Wednesday, July 16, 2014

Khamis Datang Lagi

Masa terus beredar dan berputar tanpa ada perasaan belas kasehan berlalu dan terus berlalu meninggalkan kita yang ada ketika masih leka dibuai mimpi disiang hari dan sama ada kita sedar atau tidak Ramadhan Al Mubarak juga menghampiri penghujungnya itulah kitaran masa yang tidak sesiapa menahannya atau memperlahankannya inilah Kebesaran Allah Swt yang tiada siapa dapat mengatasinya.

Pergolakkan di Gaza masih belum menampakkan tanda tanda reda banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban, kemusnahan yang berlaku keatas bangunan kediaman memerlukan masa yang panjang untuk dibangunkan semula ditambah dengan kemampuan ekonomi yang amat terhad penduduk palestin semuanya ini membawa iktibar yang perlu dihayati oleh setiap diantara kita.

Wednesday, July 2, 2014

Khamis yang bening

Hari ini adalah hari khamis dan ini bermakna esuk hari jumaat penghulu dari segala hari minggu beredar terus tanpa menunggu kita telah bersedia maupun sebaleknya justeru kehidupan membawa erti kita kena terus besedia dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan detik.

Masa silam hanya menjadi kenangan dan iktibar masa sekarang yang paling utama untuk kita tempuhi dan lalui kerana bagaimana kita laluinya akan menentukan dimana kita akan berada dikemudian harinya.

Sinar Ramadhan

Ramadhan tahun ini ku lalui dengan suasana yang amat berbeza sekali penuh dengan ketenaangan dan kelapangan kerana aku tak perlu terburu buru mengejar masa untuk melakukanibadah ku berbanding semasa aku sedang bekerja kerana segalanya perlu di kejar untuk diselesaikan dalam waktu yang telah ditetapkan.

Adakalanya aku merasakan amat kesuntukkan masa untu menyiapkan tugasan ku selain dari tuntutan ibadah ku namun semua itu merupakan antara keseimbangan tuntutan kehidupan dunia dan akhirat dan kita kena pandai mengolahnya.

Tuesday, July 1, 2014

Kaki oh kaki

Hari ini genap 3 bulan selepas aku menjalani operation ligament ku yang terputus dapat ku rasakan yang ianya bertambah puleh dan sedikit demi sedikit kekuatan kaki ku kembali puleh walaupun ada ketikanya ianya masih terasa sakit tapi segalanya itu ku anggap proses pemulihan biasa apabila sesuatu kecederaan berlaku terutamanya yang melibatkan urat urat yang berselirat didalam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.

Alhamdullilah malam tadi terawikh hari yang menjadi saksi yang aku tidak lagi memerlukan kerusi untuk ku melakukan solat terawih dan witir sebanyak 11 rekaat alhamdullilah sekali lagi muga muga ini merupakan titik permulaan bagi untuk dapat menjalani kehidupan seperti normal selain dapat melakukan aktiviti aktiviti seperti yang lazim aku lakukan.

Ramadhan benar benar membawa hikmah buat diriku terima kaseh Allah swt amin..