Friday, January 7, 2011

CABARAN BARU DITAHUN BARU

2.52 ptg.

Seperti mana lazim tahun baru pasti akan hadir cabaran-cabaran baru ini adalah kitaran hidup biasa selagi bergelar manusia kita semua tidak akan dapat lari dari itu aku juga tidak terlepas darinya justeru itu berhadapan dengan cabaran adalah kaedah sebenar untuk kita berjaya dan sekaligus menyelesaikan masaalah yang hadirnya sering tanpa diundang apatah lagi dipinta.

Proses pendewasaan sabenarnya hadir diatas apa jua yang kita lalui samada ia berjaya atau sebaleknya kedua-duanya pasti punya hikmahnya yang tersendiri jangan sesekali kita meratapinya tetapi wajib mensyukurinya demi melayari kehidupan didunia yang fana ini. Orang yang berjaya aku yakin pasti dia pernah gagal.

Merenung kembali tahun 2010 boleh aku simpulkan yang sebahagian kerjayaku berjaya dan ada juga yang masih belum berjaya dan ada pula yang perlu diteruskan kerana aku pasti ianya tida penghujungnya walaupun sesempurna mana kita lakukan kerana penilaian dan pancaindera manusia sering mentafsir sesuatu dalam perspektif yang berbeza walaupun melihat benda yang sama tetapi tidak serupa. Untuk memuaskan hati semua orang jauh sekali apa pun kita tetap dituntut untuk terus bersyukur dan bersyukur.


SELAMAT TAHUN BARU 2011

8hb januari 2011.

Tahun baru menjelang lagi dan ini bermakna usia ku semakin bertambah dan pada masa yang sama tempoh kerjaya ku juga semakin pendek apa pun itu semua adalah perjanjian yang telah kita meteri dan persetujui bersama selain dari fitrah alam yang tiada siapa mampu mengubahnya selagi dia berstatus manusia.

Sebagaimana biasa aku pasti ramai memasang niat dan azam baru setiap kali menjelangnya tahun baru bagi diriku segalanya lebih merupakan rutin biasa kehidupan kerana terlalu banyak yang telah aku lalui sepanjang beberapa dekad aku menghirup udara segar yang diperolehi secara percuma ini. Namun begitu jauh disudut hati kecilku aku benar-benar bersyukur keatas apa jua yang telah dianugerahkan oleh yang maha esa amin.

Ini adalah tahun kedua aku menjalani kehidupan ku ditengah Bandaraya Kuala Lumpur dan aku dapati anak-anak ku mula dapat menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan disini bagi isteriku masih tak nampak banyak kemajuan dia masih lagi memilih kehidupan diestet sebagai jauh lebih menarik dan tenteram untuk dilalui tetapi apa pun rezki ku buat masa ini adalah disini dan aku redha melaluinya.