Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Di-Kuala Lumpur


21hb August 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431.

Untuk pertama kalinya aku sekeluarga menyambut bulan ramadhan dikuala lumpur. Berpuasa dimana mana sahaja sekalipun sama sahaja bagi diriku tetapi yang membezakan ialah penghayatan dan pengisiannya yang agak berbeza apa yang aku maksudkan ialah kuala lumpur seperti yang kita ketahui merupakan sebuah kotaraya yang semuanya bergerak pantas dan bagi yang lambat kita akan ketinggalan.

Kepantasan itulah yang adakalanya menjadikan aku rasa amat mencabar sekali terutamanya apabila ada ketikanya tenaga kita agak terhad dan proses pemulihannya memakan sedikit masa tetapi inilah cabaran yang perlu aku tempuhi sehinggalah aku melabuhkan tirai untuk meninggalkan kerjayaku sabelum aku akan bersara wajib.

Aku dapat merasakan kehidupan dan ramadhan yang ku lalui ini tidak seperti kebiasaannya diestet dimana segalanya umpama telah diatur dan akan bergerak umpama air sungai yang mengalir tanpa ada paksaan dan tekanan sebaliknya di kl segalanya umpama tidak teratur dan bergerak mengikut keperluan dan destinasinya sendiri namun apapun aku pasrah dan redha dengan apa juga yang telah dan bakal aku lalu mungkin ini adalah Illahi.

No comments:

Post a Comment