Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Di-Kuala Lumpur


21hb August 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431.

Untuk pertama kalinya aku sekeluarga menyambut bulan ramadhan dikuala lumpur. Berpuasa dimana mana sahaja sekalipun sama sahaja bagi diriku tetapi yang membezakan ialah penghayatan dan pengisiannya yang agak berbeza apa yang aku maksudkan ialah kuala lumpur seperti yang kita ketahui merupakan sebuah kotaraya yang semuanya bergerak pantas dan bagi yang lambat kita akan ketinggalan.

Kepantasan itulah yang adakalanya menjadikan aku rasa amat mencabar sekali terutamanya apabila ada ketikanya tenaga kita agak terhad dan proses pemulihannya memakan sedikit masa tetapi inilah cabaran yang perlu aku tempuhi sehinggalah aku melabuhkan tirai untuk meninggalkan kerjayaku sabelum aku akan bersara wajib.

Aku dapat merasakan kehidupan dan ramadhan yang ku lalui ini tidak seperti kebiasaannya diestet dimana segalanya umpama telah diatur dan akan bergerak umpama air sungai yang mengalir tanpa ada paksaan dan tekanan sebaliknya di kl segalanya umpama tidak teratur dan bergerak mengikut keperluan dan destinasinya sendiri namun apapun aku pasrah dan redha dengan apa juga yang telah dan bakal aku lalu mungkin ini adalah Illahi.

Tuesday, February 23, 2010

SENJA NAN SEPI


24hb februari 2010.


Asslllamulaikum dan salam satu malaysia.


Masa beredar dengan begitu pantas sekali tanpa ku sedari telah sebulan aku menghabiskan baki perjuangan perkhidmatanku disini ini bermakna aku hanya punya 27 bulan sahaja lagi. Sabenarnya dua puloh tujuh bulan adalah satu jangka masa yang agak panjang dan bermacam perkara boleh berlaku diantaranya. Kita tinggalkan dulu sajenak perkara itu kerana bila sampai waktunya nanti ia pasti akan menjelma jua akhirnya.


Rutin kehidupan ku kini telah terlalu banyak berubah kalau dulu aku banyak berlegar-legar merentasi sempadan blok dan sempadan

Tuesday, February 16, 2010

LANGKAH YANG LONGLAI

17HB Feb 2009.


Jalan yang aku lalui masih jauh dan samar, kehidupan ini umpama kitaran roda yang kita tidak tahu bila kita akan diatas atau kebawah, fitrahnya setiap yang diatas pasti akan turun jua kebawah untuk itu setiap kita seharusnya bersedia untuk ketika berada dibawah sabenarnya hikmah dibawah tidak ternilai dengan wang ringgit dan disitulah kita sabenarnya berpijak dibumi yang nyata tanpa jawatan dan kuasa.


Aku telah lama bersedia tentang itu kerana sebagai insan yang amat kerdil sekali aku tidak terlepas dari kitaran kehidupan manusia sejagat. Menempuh hari-hari mendatang aku rasakan begitu sukar sekali mungkin andrelin yang mengalir didalam tubuhku ini tidak lagi sebanyak berbandin

Saturday, February 13, 2010

Pagi Di Kuala Lumpur

14 hb feb 2009.

Assallamulaikum Wktbh dan salam satu malaysia.

Rakan-rakan ku yang berbangsa cina hari ini menyambut tahun bar
u atau lebih dikenali dengan Gong Xi Fa Cai dan mengikut kalendar cina tahun ini merupakan tahun Harimau . Menurut kepercayaan mereka Harimau merupakan binatang yang garang dan ganas tetapi segalanya itu hanya merupakan satu mitos dari perspektif kaum cina yang adakalanya terlalu taksub dengan tuah dan nasib. Bagi kita orang-orang Islam kita percaya kepada Qada dan Qadar ALLAH SWT. Walauapapun terserah kepada anutan agama masing-masing.

Masa kurasakan bergerak begitu pantas sekali dan kini kita telah berada dipertengahan bulan dua tahun 2010 dan ini bermakna aku hanya punya dua tahun dan tiga bulan lagi untuk berkhidmat sabelum menamatkan perkhidmatan ku sabelum aku bersara wajib. Aku akan berusaha untuk mencurahkan khidmat bakti ku sebaik yang mungkin agar apa juga yang baik yang akan ku tinggalkan nanti menjadi kenangan dan ingatan sepanjang zaman.

Musim terus berlalu kehidupan di kuala lumpur yang tak pernah aku impikan kini menjadi realiti ada buruk dan baiknya yang pasti aku tidak punya pilihan samada aku terus berusaha mengapungkan diri atau aku akan karam ditengah kota ini, aku yakin aku akan berjaya mengharunginya demi sebuah kehidupan yang hakiki. Aku masih berpegang kepada Kuala Lumpur hanya merupakan sebuah hutan batu kita yang akan mencorakkan atau menentukan kehidupan didalamnya.

KUALA LUMPUR

13 hb feb 2009.

Assallamulaikum Wktbh dan Salam Satu Malaysia.


Hari ini sabenarnya genap satu bulan aku menetap dikuala lumpur kota raya yang menjadi igauan ramai orang untuk menetap disini, tetapi bagi diriku ianya menjadi satu igauan sebaleknya, terlalu banyak yang perlu aku korbankan untuk segera menyesuaikan diri dengan tuntutan kehendak kehidupan ditengah Kota Raya ini dan ramai juga yang gagal untuk menyaingi kepantasan corak hidup dikota ini.

Bagi diriku aku juga termasuk dalam statistik orang-orang yang belum berjaya untuk menjadi penghuni di-Kota Raya ini, segalanya bergerak begitu pantas sekali dan setiap hari juga kita terus mengejar sesuatu, sesuatu yang tidak pasti dan jelas itulah asam garam penduduk Kota Raya ini inilah apa yang dikatakan untuk hidup disini kita kena jadi pemburu, memburu waktu dan tika.

Sejak aku ditukarkan ke-Ibu Pejabat aku tidak banyak masa yang terluang justeru kesempatan untuk aku mengemaskini blog adakalanya menuntut masa luang ku yang tinggal sedikit itu, tetapi aku tidak harus jadikan itu sebagai satu alasan yang mana sepatutnya aku yang mengatur masa bukan masa yang mengatur aku, justeru itu mulai dari saat ini aku akan pastikan aku punya masa untuk melakukan sesuatu yang aku suka. Sebulan telah aku tinggalkan kehidupanku diestet aku sabenarnya amat merinduinya segalanya, kicauan burung dan deruan angin segar menjadi penawar ketika kesunyian dan aku tak tahu bilakah akan aku dapat menikmati kembali saat-saat itu, aku pasrah dengan ketentuan taqdir yang Maha Esa.

Monday, February 1, 2010

FITRAH KEHIDUPAN

2Hb Feb 2009.


Assallamulaikum Wktbh dan salam satu malaysia.



Syukur alhamdullilah kerana saya masih diberi kesempatan untuk meneruskan kesinambungan catatan blog ku ini

Sunday, November 8, 2009

PENGURUSAN RISIKO



9Hb nov 2009.


Assallamulaikum wktbh dan salam sejahtera.


Hari ini aku sedang berada didalam satu seminar yang diberi tajuk pengurusan risiko. Ini bukan merupakan perkara baru dalam kehidupan kerjaya setiap orang atau karyawan kerana risiko merupakan sebahagian cara dan gaya hidup setiap orang samada ia berkerja dengan orang atau pun berkerja sendiri, yang membezakan tahap degri sesuatu risiko itu adalah cara mana ianya diuruskan.


Risiko sabenarnya mengajar kita untuk menjadi dewasa dan wiser dalam membuat keputusan atau dalam apa juga tindakan yang akan diambil nanti, tanpa risiko sabenarnya menjadikan kita manusia yang membosankan dan tidak mempunyai daya saing yang jitu. Risiko yang diuruskan dengan betul akan menjadikan kita insan yang berjaya dalam kehidupan seharian.


Mengambil risiko yang terlalu tinggi juga boleh menjejaskan khidupan kita seharian seandainya risiko itu nanti akhirnya akan memakan diri sendiri justeru itu risiko perlu ditangani dengan berhemah dan bijaksana oleh setiap kita.


SELAMAT BERJAYA.