Saturday, August 9, 2014

Hidayah

Sesuatu yang aku pelajari tentang alam persaraan ialah planning yang betul akan menjadikan alam persaraan amat menarik sekali kenapa aku katakan begitu ialah istilah alam persaraan adalah satu alam dimana ianya sepatutnya menjadi satu tempat untuk kita berehat dan bergerak bebas untuk melakukan sebarang aktiviti sementara masih dikurniakan tubuh yang sehat.

Perancangan yang ku maksudkan disini bukan sahaja dari aspek kewangan tetapi juga dari aspek kekeluargaan perancangan yang terbaik ialah apabila memasukki alam persaraan semua tanggungan kita telah melepasi alam persekolahan sekurang kurangnya dan ini akan memberi banyak ruang kebebasan untuk kita bergerak bebas.

Apa pun semuanya itu adalah ketentuan Illahi kita pasrah menerimanya seadanya kerana aku yakin pasti ada hikmah disebaleknya.

1 comment: