Tuesday, April 15, 2014

Senja nan sepi

Meniti hari hari senja yang pasti menjelma saban hari membuat diri ini terasa amat sepi sekali keadaan seumpama ini tentunya pernah dilalui oleh insan yang bergelar manusia tetapi rasa kekosongan itu hanyalah mainan minda semata mata istilah kekosongan tdak ujud didalam diari kehidupan kita yang ada hanyalah illusi semata mata .

Hari silih berganti kecederaan lutut yang ku alami kian bertambah pulih tetapi betapa dapat aku rasakan yang nikmat berjalan ku diambil untuk sementara betapa seksa dapat ku rasakan dalam meniti kehidupan hari hari seperti yang dapat dinikmati oleh orang lain yang normal. Justeru itu jagalah apa yang kita ada sebaiknya sabelum ianya diambil dari kita.

Sunday, April 13, 2014

Saturday, April 12, 2014

Memori

Terlalu banyak memori yang belum aku dapat catatkan didalam blog ku ini sama ada memori duka maupun sebaleknya segalanya itu adalah asam garam dalam kehidupan selagi kita bergelar manusia insan kerdil disisi Allah swt yang mana kita sering alpa dengan siapa diri kita dan semuanya ini adalah pinjaman semata mata pangkat darjat maupun harta yang kita miliki.

Sesungguhnya tiada apa yang aku perlu kesali kerana telah terlalu banyak ruang dan peluang telah diberikan kepada ku dalam menjalani kehidupan dan aku tidak boleh meminta lebih dari itu dan kali ini sampai lah masanya untuk aku menumpukan masa ku kepada keluargaku dan menghabiskan sisa sisa masa yang ada bersama semua yang aku sayangi dan kasehi demi kehidupan yang lebih seimbang harmoni dan sejahtera.

Biarlah kusimpan dan kulipat kemas kemas supaya nanti apa yang aku catatkan tidak sedikit pun akan menguris hati sesiapa samada yang masih hidup maupun sebaliknya dan perjalanan ini akan aku teruskan sehingga kepenghujungnya yang aku sendiri tidak tahu bila.......

Mentari yang hilang

Tanggal 5hb april yang lalu aku kehilangan adik ku yang telah pulang kerahamatullah setelah sekian lamanya mengidap kanser paru paru aku amat merasakan kehilangannya kerana sepanjang beliau menjalani rawatannya aku lah yang bertanggung jawab menguruskan bersama isteri dan anak anak sehingga lah disaat saat akhir hayatnya kini apa yang aku boleh buat hanyalah panjatkan doa keatas rohnya semuga dicucuri rahmat dan dimasukkan dikalangan orang orang mukmin amin....

Aku akur kerana ini adalah qada dan qadar yang telah tertulis di Loh Mahfuz dan aku redha menerimanya kerana yang pasti satu hari nanti kita juga sedang menuju kedestinasi yang sama hanya waktu yang jadi penentunya.

Dalam pada masa yang sama juga aku perlu menjalani pembedahan lutut ku kerana salah satu ligamen ku terputus disebabkan oleh luka lama yang tak ku sedari dan segalanya ini ku perlu harungi dengan tabah kerana Allah Swt  hanya menguji orang orang yang mampu melalui ujian itu dan yang pasti ada hikmah disebaliknya aku pasrah......

Menuju destinasi

Masa beredar begitu pantas sepantas putaran siang berganti malam dan tanpa aku sedari karrier kerja ku sudah menghampiri kepenghujungnya yang pasti setiap yang bermula akan berakhir dan ku harap biarlah ianya berakhir dengan suasana yang tenang dan harmoni supaya nanti walaupun ianya tidak dingati dalam sesuatu yang baik ianya juga tidak diingati keatas sesuatu yang tidak baik kerana untuk mengekalkan sesuatu prestasi yang baik bagi sesuatu jangka masa yang lama bukannya suatu kerja yang mudah apatah lagi bila kita berurusan dengan spesis yng dinamakan manusia, terlalu sukar untuk memenuhi kehendak setiap antara mereka.
Perjalanan hidup ini perlu diteruskan walaupun kita tidak tahu apa yang menanti dihadapan hanya sering kupanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya dalam meniti saki baki kehidupan yang ada dan yang pasti aku akan buat apa yang Allah swt suka bukan apa yang aku suka. Dalam hal ini aku perlu mentally dan physically bersedia agat aku tidak tercari cari sesuatu yang tak pasti.