Thursday, April 23, 2009

GOLDEN TRIANGLE


Sesungguhnya aku amat bertuah sekali kerana diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ku disatu tempat yang begitu sinonim sekali didalam mata pelajaran geography ia itu SEGI TIGA EMAS satu kawasan yang memang penuh dengan nostalgia pahit kehidupan manusia yang penuh dikuasai nafsu, ketamakkan dan kekejaman demi kepuasan diri. Segi tiga emas merupakan satu kawasan dipertemuan sebatang sungai dimana sempadan tiga negara berada iaitu Thailand, Laos dan Cambodia.


Daerah yang terkenal dengan tanaman bunga popinya dan antara pengeluar dadah terbesar didunia. Dari pengamatan saya daerah ini jauh dari sudut pembangunan masih banyak diselaputi dengan hutan belantara dan berbukit-bukit rakyatnya seperti biasa hidup didalam keadaan daif mungkin segala hasil bumi yang dikeluarkan hanya untuk golongan tertentu sahaja iailah dia dunia keadilan terlalu sukar untuk ditemui.


Aku menyusuri sungai yang memisahkan tiga negara itu dan aku berkesempatan untuk mendarat di Laos dan apa yang dapat aku gambarkan ialah sebuah kehidupan yang jauh dari arus kemodenan sejagat.

No comments:

Post a Comment