Wednesday, July 16, 2014

Khamis Datang Lagi

Masa terus beredar dan berputar tanpa ada perasaan belas kasehan berlalu dan terus berlalu meninggalkan kita yang ada ketika masih leka dibuai mimpi disiang hari dan sama ada kita sedar atau tidak Ramadhan Al Mubarak juga menghampiri penghujungnya itulah kitaran masa yang tidak sesiapa menahannya atau memperlahankannya inilah Kebesaran Allah Swt yang tiada siapa dapat mengatasinya.

Pergolakkan di Gaza masih belum menampakkan tanda tanda reda banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban, kemusnahan yang berlaku keatas bangunan kediaman memerlukan masa yang panjang untuk dibangunkan semula ditambah dengan kemampuan ekonomi yang amat terhad penduduk palestin semuanya ini membawa iktibar yang perlu dihayati oleh setiap diantara kita.

No comments:

Post a Comment