyokong ku dan memahami kerenah ku segalanya ini adalah untuk sebuah kehidupan.

Saturday, July 18, 2009

SEKADAR CATATAN

19 hb july 2009.

Assallamulaikum Wkbth. dan salam sejahtra.

Semalam aku sekeluarga ke-Batu Pahat kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan karibku yang mana beliau baru sahaja menamatkan perkhidmatan dengan espek kerana bersara wajib, telah agak lama juga aku tidak mengunjungi bandar ini banyak perubahan telah berlaku berbanding 15 tahun yang lalu ianya semakin maju dan sibuk. Sabenarnya aku mula menjejakkan kaki ku dibandar batu pahat ini sekitar tahun 1976 iaitu hampir 30 tahun yang lampau ketika itu aku bekerja dengan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi menjalankan kerja banci pertanian didaerah Batu Pahat .

Terlalu banyak kenangan dan nostalgia terpahat kukuh dam jiwaku dan tentunya dengan kedatangan aku pada hari ini pastinya mengembalikan semula kenangan silam itu tetapi apa pun segalanya itu telah menjadi sejarah pahit manis bagi diriku dan aku tidak lagi boleh menyandarkan sejarah silam untuk memajukan diriku ini biarlah segala memori kenangan silam itu ku simpan kemas didalam lipatan sanubariku sebagai dokumen yang private and confidential.

Morale of the story yang aku cuba sampaikan disini ialah jauh berjalan banyak pengalaman dan kenangan, sabenarnya segala kenangan dan pengalaman inilah nanti akan menjadi penawar dan pengajaran untuk anak-anak kita nanti sekiranya mereka melalui liku-liku hidup yang hampir sama dengan diri kita, aku amat percaya yang pengalaman hidup ini tidak ternilai harganya dan lazimnya peluang-peluang sebegitu hanya sekali-sekala dan tanpa kita duga .

FIKIR-FIKIR LAH.

Wednesday, July 15, 2009

KEISTIMEWAAN DIRI


15 hb. july 2009.

Assallamulaikum dan salam sejahtera.


Bertemu lagi didalam catatan dairi ini dan hari ini aku ingin membicarakan soal kehadiran kita ini didalam apa juga situasi dirasai atau sekadar pelengkap kepada keadaan semasa dan persekitaran semata-mata jika ini terjadi kepada diri kita alangkah malangnya kita justru itu kita semestinya terus berusaha agar kita tidak tergolong didalam spesis yang dinyatakan tadi.


Setiap insan mempunyai keistemewaannya yang tersendiri sering kali kita tidak dapat mengesan maupun mengcungkilnya sendiri adakalanya kita memerlukan bantuan dari orang lain untuk mengesan kebolehan kita dan sering juga berlaku ianya muncul dengan sendirinya maupuan jika keadaan benar-benar mendesak kita kesimpulanya situasi berperanan untuk membantu kita didalam menonjolkan keupayaan ataupun keistimewaan yang ada dalam diri kita. Putusasa merupakan ucapan orang yang gagal dan tidak bermotivasi keadaan ini berlaku lazimnya kerana rendah keyakinan diri ataupun kita putus harap dalam kehidupan.


Dalam dunia yang penuh mencabar dan komplek ini memerlukan kita lebih kental dan berkeyakinan tinggi dalam mengharungi hidup jadikan orang-orang yang telah berjaya sebagai contoh untuk kita mengejar impian kita dan andainya kita mampu mencapai separuh dari kejayaan mereka bermakna kita juga mampu melaksanakan. Keazaman yang tinggi diadun dengan kemahuan yang membara tanpa pernah kenal penat dan putus asa merupakan resipi dalam kejayaan ditambah pula dengan doa yang tidak putus-putus inshallah kejayaan akan menjadi milik kita semua.

Monday, July 13, 2009

SEKADAR RENUNGAN


Assallamulaikum Wktbh.

13hb. july 2009.


Kebelakangan ini aku agak sibuk dengan urusan kerjaku begitu juga dengan kehidupan seharian ku tetapi itu semua bukan merupakan penghalang untuk aku tidak mengemaskinikan blog ku hanya aku perlu pandai mengurus masa ku agar apa jua yang sepatutnya ku selesaikan perlu diselesaikan mengikut masa yang telah ditetapkan inilah displin diri memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan kita.


Aku dapat merasakan kini kehidupan seharian ku lebih tenang dan tenteram ruang-ruang kosong yang dahulunya terdapat dalam hidupku kini makin berkurangan, pengisian masa lebih teratur dan bermakna ini disebabkan oleh pencarian yang telah ku temui, amat sukar untuk aku gambarkan dengan bait-bait perkataan atau penulisan tetapi hakikatnya itulah dia yang sabenar-benarnya semuga keadaan ini terus bertambah baik dari masa kesemasa inshallah.


Hari ini merupakan hari yang ke-37 kepulangan aku dari Tanah Suci dan masa beredar begitu pantas sekali lantas aku teringat kepada apa yang tuan guru ku berkata bagi kanak satu hari dirasakan begitu lama sekali tetapi bagi orang-orang yang telah berusia satu hari dirasakan terlalu amat singkat sekali jadi renung-renungkanlah.

Monday, July 6, 2009

KESINAMBUNGAN KEHIDUPAN


6hb july 2009.


Meskipun telah beberapa hari kami pulang ketanah air namun aku masih lagi belum dapat menyesuaikan diri dengan waktu tidur ku adakalanya terasa amat mengantuk pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya ini berpunca dari perbezaan waktu diantara Kota Mekah dan Malaysia apapun kata pepatah alah bisa tegal biasa dan aku kena segera mengadaptasikan diriku agar ianya nanti tidak menganggu tugas-tugas harianku dan ia juga merupakan Amanah yang perlu aku galas dalam memastikan ESPEK terus mampan.


Pada masa yang sama bermulalah episod baru didalam kehidupan ku masih terngiang-ngiang dicuping telingaku antara lain kata-kata ustaz yang membawa kami iaitu kita samestinya bertambah baik dari masa kesemasa sabelum dan salepas menunaikan Umrah itulah tanda-tanda Umrah yang Mahbrur mudah-mudahan aku termasuk didalam golongan yang dinyatakan itu. Saban hari kita menghadapi berbagai cabaran dan rintangan dan selalunya kekangan-kekangan inilah yang menjadikan kita mudah lupa dan alpa dengan apa yang sabenarnya kita cari didunia ini kerana pencarian kita sudah pasti tiada penghujungnya.


Sebaiknya ialah pada setiap detik kita perlu sentiasa mengingatkan diri kita apa yang terbaik didunia maupun Akhirat jika ini dapat terus berlegar dikotak pemikiran kita inshallah kita akan berada dilandasan yang betul. Ingatlah pepatah ini : KEMATIAN BUKAN HANYA UNTUK ORANG TUA TETAPI UNTUK SEMUA YANG HIDUP. Wallahuallam.

Wednesday, July 1, 2009

ABU DHABI KE KLIA


1hb julai 2009.

Assallamilaikum Wktbh.


Kami transit di-Kota Abu Dhabi kira-kira enam jam bagiku ia merupakan satu penantian yang amat menyeksakan apatah lagi jam telah menunjukkan pukul 9 malam atau kira-kira jam 2 pagi waktu malaysia, penerbangan saterusnya ke-Klia hanya akan berlepas pada jam 2 pagi waktu tempatan, segalanya itu sabenarnya jika kita amati dan perhalusi merupakan sebahagian dari dugaan yang perlu ku tempuhi dalam menguji erti kesabaran. Kedinginan malam dilapangan terbang Abu Dhabi menyusuk hingga ketulang sum-sum ku dan kebetulan kami tidak membawa bersama baju sejuk kami satu keadaan yang amat kontrast berbanding Kota Mekah.


Satelah sekian lamanya menunggu akhir saat yang dinanti-nanti pun tiba masing-masing berebut-rebut untuk masuk keperut kapal terbang untuk melabuhkan punggung dan saterusnya melelapkan mata samentara meneruskan penerbangan ke Klia termasuklah diriku. Keletihan yang ku rasakan tadi sedikit sebanyak terubat jua akhirnya dan aku pun terlena tanpa aku sedari sehinggalah pramugari hadir untuk membawa hidangan yang aku sendiri tak pasti samada makan malam ataupun untuk sarapan pagi.


Akhirnya kami selamat mendarat di-Klia pada jam 2.40 petang dan berakhirlah satu episod dalam perjalanan ku dan bermulalah epilog baru dalam kehidupanku dan keluarga ku. Di-kesempatan ini aku ingin merakamkan rasa terima kaseh yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak hingga akhirnya aku dimana aku bermula begitu juga syarikat penerbangan Etihad yang membawa kami dengan izin ALLAH Swt. meskipun semasa perjalanan pergi salah seorang anakku tidak mempunyai boarding pas apa pun jika ALLAH Swt. menghendakinya semuanya boleh berlaku. Terimakaseh Semua.

Monday, June 29, 2009

PENERBANGAN PULANG


29hb. june 2009.


Sebaik sahaja bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan Kota Mekah aku tak habis-habis berdoa dihati kecilku supaya aku masih terus diberi kesempatan untuk datang semula ke-Tanah Haram ini dan inilah tempat sabenar umat islam seluruh dunia. Bas yang kami naiki meluncur laju meninggalkan Tanah haram dan destinasi kami saterusnya ia-lah Kota Jeddah yang terletak tidak jauh dari Kota Mekah perjalanan yang memakan masa hampir dua jam itu membawa kami menyusuri Kota Jeddah dan apa yang pasti pemandangan dan bentuk muka buminya amat jauh berbeda dengan Kota Mekah yang bebukit bukau dan dipenuhi oleh batu batan manakala Kota Jeddah pula lebih rata dan dipenuhi dengan padang pasir pun begitu terdapat banyak tumbuhan hijau hidup dengan subur.


Disini jugalah terdapat loji penapis air dari air laut merah untuk dibekalkan keseluruh Kota Jeddah, Kota Mekah dan Kota Madinah apa yang dapat aku katakan ialah sesungguhnya kita semestinya menghargai setiap titik air yang diturunkan oleh ALLAH Swt. Sesampainya kami di-Kota Jeddah dan kebetulan hari ini adalah hari jumaat kami berhenti makan tengahari ditepi laut merah yang pernah aku pelajari dalam subjek geography dahulu dan kini aku berada dipesisirannya sementara menanti waktu solat jumaat dan kami bersolat jumaat di mesjid terapung yang sama nama seperti yang terdapat ditanah air kita.


Dari situ kami terus bergegas menuju kelapangan terbang Jeddah untuk berlepas pulang ketanah air, cek in baggasi merupakan perkara yang amat sukar disini apapun kami perlu bersabar kerana ini adalah sebahagian dari dugaan yang perlu kami tempuhi. Jam 6.00 petang kami berlepas meninggalkan Kota Jeddah dengan penerbangan ETIHAD menuju ke Abu Dhabi sebuah lagi Kota di-Tanah Arab dan aku hanya banyak mendiamkan diri sepanjang penerbangan itu kerana aku masih terpegun dan kagum pada diri sendiri yang akhirnya aku mampu melaluinya.

Saturday, June 27, 2009

PULANG UNTUK KEMBALI




27hb. jun 2009.




Satelah tujuh hari berada dikota Mekah maka sampailah masanya yang aku terpaksa pulang demi meneruskan tugas-tugas ku dan pagi itu seperti biasa kami sekeluarga solat subuh di-Mesjidil Haram dan aku tiba-tiba menjadi sebak dan terharu selama tujuh hari aku berada di-Tanah Haram ku rasakan masa beredar begitu cepat sekali dan saat-saat untuk meninggalkan Mesjidil Haram dan Tanah Haram terlalu sukar untuk ku lakukan segalanya kerana keistimewaan yang terlalu agung dan banyak aku perolehi disana.




Dua jam sabelum kami berangkat untuk keluar dari Kota Mekah sekali lagi kami ke-Mesjidil Haram dan kali ini kami akan melakukan TAWAF WIDA atau TAWAF SELAMAT TINGGAL kerana kami akan berangkat ke-lapangan terbang di- Jeddah dan untuk kesekian kalinya aku memandang sayu KAABAH sambil didalam hati terus memasang niat yang aku pasti akan datang kembali kerana disinilah sabenar-benarnya tempat yang wajib dikunjungi oleh setiap umat islam yang mampu dan disini jugalah tempat pengabdian yang sabenar-benarnya dalam mencari keredhaan, keberkatan, keampunan dan kesucian supaya kembalinya ketanah air nanti kita akan meneruskan apa jua yang kita telah lakukan semasa kita berada di-Tanah Haram inshallah.




Disaat-saat aku melangkah dan melambai pergi meninggalkan BAITULLAH DAN MESJIDIL HARAM salepas menunaikan tawaf wida aku terus menyeru agar aku dijemput untuk menjadi tetamunya lagi dan aku juga memasang niat agar aku dapat berkunjung semula kemari inshallah dengan izinnya termasuk semua warga espek yang berugama islam amin dan dalam hati aku berkata yang AKU PULANG UNTUK KEMBALI SEMULA.

PULANG UNTUK KEMBALI

27hb. jun 2009.


Satelah tujuh hari berada dikota Mekah maka sampailah masanya yang aku terpaksa

Saturday, June 20, 2009

PADANG ARAFAH.



21 hb june 2009, 9.50 am.


Aku teruskan pencarian dan penjelajahan ku di kota Mekah yang penuh dengan sejarah silam dimana bermulanya kebangkitan Islam sehingga akhirnya berada diseluruh pelusuk dunia termasuklah ditanah air kita Malaysia. Kali ini kami menziarahi PADANG ARAFAH dimana satu-satunya Rukun Haji yang dilaksanakan diluar Kota Mekah dan disinilah tempatnya untuk Wukuf. Iktibar yang dapat aku rasakan dan amati ialah inilah gambaran yang boleh kita rasai dialam Akhirat iaitu diPadang Mashar tandus, kering dan gersang.


Arafah bermakna mengetahui ini bermakna ALLAH Swt. maha mengatahui segala apa yang kita lakukan didunia ini segalanya ini menjadikan aku benar-benar insaf dan sesungguhnya jadikanlah aku diantara kekasih-kekasih mu ya ALLAH. Apa pun segalanya itu banyak bergantung kepada amalan-amalan yang kita lakukan semasa hayat kita didunia ini. Kita tinggalkan dahulu Padang Arafah kerana aku harus meneruskan pencarian ku dalam mengesan peninggalan sejarah silam umat Islam yang terdahulu dari kita.

Saturday, June 13, 2009

MUHASABAH DIRI


Ahad 14 june 2009.


Assallamulaikum wktbh.


Aku teruskan catatan pengabdian ku untuk mencari Al Raudah hari ini merupakan hari yang ke-lima aku bersama keluarga berada di kota Mekah Al Mukarammah dan hari ini kami tidak kemana-mana hanya memperbanyakkan amalan-amalan kami kerana betapa bertuahnya kami semua dan semua umat islam yang dapat menunaikan solat berjemaah di-Masjidil Haram dimana ganjarannya menyamai dengan 100,000 kali. Itulah ganjaran yang hanya diperolehi di-Mesjidil Haram syukur alhamdullilah.


Keletihan dan kelesuan merupakan sebahagian dari cabaran yang perlu kita lalui dan sekali gus kita hadapi ini kerana bukan sahaja beza waktu yang hampir lima jam kebelakang tetapi juga dengan cuaca panas yang mencecah 50 darjah centigrade menjadikan kita merasa cepat letih dan lemah tetapi segalanya itu merupakan cabaran untuk mendapatkan ganjaran-gangajaran yang jauh lebih tinggi nilainya untuk bekalan dihari pembalasan nanti.


Waktu-waktu diantaranya sebeginilah aku gunakan untuk meneliti dan membaca apa jua buku-buku panduan dan buku ugama yang ku bawa setidak-tidaknya ia dapat menambahkan ilmu ku berbanding dengan kesibukkan dan kealpaan ketika berada ditanah air sendiri. Ia juga merupakan saat-saat yang terbaik untuk bermuhasabah diri agar kita akan menjadi insan yang lebih baik dari masa kesemasa inshallah.

Friday, June 12, 2009

SUATU KEPUASAN


13 hb. june 2009.


Aku terpegun saketika mengenangkan segala yang telah aku lalui sejak aku datang hinggalah kesaat ini dan aku amat amat bersyukur kerana aku dapat lalui dan apatah lagi dapat melaksanakan umrahku tiba-tiba segala kebimbangan ku yang bermain dibenak fikiran ku terungkai dengan sendirinya, pengajaran yang aku perolehi ialah sesungguhnya ALLAH Swt itu Maha Pengasih, Penyayang, Pengampun kepada semua hamba-hambanya dan niat yang baik itu pasti baik jugalah ganjarannya.



Petang itu semasa dibilek penginapan ku, aku lebih banyak mengelamun kerana aku mengambil terlalu banyak masa untuk kesana, aku masih lagi terpegun kerana bukan sahaja dapat melihat KAABAH malah dapat pula mencium HAJARUL ASWAD yang mana sabelum ini hanya mendengar cerita dari orang-orang atau dari buku-buku yang aku baca kini segalanya terbentang dihadapan mataku. Sabelumnya aku tidak dapat membayangkan semua itu kini segalanya masih jelas belegar-legar dimindaku dan dalam diam aku memasang niat yang aku pasti akan datang lagi jika dengan izinnya.


Kepuasan yang diperolehi tidak dapat digambarkan dengan perkataan apatah lagi dengan perbuatan biarlah ku simpan kemas dilipatan sanubari buat penawar dikala aku keseorangan, kesepian atau kedukaan. Dikesempatan itu jugalah aku menyeru semua rakan-rakan ku agar satu hari nanti dapat berkunjung kesana inshallah.

TAWAF DAN SA'IE


13hb. june 2009.


Jam telah menunjukkan jam 3.30 ptg maka saat yang ditunggu-tunggu pun tiba kami mula bergerak meninggalkan hotel penginapan kami menuju ke-Mesjidil Haram dimana terletaknya KAABAH bagi menunaikan tuntutan ibadat iaitu UMRAH. Pakaian Ihram terus melekat ditubuhku sambil berjalan kami tidak putus-putus terus bertalbiah dengan sebutan LA BAIKALLAH HUMA LA BAIK, LAIBAIKALLAH SYARIKALLA KALLA BAIK, INAL HAMDA, WA NIK MATTA, LA KAWAL MUL, LA SARI KALAK. Sebaik sampai kepintu besar Mesjidil Haram kami diberi penerangan untuk mengingatkan pintu yang kami gunakan untuk keluar masuk disamping selipar yang kami tempatkan.


Bermulalah satu episod baru dalam hidupku, untuk pertama kalinya aku bersama ribuan umat islam lainnya yang datang dari berbagai pelosok dunia berhimpun di-BAITULLAH ini hanya dengan satu matlamat dan satu tujuan tak lain dari mengabdikan diri kepada yang Maha Esa dan pencipta kami. Satelah berniat kami memulakan TAWAF dari penjuru KAABAH dimana terletak HAJARUL ASWAD dan akan berakhir apabila kita melepasi garisan lampu hijau seperti yang telah ditetapkan dan begitulah saterusnya sehingga kita menghabiskan sebanyak tujuh pusingan diarus pergerakan manusia yang tak pernah putus-putus itu dan aku tidak dapat membayangkan ketika musim haji sabenar dimana terdapat jutaan manusia yang akan melakukan ibadat itu pada masa dan tempat yang terhad besarnya dan akhirnya mereka semua berjaya melaksanakan itulah sabenarnya mukjizat yang perlu kita akui.


Sebaik menyelesaikan solat sunat tawaf kami meneruskan rukun ketiga umrah kami dengan melaksanakan SA'IE dimana kita perlu berjalan dari bukit Safa ke-Marwah yang jaraknya sekitar 500 meter dan ini juga ianya perlu dilakukan sebanyak tujuh pusingan, suasana yang sama juga dapat kita lihat dimana lautan manusia berduyun-duyun untuk menunaikan rukun tersebut dan aku adalah termasuk diantaranya. Semua pergerakkan itu memerlukan tenaga yang banyak dan tubuh badan yang sehat untuk itu ada baiknya semua tuntuan ibadah ini dilakukan semasa kita muda dan sehat sabenarnya. Selesai melakukan Sa'ie sampai saat dimana kita wajib melakukan TAHLUL bererti memotong sekurang-kurangnya tiga helai rambut bertujuan untuk keluar dari BERIHRAM dan juga pantang larang berihram dan menandakan kita telah menyelesaikan UMRAH, samada diterima atau sebaleknya hanya ALLAH Swt. sahaja yang maha mengetahui aminnn.....


Aku benar-benar merasa lega satu perasaan yang tak pernah aku rasai sabelum ini dan tidak dapat aku gambarkan dengan perkataan apatah lagi untuk diucapkan, inilah sabenar apa yang dicari didalam KEHIDUPAN ini aku benar-benar bersyukur kerana aku mampu melaluinya.

TAWAF DAN SA'IE

13hb. june 2009.

BAITULLAH ATAU KAABAH

10.47 mlm june 2009.

Ku teruskan catatan ku yang terhenti tadi perjalanan yang kami tempuh terasa lama debaran jantungku bergerak pantas sepantas bas yang aku naiki , perjalanan ke Kota Mekah Al Mukarammah atau Tanah Haram membawa berbagai persoalan yang tidak tergapai oleh akal ku dan aku kuatkan semangatku dan ku cekalkan hatiku kerana aku tahu ALLAH Swt. itu maha pengampun dan maha penyayang kepada setiap hambanya termasuklah diriku dan berpegang kepada hakikat itulah aku pasrah keatas apa jua yang akan ku tempuhi dan lalui kelak.

Satelah mengharungi beberapa jam yang mendebarkan akhirnya kami sampai ke-Kota Mekah Al Mukarammah sebuah kota yang penghuninya hanya terdiri dari orang-orang yang berugama Islam sahaja sesuatu yang baru aku ketahui satelah lebih satengah abad usiaku, kami terus kehotel penginapan kami iaitu di-hotel Grand Talah yang terletak kira-kira 1000 meter dari MASJIDIL HARAM satelah menurunkan beg bagasi kami kebilek kami pun bersedia untuk ujian sabenar kunjungan kami ke-Mekah iaitu melaksanakan UMRAH.

Debaran dihatiku kian kencang kerana persediaan yang aku lakukan mungkin tidak mencukupi namun aku tidak lagi boleh menoleh kebelakang atau berpatah balek mujur akan ada Mutawif yang akan memandu kami untuk melaksanakan umrah nanti. Salepas waktu Solat Asar kami mula bergerak menuju ke-Masjidil Haram sebuah mesjid yang begitu indah binaannya dan tersergam mengamit kedatangan kami semua dan disitulah terletaknya BAITULLAH atau KAABAH yang menyatukan umat Islam seluruh dunia.
10.47 mlm june 2009.


Ku teruskan catatan ku yang terhenti tadi perjalanan yang kami tempuh

TAWAF DAN SA'IE

TAWAF DAN SA'IE

IHRAM DAN TANAH HARAM


12hb. june 2009.


Assallamulaikum Wktbh.


Satelah tiga hari kami berada dikota Madinah kami akan meneruskan perjalanan kami lagi dan perjalanan kali merupakan perjalanan untuk mencari keredhaan dan keinsafan keatas apa jua yang telah kita lalui masa silam atau masa kini, samada yang kita sedari maupun yang tidak kita sedari dan inilah ujian sabenar yang bakal kami tempuh kerana kami tidak tahu apakah yang akan menanti kami selama kita menjalani kehidupan sebagai manusia biasa. Segalanya berputar ligat dibenak fikiran ku seolah-olahnya seperti ingin melalui sebuah lorong kecil yang dipenuhi jerangkap samar yang sentiasa menanti mangsanya.


Pagi itu satelah kami mandi sunat ihram kami bersiap-siap dengan berpakaian ihram dan inilah kali pertama aku memakainya satelah sekian lama hidup didunia ini dan mengecapi apa juga nikmat yang diturunkan oleh ALLAH Swt. Aku dapat merasakan yang diri ini amat kerdil sekali kerana apa juga yang ada pada diri ku pada ketika itu langsung tidak memberi apa-apa erti kerana apa yang dapat aku lihat kita semua adalah sama disisinya tanpa mengira pangkat, darjat maupun keturunan dan sepasang kain puteh ini jugalah yang akan dibawa bersama kealam yang saterusnya.


Perjalanan ke kota Mekah Al Mukaramah memakan masa hampir empat jam dan kami berhenti di sebuah Mesjid Bir Ali bagi tujuan untuk berniat Ihram dan bersolat Sunat Ihram atau apa yang dipanggil 'MIQAT' atau niat ianya mesti dibuat diTanah Halal sabelum kita memasuki kota MEKAH atau Tanah Haram dan bermulalah juga pantang larang yang tiga belas itu selagi kita berpakaian Ihram dan aku amat terharu sekali sambil hati kecil ku tak lepas-lepas memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga yang telah membuka hatiku untuk menjadi tetamunya. Aku akan ceritakan selanjutnya dicatatan akan datang.
12hb. june 2009.


Assalamulaikum Wktbh.


Aku teruskan lagi pengabdian ini salepas tiga hari berada dikota Madinah dan kali ini merupakan perjuangan sabenar dalam menguji keimanan, kesabaran dan kesungguhan dalam apa yang dikatakan mencari keredhaan dan keampunannya keatas apa juga yang pernah kitakan lakukan atau lalui


Wednesday, June 10, 2009

MENCARI KEREDHAANNYA


10 mlm 09.


Pencarianku sabenarnya baru bermula dikota Madinah lawatan kami diteruskan lagi dan kali ini diperkuburan BAQI disini disemadikan lebih seribu orang pejuang islam yang telah dijanjikan syurga oleh ALLAH Swt. inilah yang dikatakan pejuang yang tulin yang sanggup menggadai nyawa dengan tanpa meminta sebarang balasan para syuhada ini mayatnya dikebumikan tanpa perlu dimandikan ataupun dikapankan itulah kelebihannya Al FATIHAH.....


Kota Madinah seperti kota-kota lainnya didunia ini sibuk dengan orang berjual beli tetapi ada sesuatu yang unik dimana setiap kali waktu solat segala urusan berjual beli akan terhenti dengan sendirinya dan mereka berduyun-duyun menuju kemesjid bagi menunaikan solat aku amat kagum dengan keadaan itu dan ini amat jauh berbeda dengan ditanah air kita dimana urusan berjual beli berjalan seperti biasa walaupun premis perniagaan milek orang islam laungan azan tidak cukup berkesan untuk menarik mereka kemesjid-mesjid yang berhampiran dan aku tak tahu bila agaknya keadaan akan berubah demi menegakkan syiar islam.


Jauh disudut kecil hatiku andainya setiap kita punya rasa keinsafan inshallah segalanya akan berubah dengan sendirinya tanpa ada sebarang paksaan atau desakan. Aku akan terus memanjatkan doa agar satu hari nanti suasana seperti itu akan dapat kita rasai ditanah air kita sendiri. Inshallah.

AL RAUDAH


Rabu 9.10 mlm.


Aku teruskan catatanku lagi dengan aku banyak menghabiskan waktu dengan solat berjemaah dimesjid Nabawi disamping mendengar penjelasan dari mutawif yang akan memandu kami untuk mendalami apa yang yang tersurat di Mesjid ini. Salepas solat Asar kami dibawa untuk menziariahi Makam Rasullah dan Sahabat-Sahabatnya selain menunjukkan satu kawasan didalam mesjid ini apa yang dipanggil Al Raudah atau Taman Syurga dan disinilah salah satu tempat yang amat mustajab untuk memohon pertolongan dari ALLAH Swt.


Di kawasan Al Raudah inilah terdapat Mimbar dimana Rasulullah Saw menyampaikan khutbah jumaatnya. Al Raudah merupakan satu kawasan didalam Mesjid Nabawi yang dibezakan dengan karpet berwarna hijau dan berada tidak jauh dari Makam Rasulullah Saw dan Sahabat-Sahabatnya dan merupakan tempat tumpuan para jemaah yang bersembahyang dimesjid ini dan aku merupakan salah seorang sesungguhnya aku berasa amat bertuah sekali kerana terpanggil untuk menunaikan umrah.


Masih terngiang-ngiang dicuping telinga ku kata-kata aluan dari pegawai tabung haji yang menyatakan kami semua amat bertuah kerana ALLAH Swt. telah membuka hati kami untuk menunaikan umrah kerana katanya lagi masih ramai lagi diluar sana yang jauh lebih berkemampuan dan berkeupayaan tetapi belum terpanggil untuk menjadi tetamunya aku benar-benar terharu dengan apa yang beliau katakan sesungguhnya memang ada kebenarannya dan aku bersyukur keatas ketentuannya terhadap hambanya ini.

Tuesday, June 9, 2009

UMRAH 09


10 hb june 2009.


ASSALLAMULAIKUM Wktbh.

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu pun tiba kami berlepas dari KLIA pada tepat jam 9.30 mlm dengan penerbangan EITIHAD, perjalanan yang mengambil masa hampir 9 jam dan kami transit sabentar di ABU DHABI dan sampai di-JEDDAH kira-kira jam 6.oo pagi dari situ kami menaiki bas menuju kota MADINAH dan perjalanan kali memakan masa hampir empat sabelum akhirnya kami sampai kehotel penginapan kami. Walaupun keletihan tetapi apabila melihat MESJID NABAWI tersergam indah segala keletihan itu tadi terubat dengan sendirinya.


Sepanjang perjalanan ke kota MADINAH apa yang dapat aku lihat hanyalah bukit-bukit batu yang kering, gersang dan tandus terlalu sukar untuk mencari pokok-pokok yang tumbuh seperti ditanah air kita tidak dapat aku bayangkan bagaimana Rasullah Saw dan sahabat-sahabatnya berjuang dalam mengembangkan ugama islam pada ketika itu dengan serba kekurangan serta berhadapan dengan berbagai rintangan dan halangan inilah yang sabenar-benar perjuangan.


Kota Madinah sebuah kota yang amat menarik sekali pesat dengan pembangunan banyak bangunan pencakar langitnya yang telah dan didalam pembinaan dan disini jugalah bersemadinya MAKAM RASULLULAH Saw ,Saidina ABU BAKAR dan Saidina ABU BAKAR AL SIDIIK Radhiallah didalam MESJID NABAWI.

UMRAH 09

10 hb june 2009.


ASSALLAMULAIKUM Wktbh.


Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu pun tiba

Saturday, June 6, 2009

JEJAK UMRAH O9.

25 hb may o9.


Assallamulaikum Wktbh.


Aku memulakan perjalananku dari rumah pada jam 3.00 ptg dari situ aku terus kelapangan terbang antarabangsa KLIA sabelum meneruskan perjalanan ku ke JEDDAH. Penerbangan yang mengambil masa keseluruhan hampir sembilan jam itu walaupun memenatkan tetapi tetapi tidak dirasakan dek kerana keseronokkan untuk mengunjungi

JEJAK UMRAH O9.

25 hb may o9.


Assallamulaikum Wktbh.

JEJAK UMRAH O9.

25 hb may o9.


Assallamulaikum Wktbh.

Sunday, May 24, 2009

TEMBOK BESAR NEGERI CINA

Penjelajahan ku teruskan lagi kali ini keBeijing sebuah negara yang dahulunya dibawah pemerintahan kominis dan kini negara ini telah dibuka untuk dilawati oleh semua orang, banyak yang boleh kita ambil iktibar dan pelajari tentang negara ini dan disinilah juga terletak salah satu benda ajaib didunia ini.

Tembok Besar Negeri Cina satu nama gah yang terpahat didalam sejarah menjadi tarikan umat manusia yang ingin melihat apa yang di katakan keajaiban itu, pada mulanya aku juga tertanya-tanya apakah yang sebenarnya keajaiban yang dikatakan itu dan satelah berpeluang kesana barulah aku terpegun sajenak bahawa keajaiban itu tidak terjadi dengan sendirinya tetapi memerlukan banyak pengorbanan jiwa dan raga segalanya itu atas nama keajaiban dan manusia menghargainya walaupun nyawa sebagai galang gantinya.

Apakah perlu ada keajaiban sekiranya nyawa menjadi terasnya bagi aku yang ajaib bukan binaanya tetapi ratusan ribu nyawa yang terkorban itulah yang menjadi keajaibannya.

Saturday, May 23, 2009

HARI-HARI YANG SEPI


24hb.may 2009.


Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk bagi diriku seolah-olah 24jam sehari yang ada tidak mrncukupi aku tak tahu ada kalanya keadaan seperti ini berlaku pada diri kita dan itulah yang aku alami dan aku sendiri tidak tahu apakah yang menyebabkan kesibukkan itu yang aku sedar masa beredar terlalu pantas dan hari sileh berganti tanpa menunggu kita.


Aku pasrah sabenarnya, segalanya ada kaitan dengan pengurusan masa dan diri kita yang sering alpa atau leka akan kepentingan mengurus masa dan ingatlah manusia akan sentiasa didalam kerugian andainya tidak menggunakan masa dengan sebaiknya. Lazimnya kita akan menggunakan kesibukkan sebagai alasan untuk tidak membuat itu dan ini, kita tidak akan pernah mengakui yang segalanya itu berpunca dari kelemahan diri kita sendiri itu lah sifatnya manusia termasuklah diri aku.


Demi masa mulai hari ini aku akan berusaha untuk memenafaatkan setiap detik dan saat dalam mencari kebaikkan supaya satu hari nanti kita akan semua berada di RAUDHAH. Inshallah.


Jadikan hari-hari sepi ini sebagai pemangkin untuk kita bermuhasabah diri demi mencari keredhaannya.

HARI-HARI YANG SEPI

24hb.may 2009.


Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk bagi diriku seolah-olah

Thursday, May 21, 2009

Perjalanan yang hampir terhenti.


21hb. may 2009.


Ada beberapa insiden yang berlaku terhadapku benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam diriku sehingga adakalanya membuat aku termenung sendirian mengenangkan situasi itu. Sungguhpun pada hakikatnya aku masih juga aku tetapi kejadian-kejadian ini sabenarnya menginsafkan kita akan betapa beruntungnya aku kerana masih dapat meneruskan kehidupan ini seperti biasa.


Kali pertama ialah dimana jeep yang aku naiki bersama penolong pengurus aku pada ketika itu Tn Hj zakaria hamid yang kini telah berpindah kesyarikat lain ketika membuat rondaan kerja biasa tiba-tiba telanggar lubang laluan air yang ditutupi rumput dan terbalek beberapa kali, mujurlah tiada kecederaan berat yang menimpa kami hanya jeep sahaja yang rosak teruk.


Kali keduanya pula semasa perjalanan pulang dari menyertai sukan kebangsaan Risda diPerlis dan semasa didalam perjalanan pulang melalui Lebuh Raya Utara Selatan terdapat tumpahan minyak diesel diatas jalan raya dan kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebat dan tanpa ku sedari tiba-tiba kenderaan yang ku pandu berpusing-pusing tanpa dapat dikawal dan akhirnya aku melanggar penghadang kiri dan kanan jalan.


Iktibar yang aku dapat adalah TUHAN MASIH MENYAYANGI AKU dan aku samestinya melakukan sebaleknya........

Sunday, May 17, 2009

JOGJAKARTA

Assallamulaikum Wktbh.

Kesempatan yang ada untuk melancung tidak ku lepaskan begitu sahaja dan destinasi ku kali ini ialah jogjakarta salah sebuah bandar di Indonesia. Penerbangan kami mengambil masa sekitar dua jam untuk sampai kejakarta sabelum kami meneruskan perjalanan dengan bas. Memandangkan yang percutian dibuat pada 24hb december dan menghampiri hari natal dan menyambut Tahun Baru tentunya keadaan agak sibuk oleh yang demikian kami gagal untuk mendapatkan penerbangan terus ke jogjakarta.

Kami memulakan perjalanan dengan menaiki bas pada awalnya memang kami menyangkakan ianya merupakan hanya perjalanan biasa tetapi sabenarnya ia merupakan satu perjalanan yang pasti tidak akan kami lupakan ini kerana perjalanan tersebut keseluruhannya mengambil masa 15 belas jam. Walaupun jaraknya tidaklah begitu jauh tetapi terlalu banyak halangan dan dugaannya untuk ditempuhi. Kami sampai kebandar Jogjakarta kira-kira jam 7 pagi dalam keadaan keletihan tetapi tetap teruja untuk meneruskan agenda lawatan kami dan diantaranya ialah CANDI BOROBUDOR dimana ianya adalah salah satu benda ajaib didunia ini.

Keletihan yang kami lalui tadi segala terubat dengan pemandangan yang cantik termasuk gunung berapi yang sentiasa berasap seperti menanti masa untuk memuntahkan laharnya dan sesungguhnya ia benar-benar berlaku beberapa tahun kemudiannya yang memusnahkan banyak jiwa dan kehidupan lainnya. Jogjakarta tidak sesibuk jakarta, surabaya maupun medan. Pertanian merupakan sumber utama ekonominya selain pelancungan banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi dan penduduknya majoritinya beragama Islam, makan tidak menjadi masaalah disini. Satelah menghabiskan lima hari disini akhirnya kami terpaksa pulang dengan membawa seribu kenangan indah.

HATI YANG TERLUKA


18hb may 2009.


Assallamualikum wktbh.


Hari ini aku memulakan catatan dengan memberi salam dan sabenarnya itulah yang dituntut oleh islam. Seringkali memang sifat kita untuk membuat sesuatu secara ringkas dan tergesa-gesa hasilnya kita terlupa untuk memberi salam mungkin tidak salepas daripada ini. Hujan yang kerap turun beberapa hari ini memberi seribu rahmat pokok-pokok kelapa sawit dan juga lain-lain tumbuhan melambai-lambai seolah-olah mengalu-alukan kedatangannya.


Hujan yang turun menambahkan lagi kedinginan malam hanya bunyi laungan katak bersahutan dan menari kegembiraan dan begitulah juga dengan haiwan dan serangga lainnya. Air adalah anugerah yang tidak ternilai harganya dan seringkali juga kita terlupa untuk menghargainya inilah sifatnya manusia termasuklah aku kurang untuk menghargai sesuatu seandainya ia mudah diperolehi. Sungguhpun aku telah jauh berjalan dan mengembara telah juga melihat berbagai keadaan dan suasana dek keselesaan aku juga sering alpa untuk mengingatkan diriku seadanya.


Dari saat ini aku akan sering mengingatkan diriku dan akan cuba untuk melihat sesuatu dari perspektif dan sudut yang berbeza-beza agar aku dapat mentafsir dengan lebih tepat lagi dimasa-masa akan datang.

MEMOIR OF GEISHA


Aku teringat tajuk sebuah cerita ia itu memoir of geisha walaupun aku tidak pernah menonton cerita berkenaan tetapi dapat akan rasakan yang intipati perjalanan cerita amat menarik sekali untuk kita jadikan bahan perbincangan dan sekali gus ia mampu membawa kita kepada suatu dimensi baru dalam fasa kehidupan kita.


Jalinan ceritanya diolah begitu menarik sekali sehinggakan kita tidak sedar yang ianya merupakan sebuah cerita semata-mata, banyak iktibar yang boleh diperolehi yang sedia untuk diterjemahkan didalam kehidupan kita pada hari ini adakalanya tuntutan hidup kita sangup mengorbankan segala-galanya, percayalah semuanya itu hanyalah bersifat sementara semata-mata dan yang hakiki adalah KEBENARAN dan bukannya KEBATILAN


SELAMAT HARI LAHIR


17hb may 2009.


Hari ini genap usiaku yang ke.... dan hari ini kami sekeluarga hanya menyambutnya dirumah sahaja, sekali lagi aku menadah tangan memanjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH Swt kerana masih diberi ruang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupanku inilah sabenarnya nikmat yang tidak ternilai harganya dan aku juga bersyukur kerana kami sekeluarga amat menyayangi diantara satu sama lain dan inilah yang sabenar-benarnya ku cari dalam hidupku. Jauh disudut hati kecilku amat terharu dengan apa yang aku lalui hari ini.


Akan ku abdikan saat-saat sebegini didalam memoriku supaya ianya akan menjadi penawar dikala aku memerlukannya. Langkahku dapat kurasakan semakin longlai aku rasakan ianya sejajar dengan putaran masa yang terus beredar tanpa menanti kita, seharusnya aku tidak leka oleh keadaan itu dan sebaiknya akan cuba untuk menafaatkan kehidupan ini mengikut aturan yang sewajarnya. Jalan dihadapan dapat kurasakan semakin berliku, cabaran dan halangan menjadi lebih hebat dan bahaya seharusnya aku kena pandai menyusun atur diri aku agar aku tidak termasuk kedalam pernagkap durjananya.


Justeru itu apa pun yang ingin kita laku semestinya bermula dengan nawaitu yang berseh dan murni agar ianya nanti akan juga berkesudahan dengan yang baik. Ini adalah titik tolak aku dalam memulakan langkah baru sampena hari lahirku hari ini. Amin.......

SELAMAT HARI LAHIR

Friday, May 15, 2009

HARGA SEBUAH PERSAHABATAN:


15hb. may 2009.

Hari ini ketabahan dan keimanan ku benar-benar teruji dan hari ini juga menjadi saksi akan siapakah sabenarnya yang menjadi sahabat kita. Jika suatu ketika dahulu aku hanya membaca atau menonton cerita dari skrip yang sedia ada tetapi kali ini aku berhadapan dengan realiti sabenar dalam kehidupan dan sabenarnya kita tidak memerlukan musuh untuk membunuh kita sahabat-sahabat disekitar kita sudah mencukupi untuk menikam kita dari belakang maupun membunuh kita secara perlahan tanpa menggunakan racun yang bisa.

Aku akur ini mungkin ketentuan ILLAHI dan aku pasrah dan redha menerimanya mungkin dugaan dari ALLAH swt meskipun aku agak kecewa kerana selama ini mereka ini ku anggap sebagai sahabat yang mendapat tempat istimewa didalam hati ini. Inilah realiti perjalanan hidup sabenar yang perlu aku tempuhi dengan apa cara sekalipun dan aku amat yakin yang aku akan mampu bangun semula demi meneruskan perjuanganku yang belum selesai. Jalan yang bakal ku tempuh walaupun dekat tetapi jauh dan penuh berliku dan aku harus pandai mengemudinya supaya akhirnya aku mampu sampai ketepian inshallah.

Hari ini akan menjadi tinta hitam dalam hidupku dan mulai hari ini jugalah aku mula mengenal siapa kawan dan siapa sahabat sejati, semuga tragedi pahit ini akan menjadi tauladan pada diri ini dalam menilai seseorang tidak kira apa jua jantina, keturunan dan kedudukannya. Aku sedar siapalah aku rupanya akulah semut merah itu.

Thursday, May 14, 2009

WARKAH TERBUKA

Aku harap apa yang akan aku coretkan nanti tidak akan secara langsung dan tak langsung akan menguris hati sesiapa samada yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. sesungguhnya aku amat menghormati setiap pendapat maupun pandangan dari setiap individu dan jauh disudut hatiku berkata setidak-tidaknya mereka berupaya melahirkan apa yang tersirat didalam pemikirannya.

Apa yang paling aku takuti ialah kepada mereka-mereka yang membisu seribu bahasa tetapi didalam jiwanya penuh tersirat dengan sesuatu yang tak dapat kita tafsirkan dalam bahasa yang mudah dan luhur, makhluk yang sebegini sabenarnya amat sukar untuk dimengerti, sabenarnya inilah yang menjadikan manusia itu unik dan berada didalam kelasnya yang tersendiri dan inilah juga yang sering membezakan antara manusia dan haiwan. Sesungguhnya kita seharusnya meletakkan ini semua didalam keadaan terkawal sepanjang masa dan untuk melakukan itu hanya dengan keimanan yang kukuh dan jitu akan dapat mengatasi segala perasaan dengki dan hasutan syaitan.

Berfikir sajenak lazimnya akan dapat membantu untuk menghindari dari membuat keputusan yang terburu-buru dan tidak tepat agar tiada insan-insan yang teluka dan teraniaya dek kerakusan kita .

THINK OUT OF BOX


14hb may 2009.


Hari ini aku memulakan hariku dengan menghadiri mesyuarat disebuah ladang yang tak berapa dari tempatku. Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam ku rasa amat membosankan kerana sepanjang perjalanan apa yang ku lihat hanyalah pokok kelapa sawit atau pun getah sahaja disamping pekan-pekan kecil yang tidak teratur dan kurang terurus keadaannya ini benar mencacatkan penglihatan ku.


Itu bukannya apa yang ingin aku ceritakan disini sabenarnya tetapi apa yang cuba aku ceritakan adalah seringkali kita tidak applikasikan apa yang dipanggil "Independent Mind" dimana kita lebih selesa atau komplesen dengan apa yang telah biasa kita buat justeru itu hasil yang akan kita perolehi juga pastinya akan biasa-biasa sahaja. Terlalu sukar rasanya untuk membawa supaya kita berfikir diluar kotak pemikiran begitu juga untuk menorobos mind set yang telah kita tetapkan.


Lonjakan paridgma hanya akan kita perolehi jika kita bersedia untuk tidak berfikir secara biasa dan aku termenung bersendirian apakah aku akan mampu merubah walapun dalam sekala yang kecil demi kebaikkan bersama.

Tuesday, May 12, 2009

MEMORI KEHIDUPAN


13hb may 2009.


Tidak beberapa hari sahaja lagi genaplah usiaku ..... dan sabenarnya tanpa aku sedari hari berlalu begitu pantas dan yang pasti akan meningkat lagi angka pada usiaku banyak orang akan mengatakan itu adalah angka semata-mata tetapi sebenarnya ia mempunyai pengertian yang amat mendalam jika kita berupaya mentafsirkannya dalam perpekstif islam yang suci itu dan garapan yang boleh disimpulkan secara mudah ialah setiap hari andainya kita masih boleh membuka mata dan menghembus udara segar merupakan kenikmatan yang tiada tolok bandingnya.


Perjalanan yang begitu jauh telah aku lalui ini benar benar telah banyak merubah dan mendewasakan diriku dari berbagai aspek kehidupan hakikatnya adalah pengalaman sabenarnya jauh tidak ternilai harganya dan ianya tidak mampu diperolehi dimana-mana institusi pengajian rendah maupun tinggi namun begitu tidak ramai yang mahu menilai atau pun menghargainya ramai diantara kita hanya akan mengatakan berilah kesempatan kepada yang lainnya tetapi aku pasrah dan redha inilah sabenarnya hukum alam yang mana kita adalah sebahagian dari kitarannya.

BANDARAYA KUALA LUMPUR

12hb may 2009.

Hari ini aku berada ditengah-tengah kotaraya kuala lumpur seperti biasa untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas ku kerana esuk aku akan menghadiri mesyuarat seperti masa-masa yang lalu. Manusia datang dan pergi kotaraya kuala lumpur masih seperti selalunya tidak pernah berubah kesibukkan dan kesesakkan masih menjadi intipati kotaraya ini dan inilah yang membedakan antara kuala lumpur dengan tempat tinggalku yang jauh dari kesibukkan dan kesesakkan jalanraya.

Sesekali bertandang kemari menjanjikan keseronokkan sementara tetapi kuala lumpur bukannya suatu tempat yang mudah untuk dijinakkan apatah lagi bagi pendatang baru. Itulah cabaran yang membuatkan kotaraya ini tempat yang menarik untuk dijelajahi bagi mereka-mereka yang adventerous dihutan batu ini.

Seringkali kedatangan aku disini adakalanya membuat aku keliru dan lemas dengan hiruk pikuk dan kesibukkan kerana kuala lumpur adalah kota yang pernah tidur.

Monday, May 11, 2009

AKU SEEKOR SEMUT MERAH

Setiap orang akan mengatakan bahawa aku seekor semut merah hanyalah jodol sebuah lagu tetapi seandainya ia lebih diamati dari barbagai perspektif dan sudut yang berlainan pasti ianya bukan sekadar sebuah tajuk lagu malah lebih jauh dari itu. Fitrahnya manusia amat jarang sekali mentafsir dengan pelbagai definasi dan aku pun tak terlepas dari itu. Namun aku adalah aku yang selalunya sering melihat dari luar kotak pemikiran biasa dan seringkali juga aku tidak bertanya apakah jawapan kepada soalan tersebut tetapi lebih melihat apakah soalan kepada jawapan itu dan inilah yang akan membedakan kita dari yang lainnya.

Kehadirannya tidak disedari dan kehilangannya tidak dirasai mungkin hanya sesuai pada seekor semut merah tetapi apakah kita cuma seekor semut merah atau kita merupakan sekumpulan semut merah kalau kita mahukan kehadiran dan kehilangan kita meninggalkan satu nostalgia kita mesti menjadi sekumpulan semut merah yang mampu merobek dan menghancurkan apa jua yang menghalang laluan kita tetapi bukan dengan cara yang tidak sehat tetapi lebih kepada sesuatu yang positif khususnya pada diri kita dan yang paling penting lagi adalah apa yang bakal kita tinggalkan.

Jadikan semut merah sebagai renungan dan iktibar.

KEBESARAN ILLAHI


11hb mei 2009.



Sepanjang menempuh kehidupan untuk lebih 30 tahun malam tadi merupakan malam yang meninggalkan satu kenangan yang pasti tidak akan aku lupakan disepanjang hayat ku sesuatu yang berlaku dimana kekuasaan illahi mengatasi segalanya. Angin ribut yang dahsyat telah melanda tempat kediaman dikebanyakkan penduduk dikompleks ini kesan dari ribut tersebut bukan hanya meranapkan pokok-pokok dan tumbuhan lainnya ianya juga menerbangkan banyak atap-atap rumah kami.


Didalam dentuman petir dan kilat yang sambar menyambar disertai oleh hujan yang lebat disamping deruan angin yang begitu mengerikan bunyinya menerbangkan banyak atap-atap asbestos rumah kami. Akibatnya rumah kami digenangi oleh air hujan yang turun mencurah-curah. Dihati kecil berkata ini adalah hanya sebahagian kecil bencana yang diturunkan berbanding yang lebig besar menanti dikemudian hari. Segala kejadian ini benar-benar menginsafkan diriku kerana nikmat yang diberi jauh mengatasi dugaan yang diterima aku terus menadah kedua tangan ku mengsyukuri diatas segala pemberiannya .


Inilah apa yang sering diperkatan kebesaran Illahi ianya bisa memberi dan mengambilnya pada bila-bila masa sahaja tanpa mengenal tempat dan waktu, bayu yang selalu kita nanti kedatangannya kali ini bertukar menjadi taufan yang mampu meranapkan apa sahaja yang menghalang laluannya. SUBHNALLAH....

Sunday, May 10, 2009

OH IBU.

Untuk pertama kalinya aku cuba catatkan ingatanku sempena hari ibu hari ini dalam diam aku sudah dua puloh satu tahun menjadi bapa dan pastinya ada ibu kepada anak-anak ku. walaupun sebelum ini hari ibu berlalu sileh berganti tetapi kali ini iannya benar-benar memberi makna yang mendalam pada diriku. Ibu yang ku maksudkan bukanlah hanya ibu kepada anak-anakku malah ibu yang melahirkan ku untuk menikmati keindahan alam maya ini.

Aku amat bertuah kerana masih mempunyai ibu dan aku amat menghargai segala pengorbanannya untuk membesarkanku dan saterusnya menjadikan aku seorang manusia yang berguna dan mampu menabur sedikit bakti kepada negara. Pengorbanan ibu sabenarnya tidak dapat dinilai dengan wang ringgit apatah lagi dengan harta benda dan aku sering mengingatkan diri aku bahawa akan tidak akan ujud didunia ini tanpa ayah dan ibu yang tercinta.

IBU ENGKAULAH RATU HIDUPKU, Sejauh mana pun aku pergi ibu akan tetap di hatiku semuga ALLAH MEMBERKATI APA JUA YANG SEDANG IBU LAKUKAN . Ibu kepada anak-anak ku sekalung tahniah diatas jasa dan pengorbanan mu yang tak pernah mengenal erti penat dan jemu selamanya .

Saturday, May 9, 2009

SUKAN HARI PEKERJA


Telah beberapa hari ku tinggalkan blog ini tanpa mengemaskinikan, sesuatu yang bukan aku sengajakan tetapi dek tuntutan kesibukkan tugas dan tanggungjawab aku terpaksa korbankan blog aku tetapi ini tidak bermakna aku akan tinggalkan terus ianya hanya sekadar perhentian yang bersifat sementara dan kini aku memulakan lagi penulisan ku demi sebuah cita-cita. Kehidupan dan suasana bening adalah merupakan segala-galanya bagiku begitulah indahnya ciptaan ALLAH swt dan ini semua adalah nikmat untuk kita semua.

Semalam kami mengadakan sukan hari pekerja diestet ini sesuatu yang memang dinanti-nantikan oleh setiap individu pekerja acara kemuncak dimana hadiah diberi kepada para pemenang dapat aku rasakan betapa seandainya aku berada ditempat mereka yang datang merantau beribu batu jauhnya meninggalkan ibu,ayah, isteri, kekasih dan anak tersayang demi sebuah masa depan ianya sedikit sebanyak mampu menjadi penawar kepada segala kerinduan buat seketika dan aku bersyukur kerana setidak-tidaknya dapat menggembirakan anak-anak adam.

Segalanya ini pasti akan ku simpan didalam lipatan sanubari ku sampai bila-bila apatah lagi selepas aku menamatkan kerjaya ku nanti.