Saturday, April 12, 2014

Mentari yang hilang

Tanggal 5hb april yang lalu aku kehilangan adik ku yang telah pulang kerahamatullah setelah sekian lamanya mengidap kanser paru paru aku amat merasakan kehilangannya kerana sepanjang beliau menjalani rawatannya aku lah yang bertanggung jawab menguruskan bersama isteri dan anak anak sehingga lah disaat saat akhir hayatnya kini apa yang aku boleh buat hanyalah panjatkan doa keatas rohnya semuga dicucuri rahmat dan dimasukkan dikalangan orang orang mukmin amin....

Aku akur kerana ini adalah qada dan qadar yang telah tertulis di Loh Mahfuz dan aku redha menerimanya kerana yang pasti satu hari nanti kita juga sedang menuju kedestinasi yang sama hanya waktu yang jadi penentunya.

Dalam pada masa yang sama juga aku perlu menjalani pembedahan lutut ku kerana salah satu ligamen ku terputus disebabkan oleh luka lama yang tak ku sedari dan segalanya ini ku perlu harungi dengan tabah kerana Allah Swt  hanya menguji orang orang yang mampu melalui ujian itu dan yang pasti ada hikmah disebaliknya aku pasrah......

No comments:

Post a Comment