Saturday, April 4, 2009

TUAN MANAGER


Sektor perladangan merupakan salah penyunbang terbesar didalam ekonomi negara tersedardan sesungguhnya aku juga bangga menjadi salah seorang daripadanya,Namun segalanya itu ada harga yang perlu dibayar situasi sekarang amat jauh berbeda cabaran dan halangannya juga menjadi lebih rumit dan komplikated tetapi sealanya itu berpunca dari ketamakkan manusia didalam mengurus alam semulajadi aku dari lamunan ku bahawa yang KITA TIDAK MEWARISI ALAM INI KITA HANYA MEMINJAM DARI ANAK-ANAK KITA.

PAGI YANG HENING


4hb april 2009.

Jam telah menunjukkan pukul 7.30 pagi kehidupan seharian yang aku lalui disebuah estet amat tenang sekali sabening air tasek yang belum ternoda lagi inilah suasana yang telah sebati dalam jiwa ku begitu keluargaku. Kicauan burung, hembusan angin dan kedinginan pagi segalanya mengamit sejuta kenangan yang pasti amat sukar untuk dilupakan.

Tiba-tiba aku terhenti dari lamunanku apabila aku teringatkan sesuatu kenangan silam semasa aku kanak-kanak lagi dimana kami menetap disebuah kampung yang berhampiran sebuah estet dan aku tidak menduga sama sekali satu hari aku juga merupakan sebahagian dari mereka. Sesungguhnya Pengurus ladang pada ketika itu dikuasai oleh orang puteh atau mat saleh dan mereka amat disanjungi dan dihormati sekali aku masih ingat lagi satu hari kami mandi disungai yang mengalir jernih diestet itu dan dek terlalu seronok kami tidak sedar yang Tuan Manager telah tercegat berdiri memerhatikan kami dan tanpa banyak berkata diambilnya semua pakaian kami dan dimasukkan kedalam land rovernya dan hari itu kami semua terpaksa pulang dalam keadaan semulajadi.

Sejak itu kami tidak lagi berani mandi disungai itu. Hari ini aku berada dikedudukan yang sama dengan orang puteh hanya kebetulan aku juga punya nama sama iaitu mohd salleh takdir menentukan segalanya dan aku sekali lagi memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi dan tak lupa juga kepada kedua ibu bapa ku yang menjadikan aku seperti sekarang.

Friday, April 3, 2009

RESOLUSI BENGKEL


11.55 am.


Saban tahun kami akan menghadiri bengkel anjuran syarikat bertujuan untuk penambahbaikkan dalam melaksanakan tugas seharian dan mencari jalan untuk sustain didalam industri yang semakin rapuh ini. Banyak idea-idea baru yang dilahirkan oleh para peserta bengkel yang pasti mereka tidak ketandusan idea.


Idea hanya tinggal idea jika ianya tidak dapat diterjemahkan untuk menjadi realiti dan segalanya itu semata-mata untuk generasi yang akan datang, sikap keterbukaan Tuan Pengurus Besar seharus dimenafaatkan untuk kebaikkan bersama dalam memastikan kita akan terus kekal mampan dalam arus globalisasi dan krisis demi krisis yang melanda. Perjalanan kita semakin sukar banyak jerangkap samar menanti dihadapan tetapi saya penuh yakin segalanya itu akan dapat diatasi jika semua tenaga digembeling kearah yang sama. INSHALLAH.

Baru aku tahu yang madu boleh dipelbagaikan untuk menghasilkan produk-produk yang luar biasa.

KEUNIKAN KAHERAH

4hb april 2009.


Aku amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengunjungi Cairo atau kaherah salah satu tempat yang banyak meninggalkan kesan sejarah tamadun islam, antara tempat yang dapat ku lawati ialah makam NABI DANIAL As.,makam IMAM SHAFIEE yang mana merupakan mazhab yang dianuti oleh orang-orang islam dimalaysia khususnya.

Dari situ kami meneruskan perjalanan kami keALEXANDRIA atau ISKANDARIAH yang terletak bersebelahan laut mediterranean cuacanya sungguh nyaman sekali dan disinilah sejarah iskandar zulkarnaen pejuang islam terkenal pada zaman itu. Sesungguhnya catatan perjalanan ku amat panjang sekali dan disetiap destinasi pasti mempunyai keistimewaannya yang tersendiri selain sungai Nile yang pernah ku pelajari dalam mata pelajaran geograpi ketika disekolah.

Kebanyakkan rumah-rumah orang Arab kelihatannya sepertinya tidak siap tetapi sabenarnya ialah apabila salah seorang ahli keluarga mereka berkahwin mereka akan membina bangunan diatas tingkat bangunan saterusnya. KEAGUNGAN ALLAH SWT.

SLIM RIVER


Aku berkesempatan untuk melawat salah satu ladang milek risda yang terletak satu daerah dislim river perak. Perjalanan yang mengambil masa hampir lima jam perjalanan dan satu lokasi yang begitu mencuit hatiku ialah dimana masih terdapat lagi yang mengalir deras dicelah ketulan-ketulan batu didalam sungai deruan air sungai itu benar-benar menjadi terapi dalam mencari ketenangan.

Aku amat teruja dengan situasi sebegitu yang sekarang amat sukar untuk ditemui lagi dan aku tak tahu sampai bilakah khazanah alam ini dapat dihindari dari kerakusan manusia yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Jauh disudut hati berkata adakah anak cucu kita nanti akan berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi atau mereka hanya tahu sungai-sungai dan tasek-tasek buatan manusia.

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Jumaat 9.10mlm.

Hari terus sileh berganti dan aku juga masih meneruskan perjuangan yang belum selesai liku-liku kehidupan akan terus diharungi demi sebuah kehidupan ranjau dan onak menjadi santapan saban hari dan itu jugalah yang menjadikan aku tabah dan cekal dalam mengharungi segalanya pun begitu adakalanya sebagai insan yang kerdil ini aku juga pernah merasai jatuh bangunnya kehidupan tetapi itu semua bukan halangan untuk kita terus meniti arus kehidupan.

Aku pernah ditugaskan disebuah daerah dikalimantan barat indonesia atau lebih tepat lagi dikembayan ku sangkakan ianya sesuatu yang mudah rupa=rupanya ianya tidak seperti yang dijangkakan setiap detik merupakan seperti telur dihujung tanduk sehinggalah satu hari aku ditangkap polisi kerana berkerja tanpa permit kerja yang sah dan biarkan ianya ku simpan kemas dilipatan sanubari pun begitu aku ingin merakam jutaan terima kaseh kepada Tn Hj Azhari Wasi yang telah membantu aku.

Keajaiban Binaan Manusia

3hb apr 2009.

Aku adalah terdiri dari segelintir insan yang amat bertuah dimana aku berpeluang untuk melihat sendiri tiga dari tujuh benda ajaib yang ada didalam dunia ini antaranya dalah PIRAMID digaza, TEMBOK BESAR NEGERI CINA dan CANDI BOROBUDUR di jogjakarta. Sesungguhnya ia amat menakjubkan sekali tak tercapai akal ku bagaimana ianya mampu dibina dengan keadaan serba kekurangan pada zaman itu, satu yang dapat aku pelajari darinya ialah sabenarnya akal manusia ini memang luar biasa hebatnya .

Aku terpegun sajenak dan akhirnya kesimpulan yang boleh ku buat ialah itulah sabenarnya KEAGUNGAN ALLAH YANG MRNCIPTA MANUSIA dan diberi akal fikiran untuk membina sesuatu demi untuk kebaikkan dan bukan kejahatan dan sesungguhnya sesuatu yang terjadi itu adalah jua dari kehendaknya.