Tuesday, July 1, 2014

Kaki oh kaki

Hari ini genap 3 bulan selepas aku menjalani operation ligament ku yang terputus dapat ku rasakan yang ianya bertambah puleh dan sedikit demi sedikit kekuatan kaki ku kembali puleh walaupun ada ketikanya ianya masih terasa sakit tapi segalanya itu ku anggap proses pemulihan biasa apabila sesuatu kecederaan berlaku terutamanya yang melibatkan urat urat yang berselirat didalam yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.

Alhamdullilah malam tadi terawikh hari yang menjadi saksi yang aku tidak lagi memerlukan kerusi untuk ku melakukan solat terawih dan witir sebanyak 11 rekaat alhamdullilah sekali lagi muga muga ini merupakan titik permulaan bagi untuk dapat menjalani kehidupan seperti normal selain dapat melakukan aktiviti aktiviti seperti yang lazim aku lakukan.

Ramadhan benar benar membawa hikmah buat diriku terima kaseh Allah swt amin..

No comments:

Post a Comment