Tuesday, April 15, 2014

Senja nan sepi

Meniti hari hari senja yang pasti menjelma saban hari membuat diri ini terasa amat sepi sekali keadaan seumpama ini tentunya pernah dilalui oleh insan yang bergelar manusia tetapi rasa kekosongan itu hanyalah mainan minda semata mata istilah kekosongan tdak ujud didalam diari kehidupan kita yang ada hanyalah illusi semata mata .

Hari silih berganti kecederaan lutut yang ku alami kian bertambah pulih tetapi betapa dapat aku rasakan yang nikmat berjalan ku diambil untuk sementara betapa seksa dapat ku rasakan dalam meniti kehidupan hari hari seperti yang dapat dinikmati oleh orang lain yang normal. Justeru itu jagalah apa yang kita ada sebaiknya sabelum ianya diambil dari kita.

Sunday, April 13, 2014

Saturday, April 12, 2014

Memori

Terlalu banyak memori yang belum aku dapat catatkan didalam blog ku ini sama ada memori duka maupun sebaleknya segalanya itu adalah asam garam dalam kehidupan selagi kita bergelar manusia insan kerdil disisi Allah swt yang mana kita sering alpa dengan siapa diri kita dan semuanya ini adalah pinjaman semata mata pangkat darjat maupun harta yang kita miliki.

Sesungguhnya tiada apa yang aku perlu kesali kerana telah terlalu banyak ruang dan peluang telah diberikan kepada ku dalam menjalani kehidupan dan aku tidak boleh meminta lebih dari itu dan kali ini sampai lah masanya untuk aku menumpukan masa ku kepada keluargaku dan menghabiskan sisa sisa masa yang ada bersama semua yang aku sayangi dan kasehi demi kehidupan yang lebih seimbang harmoni dan sejahtera.

Biarlah kusimpan dan kulipat kemas kemas supaya nanti apa yang aku catatkan tidak sedikit pun akan menguris hati sesiapa samada yang masih hidup maupun sebaliknya dan perjalanan ini akan aku teruskan sehingga kepenghujungnya yang aku sendiri tidak tahu bila.......

Mentari yang hilang

Tanggal 5hb april yang lalu aku kehilangan adik ku yang telah pulang kerahamatullah setelah sekian lamanya mengidap kanser paru paru aku amat merasakan kehilangannya kerana sepanjang beliau menjalani rawatannya aku lah yang bertanggung jawab menguruskan bersama isteri dan anak anak sehingga lah disaat saat akhir hayatnya kini apa yang aku boleh buat hanyalah panjatkan doa keatas rohnya semuga dicucuri rahmat dan dimasukkan dikalangan orang orang mukmin amin....

Aku akur kerana ini adalah qada dan qadar yang telah tertulis di Loh Mahfuz dan aku redha menerimanya kerana yang pasti satu hari nanti kita juga sedang menuju kedestinasi yang sama hanya waktu yang jadi penentunya.

Dalam pada masa yang sama juga aku perlu menjalani pembedahan lutut ku kerana salah satu ligamen ku terputus disebabkan oleh luka lama yang tak ku sedari dan segalanya ini ku perlu harungi dengan tabah kerana Allah Swt  hanya menguji orang orang yang mampu melalui ujian itu dan yang pasti ada hikmah disebaliknya aku pasrah......

Menuju destinasi

Masa beredar begitu pantas sepantas putaran siang berganti malam dan tanpa aku sedari karrier kerja ku sudah menghampiri kepenghujungnya yang pasti setiap yang bermula akan berakhir dan ku harap biarlah ianya berakhir dengan suasana yang tenang dan harmoni supaya nanti walaupun ianya tidak dingati dalam sesuatu yang baik ianya juga tidak diingati keatas sesuatu yang tidak baik kerana untuk mengekalkan sesuatu prestasi yang baik bagi sesuatu jangka masa yang lama bukannya suatu kerja yang mudah apatah lagi bila kita berurusan dengan spesis yng dinamakan manusia, terlalu sukar untuk memenuhi kehendak setiap antara mereka.
Perjalanan hidup ini perlu diteruskan walaupun kita tidak tahu apa yang menanti dihadapan hanya sering kupanjatkan doa agar dipermudahkan segalanya dalam meniti saki baki kehidupan yang ada dan yang pasti aku akan buat apa yang Allah swt suka bukan apa yang aku suka. Dalam hal ini aku perlu mentally dan physically bersedia agat aku tidak tercari cari sesuatu yang tak pasti.

Friday, April 6, 2012

SABENING PAGI

10.59 AM


KU TERUSKAN CATATAN KU INI SEBAGAIMANA KU MESTI TERUSKAN PERJALANAN HIDUP INI BANYAK YANG HENDAK AKU CORETKAN CUMANYA AKU TAK TAHU AKU HENDAK BERMULA DARI MANA, LANTARAN ITU AKU AKAN CORETKAN APA SAJA YANG BAKAL MELINTAS DIFIKIRAN KU WALAUPUN SUSUN ATURNYA KURANG BAIK.

SYUKUR ALHAMDULLILAH PADA MUSIM HAJI TAHUN LEPAS SAYA DAN ISTERI TELAH DIJEMPUT UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH SWT DIMANA KAMI TELAH DAPAT MENUNAIKAN HAJI SEBAGAIMANA YANG DIINGINKAN OLEH SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA DAN TERLALU BANYAK YANG BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR SEPANJANG BERADA DIBUMI AMBYA ITU TERUTAMA DITANAH HARAM. SESUNGGUHNYA KEBESARAN ALLAH TIADA TOLOK BANDINGNYA DIDALAM MEMBERI RAHMAT KEPADA HAMBANYA DAN AKU BENAR-BENAR MENGINSAFINYA KERAN BETAPA BERTUAHNYA KAMI KERANA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA.

KEPADA RAKAN RAKAN YANG MASIH BELUM BERPELUANG UNTUK KESANA USAHAKANLAH INSHALLAH JIKA SESUATU PERMOHONAN YANG BAIK AKAN BAIK JUGALAH DAPATNYA.

PERCUTIAN YANG PANJANG


7hb APRIL 2012.

ASSALLAMULAIKUM WKTBH DAN SALAM SEJAHTRA, TELAH TERLALU LAMA AKU TIDAK MENULIS DIBLOG KU INI SABENARNYA TIADA ALASAN YANG BOLEH AKU BERIKAN HANYA YANG AKU BOLEH KATAKAN ADALAH KEGAGALAN KU
DIDALAM MENGURUSKAN MASA KU UNTUKNYA.

WALAUAPAPUN ITU TIDAK BEGITU PENTING BAGIKU YANG PASTI SEKARANG INI AKU TELAH MEMULAKAN SEMULA PENULISAN KU, APA YANG HENDAK KU PERKATAKAN ADALAH DALAM DIAM TAK DIAM AKU TELAH MULA MEMASUKKI ERA BARU DALAM KEHIDUPAN KU AKU SESUNGGUHNYA AMAT BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT YANG TELAH MENGURNIAKAN KESEHATAN YANG AMAT BAIK DAN MEMUDAHKAN PERJALANAN KEHIDUPAN KELUARGA KAMI.

AKU KINI SEDANG BERADA DIDALAM TEMPOH BERCUTI SABELUM BERSARA DAN INI AKAN TERJADI KEPADA SEMUA ORANG YANG BEKERJA MAKAN GAJI DAN TARIKH AKHIR KU ADALAH ADA 16HB MEI 2012 TARIKH KERAMAT BAGIKU SALEPAS ITU AKAN BERMULALAH SATU EPISOD PERJALANAN HIDUP KU DIDALAM MENEMPUH SATU LAGI FASA DALAM KEHIDUPAN SESUNGGUHNYA INILAH ANTARA FASA-FASA DALAM KEHIDUPAN YANG PERNAH KU NYATAKAN DAHULU.

AKU PASRAH ATAS SEGALA KETENTUAN YANG MAHA ESA KERANA ITU ADALAH YANG TERBAIK BUAT KU DAN SALEPAS INI AKU PERLU MENJADI LEBIH BAIK DARI SABELUMNYA KEBAIKKAN DIDUNIA DAN KEBAIKKAN DIAKHIRAT AMIN....