Saturday, April 12, 2014

Menuju destinasi

Masa beredar begitu pantas sepantas putaran siang berganti malam dan tanpa aku sedari karrier kerja ku sudah menghampiri kepenghujungnya yang pasti setiap yang bermula akan berakhir dan ku harap biarlah ianya berakhir dengan suasana yang tenang dan harmoni supaya nanti walaupun ianya tidak dingati dalam sesuatu yang baik ianya juga tidak diingati keatas sesuatu yang tidak baik kerana untuk mengekalkan sesuatu prestasi yang baik bagi sesuatu jangka masa yang lama bukannya suatu kerja yang mudah apatah lagi bila kita berurusan dengan spesis yng dinamakan manusia, terlalu sukar untuk memenuhi kehendak setiap antara mereka.
Perjalanan hidup ini perlu diteruskan walaupun kita tidak tahu apa yang menanti dihadapan hanya sering kupanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya dalam meniti saki baki kehidupan yang ada dan yang pasti aku akan buat apa yang Allah swt suka bukan apa yang aku suka. Dalam hal ini aku perlu mentally dan physically bersedia agat aku tidak tercari cari sesuatu yang tak pasti.

No comments:

Post a Comment