Saturday, April 4, 2009

PAGI YANG HENING


4hb april 2009.

Jam telah menunjukkan pukul 7.30 pagi kehidupan seharian yang aku lalui disebuah estet amat tenang sekali sabening air tasek yang belum ternoda lagi inilah suasana yang telah sebati dalam jiwa ku begitu keluargaku. Kicauan burung, hembusan angin dan kedinginan pagi segalanya mengamit sejuta kenangan yang pasti amat sukar untuk dilupakan.

Tiba-tiba aku terhenti dari lamunanku apabila aku teringatkan sesuatu kenangan silam semasa aku kanak-kanak lagi dimana kami menetap disebuah kampung yang berhampiran sebuah estet dan aku tidak menduga sama sekali satu hari aku juga merupakan sebahagian dari mereka. Sesungguhnya Pengurus ladang pada ketika itu dikuasai oleh orang puteh atau mat saleh dan mereka amat disanjungi dan dihormati sekali aku masih ingat lagi satu hari kami mandi disungai yang mengalir jernih diestet itu dan dek terlalu seronok kami tidak sedar yang Tuan Manager telah tercegat berdiri memerhatikan kami dan tanpa banyak berkata diambilnya semua pakaian kami dan dimasukkan kedalam land rovernya dan hari itu kami semua terpaksa pulang dalam keadaan semulajadi.

Sejak itu kami tidak lagi berani mandi disungai itu. Hari ini aku berada dikedudukan yang sama dengan orang puteh hanya kebetulan aku juga punya nama sama iaitu mohd salleh takdir menentukan segalanya dan aku sekali lagi memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi dan tak lupa juga kepada kedua ibu bapa ku yang menjadikan aku seperti sekarang.

No comments:

Post a Comment