Saturday, May 9, 2009

PANGGILLAN KAABAH

Aku terpaku sajenak dan tanpa aku sedari air-air jernih menitik jatuh dari mata bening bahawa aku memanjatkan kesyukuran kepada illahi yang membuka hatiku untuk menjadi tetamunya dan inshallah andainya semua berjalan lancar aku akan berangkat ke Mekah Mukramah pada 25hb mei 2009 untuk menunaikan umrah bersama keluargaku. Sesuatu yang memang telah sampai seru untukku menunaikan.

Perjalanan untuk kesana bukan sahaja memerlukan ilmu dan cara-cara melaksanakan malah lebih lagi ia juga menuntut ketabahan, kesabaran dan keimanan yang jitu kerana disana nanti adalah merupakan cermin sabenar siapa diri kita dan tentunya juga ujian-ujian yang mendatang mestilah ditangani dengan penuh kesabaran dan keinsafan bahawa kita semua adalah insan yang amat kerdil disisi ALLAH SWT.

Perjalanan yang sabenar masih belum akau tempuhi apa yang ada sekarang adalah satu permulaan perjalanan yang belum pasti penghujungnya hanya yang mampu aku lakukan ialah memanjatkan doa supaya apa jua niat baik yang kami sekeluarga ingin mudah-mudahan beroleh keberkatan dan umrah yang bakal ku sekeluarga laksanakan mendapat keredhaannya jua AMIN....

No comments:

Post a Comment