Friday, April 24, 2009

PENGURUS DAN PENYANYI


Sememangnya tempoh kerja yang panjang selalunya melalui pelbagai pengalaman suka dan duka, pahit dan manis dan aku tk terlepas dari itu dan tiba-tiba fikiran ku jauh melayang teringatkan sesaorang yang memang mempunyai bakat yang besar didalam bidang nyanyian. Kemerduan suaranya sering mengusik hati para pendengarnya.


Adakalanya masih terngiang-ngiang dicuping telingaku akan kegemersikkan dendangan suaranya tetapi semuanya itu hanya tinggalkan beliau telah pun bersara wajib insan seni yang saya maksudkan ialah tak lain dan tak bukan ialah Sdr Abd Jamal bin Mustaffa seorang pengurus dan juga seorang penyanyi tersohor didalam mewarnai dunia ESPEK suatu ketika dahulu.


Yang tinggal kini hanya memori indah gubahan teman-teman yang pernah bersama suatu ketika dahulu. Semuga ALLH SWT. memberkati apa jua yang sedang beliau lakukan dewasa ini AMIN.....

THE MOST SMARTEST MAN ON EARTH


Again i was disturbed by something strike at the back of my mind, a roomate happen to be somewhere on the other part of the world. Some people may called him John Lenon and some may called him Tn Hj Ayub bin Hj Khalid and i can be considered one of the luckiest person on earth to be his roomate on one occasion, knowing him personally as one of the well dressed gentelmen alive while on duty or just lazy around.


Believed it or not when he is having bath and came out from the bathroom he was fully dressed unlike us most often than not there is only a towel covering half of the naked body. I was really amazed the way he managed himself. Time is running very fast before i could realise that he is already retired of course i would miss that time around and for that i would keep all the good and fond memories ever and ever.


All the best to him.

Thursday, April 23, 2009

PERTH KOTA KEDAMAIAN


Perth Australia merupakan sebuah kota yang penuh kedamaian dan ketenangan, jauh dai hiruk pikuk gelagat manusia. Kehidupan seolah-olahnya seperti telah diatur penduduknya tidak kelihatan cuba berebut-rebut mengejar kemewahan semuanya amat damai sekali sesuatu yang kontrast jika dibandingkan dengan kotaraya Jakarta, Bangkok maupun Shanghai.


Aku tertanya-tanya pada diriku apakah ini kehidupan hakiki yang kita cari ataupun kita akan terus bergelut mencari hala tuju yang belum pasti ataupun kita hanya sebahagian boneka dalam arus kehidupan ciptaan manusia. Kehijauan yang terpelihara, urusniaga yang hanya terhad pada waktu pejabat sahaja kecuali yang diuruskan oleh pendatang selainnya nampak begitu tertib sekali dan sabenarnya ia tidak jauh lari jika dibandingkan kehidupan didalam estet.


Masa berlalu begitu pantas dan aku terpaksa meninggalkan bandaraya ini dan aku berjanji pada diriku sendiri satu hari nanti aku pasti akan bertandang lagi bagi mengembalikan memori indah disana inshallah.

PERTH KOTA KEDAMAIAN

Perth Australia merupakan sebuah kota yang penuh kedamaian dan ketenangan, jauh dai hiruk piku

A NIGHT IN SHANGHAI


24hb apr 2009.


Shanghai adalah antara destinasi yang pernah aku jejaki bangunan pencakar langit antara indentiti bandaraya ini. Penghuninya terus bergerak pantas tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya itulah gaya hidup dibandar yang maju dan seharusnya kita juga kena bergerak kearah itu andainya kita ingin menjadikan negara kita negara maju tanpa mengorbankan nilai-nilai murni kita sebagai umat islam.


Jalan-jalan rayanya bertingkat-tingkat melingkari bandaraya ini jelas menunjukkan betapa kompleksnya kehidupan disini tetapi itu semua bukannya penghalang kepada segalanya sebaleknya ia adalah sebenarnya merupakan pendorong kepada survival kehidupan dikota yang penuh tipu helah. Sekiranya kita diberi kesempatan untuk menetap dikota ini aku yakin dan optimis kita akan berjaya mengharunginya.


Kotaraya Shanghai akan terus hidup demi mewarnai kehadiran manusia dan aku adalah sebahagian darinya.

GOLDEN TRIANGLE


Sesungguhnya aku amat bertuah sekali kerana diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ku disatu tempat yang begitu sinonim sekali didalam mata pelajaran geography ia itu SEGI TIGA EMAS satu kawasan yang memang penuh dengan nostalgia pahit kehidupan manusia yang penuh dikuasai nafsu, ketamakkan dan kekejaman demi kepuasan diri. Segi tiga emas merupakan satu kawasan dipertemuan sebatang sungai dimana sempadan tiga negara berada iaitu Thailand, Laos dan Cambodia.


Daerah yang terkenal dengan tanaman bunga popinya dan antara pengeluar dadah terbesar didunia. Dari pengamatan saya daerah ini jauh dari sudut pembangunan masih banyak diselaputi dengan hutan belantara dan berbukit-bukit rakyatnya seperti biasa hidup didalam keadaan daif mungkin segala hasil bumi yang dikeluarkan hanya untuk golongan tertentu sahaja iailah dia dunia keadilan terlalu sukar untuk ditemui.


Aku menyusuri sungai yang memisahkan tiga negara itu dan aku berkesempatan untuk mendarat di Laos dan apa yang dapat aku gambarkan ialah sebuah kehidupan yang jauh dari arus kemodenan sejagat.

ANTARA ANYER DAN JAKARTA


23hb. April 2009.

Jakarta sebuah kota metropolitan yang tidak pernah tidur terus bertali arus dengan penghuninya yang mundar mandir demi mencari sesuap nasi. Kota yang jelas menunjukkan jurang kehidupan yang luas antara yang kaya dan yang miskin dan Jakarta antara Kotaraya yang pernah ku lawati demi sebuah pengalaman. Adakalanya aku terpegun dan terpaku keatas kecekalan penduduknya yang saban hari bergelut dengan penghidupan dan kesesakan jalan rayanya ada ketikanya nyawa seperti tidak bernilai.

Aku betafakur sabentar mengenang masa depan generasi akan datang kita adakah mereka juga akan berhempas pulas demi mendapatkan sesuap nasi sesuatu yang wajar kita fikirkan apakah bekalan yang patut kita tinggallkan untuk mereka ataupun perlu kita habiskan kesemuanya inilah yang sering bermain didalam kotak fikiran ku. Jakarta menjadi role model yang amat baik sekali untuk dijadikan tauladan. ANTARA ANYER DAN JAKARTA sabenarnya bukan hanya sekadar lagu tetapi apa yang tersirat jauh menjangkaui pemikiran akal manusia.