Sunday, September 27, 2015


Disini Segalanya Bermulanya

Perjalanan ku Teruskan Lagi meskipun persinggahan demi persinggahan ku berhenti dan pelabuhan demi pelabuhan ku singgahi namun aku masih belum bertemu apa yang ku cari sulit sangatkah benda yang ku cari tu sehingga banyak tempat yang ku jelejahi masih gagal menemukannya.  Aku juga terus bertanya tanya pada diriku apakah yang sabenarnya sedang ku cari.

Adakah ianya sesuatu yang boleh dilihat atau ianya sebuah mainan ilusi semata mata amat sukar untuk aku menyatakan disini apatah lagi untuk menulisnya didalam blog ini kelihatannya amat mudah tetapi tahap kesukarannya amat tinggi dan kadangkala tak tercapai akal ku memikirkannya.

Meniti Hari Hari mendatang yang belum tentu menjanjikan apa apa merupakan satu penantian yang tidak berpenghujung.

Eid Aidil Adha

Masa terus beredar tanpa sedikit pun merasa belas kepada apa yang ditinggalkan apatah lagi jika mangsanya adalah sesiapa yang tidak menghargai masa justeru sekali lagi kita bertemu dengan Hari Raya Aidil Adha dan Kali ini Aidil Adha Disambut Dengan Penuh Pegorbanan sama ada Pengorbanan Haiwan Atau Nyawa Manusia sebagai Galang Ganti.

Itulah Erti Pengertian Sabenar Pengorbanan yang perlu kita ambil iktibar darinya semuga kita terus muhasabbah Diri kita untuk menjadi lebih Baik dari masa kesemasa selagi kita masih berupaya menghembus nafas dalam meneruskan kesinambungan hidup yang pasti pengakhirannya.

Saturday, August 9, 2014

Hidayah

Sesuatu yang aku pelajari tentang alam persaraan ialah planning yang betul akan menjadikan alam persaraan amat menarik sekali kenapa aku katakan begitu ialah istilah alam persaraan adalah satu alam dimana ianya sepatutnya menjadi satu tempat untuk kita berehat dan bergerak bebas untuk melakukan sebarang aktiviti sementara masih dikurniakan tubuh yang sehat.

Perancangan yang ku maksudkan disini bukan sahaja dari aspek kewangan tetapi juga dari aspek kekeluargaan perancangan yang terbaik ialah apabila memasukki alam persaraan semua tanggungan kita telah melepasi alam persekolahan sekurang kurangnya dan ini akan memberi banyak ruang kebebasan untuk kita bergerak bebas.

Apa pun semuanya itu adalah ketentuan Illahi kita pasrah menerimanya seadanya kerana aku yakin pasti ada hikmah disebaleknya.

Kelangsungan

Begitu cepatnya masa berputar meninggalkan kita tanpa erti belas kasihan apatah lagi untuk menunggu kita kelangsungan hidup perlu diteruskan dalam memenuhi tuntutan kehidupan sebagai seorang mukmin.

Putaran masa ini terus beredar tanpa ku sedari sudah hampir tiga bulan aku menjadi pesara tegar ada ketika ku rasa ku punyai banyak masa terluang dan ada pula ketika aku merasakan diri ini amat sibuk berbuat sesuatu tetapi satu yang aku pasti kali ini aku yang mengurus masa ku sendiri tanpa perlu masa mengatur aku.

Syukur alhamdullilah aku telah hampir berjaya mengharungi fasa pertama salepas persaraan dan akan ku gagahi untuk mengharungi fasa fasa saterusnya yang mana ku rasakan akan menjadi lebih mudah sptmana seorang rakan pesara ku muengungkap sebagai "killing times" its sound kejam tapi that is the truth.

Wednesday, August 6, 2014

Eid Mubarak

Sempena syawal ini aku ingin mengambil kesempatan untuk megucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diriku keatas apa jua keterlanjuran ku sama ada yang ku sedari maupun sebaleknya itu lah sifatnya manusia tak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.

Syukur alhamdullilah juga kerana aku masih di beri kesempatan untuk sama sama merayakanhari kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan ini lah kehidupan demi suatu kelangsungan dalam arus yang terus mengalir sehingga menemui penghujungnya.



Salam syawal

  




Masa terus beredar tanpa ada rasa belas kasehan dan Ramadhan Al Mubarak telah 10 hari meningalkan kita dan kini kita berada pada 10 hb syawal akan senentiasa dalam kerugian orang orang yang leka begitulah fitrah alam pusingan siang dan malam tanpa ada sesiapa pun yang boleh mempercepatkan maupun melambatkannya itulah kekuasaan Allah Swt.

 Dengan kesempatan masa yang masih berbaki pada diriku aku seboleh mungkin untuk    
memanfaatkan sebaik mungkin kearah kebaikkan inshallah kerana kita tidak tahu apa yang akan  dimasa mendatang.

Sesungguhnya aku amat bersyukur kerana masih di beri kenikmatan selepas bersara dengan kesehatan yang amat baik untuk meneruskan kelangsungan hidup ini demi mencari keredhaan mu ya Allah Robillalamin..