Friday, April 3, 2009

RESOLUSI BENGKEL


11.55 am.


Saban tahun kami akan menghadiri bengkel anjuran syarikat bertujuan untuk penambahbaikkan dalam melaksanakan tugas seharian dan mencari jalan untuk sustain didalam industri yang semakin rapuh ini. Banyak idea-idea baru yang dilahirkan oleh para peserta bengkel yang pasti mereka tidak ketandusan idea.


Idea hanya tinggal idea jika ianya tidak dapat diterjemahkan untuk menjadi realiti dan segalanya itu semata-mata untuk generasi yang akan datang, sikap keterbukaan Tuan Pengurus Besar seharus dimenafaatkan untuk kebaikkan bersama dalam memastikan kita akan terus kekal mampan dalam arus globalisasi dan krisis demi krisis yang melanda. Perjalanan kita semakin sukar banyak jerangkap samar menanti dihadapan tetapi saya penuh yakin segalanya itu akan dapat diatasi jika semua tenaga digembeling kearah yang sama. INSHALLAH.

Baru aku tahu yang madu boleh dipelbagaikan untuk menghasilkan produk-produk yang luar biasa.

No comments:

Post a Comment