Aku terpaku sajenak dan tanpa aku sedari air-air jernih menitik jatuh dari mata bening bahawa aku memanjatkan kesyukuran kepada illahi yang membuka hatiku untuk menjadi tetamunya dan inshallah andainya semua berjalan lancar aku akan berangkat ke Mekah Mukramah pada 25hb mei 2009 untuk menunaikan umrah bersama keluargaku. Sesuatu yang memang telah sampai seru untukku menunaikan.
Perjalanan untuk kesana bukan sahaja memerlukan ilmu dan cara-cara melaksanakan malah lebih lagi ia juga menuntut ketabahan, kesabaran dan keimanan yang jitu kerana disana nanti adalah merupakan cermin sabenar siapa diri kita dan tentunya juga ujian-ujian yang mendatang mestilah ditangani dengan penuh kesabaran dan keinsafan bahawa kita semua adalah insan yang amat kerdil disisi ALLAH SWT.
Perjalanan yang sabenar masih belum akau tempuhi apa yang ada sekarang adalah satu permulaan perjalanan yang belum pasti penghujungnya hanya yang mampu aku lakukan ialah memanjatkan doa supaya apa jua niat baik yang kami sekeluarga ingin mudah-mudahan beroleh keberkatan dan umrah yang bakal ku sekeluarga laksanakan mendapat keredhaannya jua AMIN....
Saturday, May 9, 2009
Saturday, May 2, 2009
CHARACTER ASSISINATION
AKU SERING MENDENGAR PERKATAAN INI NAMUN AKU SERING TIDAK AMBIL KISAH DENGANNYA NAMUN SEJAK KEBELAKANGAN INI PERKATAAN INI SERING MENGHANTUI AKU SESUNGGUHNYA IANYA BENAR-BENAR BERLAKU DIALAM NYATA INI. WALAUPUN AKU BUKANNYA MANGSA KEPADANYA NAMUN AKU TERPANGGIL UNTUK MENCORETKAN DIDALAM BLOGKU AGAR IANYA MENJADI PEDOMANKU DIMSAS-MASA MENDATANG.
PEMBUNUHAN KAREKTER SELALU DILAKUKAN SECARA TERANCANG,TELITI DAN PERLAHAN SEKALI MANGSANYA SELALU TIDAK SEDAR YANG DIA DIDALAM PROSES MENUJU KEMUSNAHAN SERINGKALI MANGSA PASTI TIDAK AKAN DAPAT KELUAR DARINYA DAN AKHIRNYA HANYA MENANTI KEMUSNAHAN.
INILAH YANG DIKATAKAN PEMBUNUHAN ALAF BARU SADEMIKIAN KITA HARUS SENTIASA BERWASPADA SUPAYA IAN TIDAK AKAN BERLAKU KEPADA KITA.
PEMBUNUHAN KAREKTER SELALU DILAKUKAN SECARA TERANCANG,TELITI DAN PERLAHAN SEKALI MANGSANYA SELALU TIDAK SEDAR YANG DIA DIDALAM PROSES MENUJU KEMUSNAHAN SERINGKALI MANGSA PASTI TIDAK AKAN DAPAT KELUAR DARINYA DAN AKHIRNYA HANYA MENANTI KEMUSNAHAN.
INILAH YANG DIKATAKAN PEMBUNUHAN ALAF BARU SADEMIKIAN KITA HARUS SENTIASA BERWASPADA SUPAYA IAN TIDAK AKAN BERLAKU KEPADA KITA.
NILAI SEBUAH PERSAHABATAN
2hb may 2009.
Tak beberapa hari lagi aku akan menyambut ulang tahun kelahiran ku yang ke... aku kebelakangan ini sering memikirkan yang secara fitrahnya aku makin menghampiri saat-saat yang paling aku takuti dimana aku akan meninggalkan teman dan sahabat yang sabelum ini merupakan penghibur dan pengkritik selain isteriku yang tersayang setiap detik ketika bersama ada sahaja perkara yang dibicarakan dan setiap kali itu juga ada yang menjadi mangsa keadaan tetapi itu semuanya merupakan ramuan yang menjadikan persahabatan menjangkaui keadaan biasa.
Nilai sebuah persahabatan sebenarnya tidak boleh dikira dengan apa jua peralatan ianya sabenarnya mengatasi segala-galanya dan dia berada didalam kedudukkannya yang tersendiri dan amat luhur sekali. Persahabatan sabenar dibina berlandaskan ikatan rohaniah dan jasmaniah yang terlalu sukar untuk diungkaikan keeratan dan keakraban nilai persahabatan tidak terbatas sesama kita tetapi juga insan-insan yang lainnya. Inilah yang sabenarnya kita cuba cari selama ini nilai sebuah persahabatan sejati.
Friday, May 1, 2009
LANGKAWI 09.
Aku amat bertuah kerana terrpilih mewakili RISDA dalam sukan MAKSAK yang di adakan di pulau langkawi dari 28hb april hingga 4hb may sesungguhnya aku pernah menjejakkan kaki ku dilangkawi sekitar tahun 1985 yang lampau dan pada ketika itu pulau itu belum lagi diistiharkan sebagai pulau bebas cukai kini aku datang kembali, banyak perubahan telah berlaku terutamanya dari segi pembangunan begitu juga dengan hotel-hotel besar yang gah berdiri mengamit kedatangan pelancung.
Malangnya dari pengamatan aku Langkawi kelihatan amat lesu kedatangan pelancung luar amat terhad sekali aku rasakan Langkawi memerlukan satu nafas dan indentiti baru agar ianya mampu menarik sesiapa juga untuk bertandang kesana.
Pertandingan golf yang aku sertai diadakan diGunung Raya Golf Resort course yang agak cantik dan diuruskan dengan baik. Beberapa hari aku disana mengembalikan banyak memori lama .
Friday, April 24, 2009
PENGURUS DAN PENYANYI
Sememangnya tempoh kerja yang panjang selalunya melalui pelbagai pengalaman suka dan duka, pahit dan manis dan aku tk terlepas dari itu dan tiba-tiba fikiran ku jauh melayang teringatkan sesaorang yang memang mempunyai bakat yang besar didalam bidang nyanyian. Kemerduan suaranya sering mengusik hati para pendengarnya.
Adakalanya masih terngiang-ngiang dicuping telingaku akan kegemersikkan dendangan suaranya tetapi semuanya itu hanya tinggalkan beliau telah pun bersara wajib insan seni yang saya maksudkan ialah tak lain dan tak bukan ialah Sdr Abd Jamal bin Mustaffa seorang pengurus dan juga seorang penyanyi tersohor didalam mewarnai dunia ESPEK suatu ketika dahulu.
Yang tinggal kini hanya memori indah gubahan teman-teman yang pernah bersama suatu ketika dahulu. Semuga ALLH SWT. memberkati apa jua yang sedang beliau lakukan dewasa ini AMIN.....
THE MOST SMARTEST MAN ON EARTH
Again i was disturbed by something strike at the back of my mind, a roomate happen to be somewhere on the other part of the world. Some people may called him John Lenon and some may called him Tn Hj Ayub bin Hj Khalid and i can be considered one of the luckiest person on earth to be his roomate on one occasion, knowing him personally as one of the well dressed gentelmen alive while on duty or just lazy around.
Believed it or not when he is having bath and came out from the bathroom he was fully dressed unlike us most often than not there is only a towel covering half of the naked body. I was really amazed the way he managed himself. Time is running very fast before i could realise that he is already retired of course i would miss that time around and for that i would keep all the good and fond memories ever and ever.
All the best to him.
Thursday, April 23, 2009
PERTH KOTA KEDAMAIAN
Perth Australia merupakan sebuah kota yang penuh kedamaian dan ketenangan, jauh dai hiruk pikuk gelagat manusia. Kehidupan seolah-olahnya seperti telah diatur penduduknya tidak kelihatan cuba berebut-rebut mengejar kemewahan semuanya amat damai sekali sesuatu yang kontrast jika dibandingkan dengan kotaraya Jakarta, Bangkok maupun Shanghai.
Aku tertanya-tanya pada diriku apakah ini kehidupan hakiki yang kita cari ataupun kita akan terus bergelut mencari hala tuju yang belum pasti ataupun kita hanya sebahagian boneka dalam arus kehidupan ciptaan manusia. Kehijauan yang terpelihara, urusniaga yang hanya terhad pada waktu pejabat sahaja kecuali yang diuruskan oleh pendatang selainnya nampak begitu tertib sekali dan sabenarnya ia tidak jauh lari jika dibandingkan kehidupan didalam estet.
Masa berlalu begitu pantas dan aku terpaksa meninggalkan bandaraya ini dan aku berjanji pada diriku sendiri satu hari nanti aku pasti akan bertandang lagi bagi mengembalikan memori indah disana inshallah.
Subscribe to:
Comments (Atom)