Saturday, February 13, 2010

Pagi Di Kuala Lumpur

14 hb feb 2009.

Assallamulaikum Wktbh dan salam satu malaysia.

Rakan-rakan ku yang berbangsa cina hari ini menyambut tahun bar
u atau lebih dikenali dengan Gong Xi Fa Cai dan mengikut kalendar cina tahun ini merupakan tahun Harimau . Menurut kepercayaan mereka Harimau merupakan binatang yang garang dan ganas tetapi segalanya itu hanya merupakan satu mitos dari perspektif kaum cina yang adakalanya terlalu taksub dengan tuah dan nasib. Bagi kita orang-orang Islam kita percaya kepada Qada dan Qadar ALLAH SWT. Walauapapun terserah kepada anutan agama masing-masing.

Masa kurasakan bergerak begitu pantas sekali dan kini kita telah berada dipertengahan bulan dua tahun 2010 dan ini bermakna aku hanya punya dua tahun dan tiga bulan lagi untuk berkhidmat sabelum menamatkan perkhidmatan ku sabelum aku bersara wajib. Aku akan berusaha untuk mencurahkan khidmat bakti ku sebaik yang mungkin agar apa juga yang baik yang akan ku tinggalkan nanti menjadi kenangan dan ingatan sepanjang zaman.

Musim terus berlalu kehidupan di kuala lumpur yang tak pernah aku impikan kini menjadi realiti ada buruk dan baiknya yang pasti aku tidak punya pilihan samada aku terus berusaha mengapungkan diri atau aku akan karam ditengah kota ini, aku yakin aku akan berjaya mengharunginya demi sebuah kehidupan yang hakiki. Aku masih berpegang kepada Kuala Lumpur hanya merupakan sebuah hutan batu kita yang akan mencorakkan atau menentukan kehidupan didalamnya.

No comments:

Post a Comment