Thursday, June 26, 2014

Jumaat datang lagi

Jumaat datang lagi dan hari ini merupakan jumaat terakhir dibulan syaaban sabelum menjelmanya bulan Ramadhan Al mubarak dan hari ini adalah juga hari untuk melihat anak bulan bagi menentukan bahawa esuk kita boleh memulakan puasa. Ramadhan kali ini pasti berbeza bagi diriku kerana seperti Ramadhan yang lalu aku masih sibuk dengan tugas tugas harian ku tapi kali ini aku tidak lagi sesibuk seperti terdahulu walaubagaimanapun Ramadhan tetap memberi seribu pengertian bagi diri ku dan mudah mudahan aku dapat melalui Ramadhan kali ini dengan penuh keinsafan dan ketaqwaaan inshallah.

Menanti kedatangan Ramadhan, berpuasa, bersahur dan berbuka amat sinonim dan akan menjadi rutin harian ku sepanjang Ramadhan ini kepada semua Selamat Berpuasa dan senantiasa berdoa agar kita akan dipertemukan diRamadhan yang akan datang.

No comments:

Post a Comment