Friday, April 24, 2009

PENGURUS DAN PENYANYI


Sememangnya tempoh kerja yang panjang selalunya melalui pelbagai pengalaman suka dan duka, pahit dan manis dan aku tk terlepas dari itu dan tiba-tiba fikiran ku jauh melayang teringatkan sesaorang yang memang mempunyai bakat yang besar didalam bidang nyanyian. Kemerduan suaranya sering mengusik hati para pendengarnya.


Adakalanya masih terngiang-ngiang dicuping telingaku akan kegemersikkan dendangan suaranya tetapi semuanya itu hanya tinggalkan beliau telah pun bersara wajib insan seni yang saya maksudkan ialah tak lain dan tak bukan ialah Sdr Abd Jamal bin Mustaffa seorang pengurus dan juga seorang penyanyi tersohor didalam mewarnai dunia ESPEK suatu ketika dahulu.


Yang tinggal kini hanya memori indah gubahan teman-teman yang pernah bersama suatu ketika dahulu. Semuga ALLH SWT. memberkati apa jua yang sedang beliau lakukan dewasa ini AMIN.....

THE MOST SMARTEST MAN ON EARTH


Again i was disturbed by something strike at the back of my mind, a roomate happen to be somewhere on the other part of the world. Some people may called him John Lenon and some may called him Tn Hj Ayub bin Hj Khalid and i can be considered one of the luckiest person on earth to be his roomate on one occasion, knowing him personally as one of the well dressed gentelmen alive while on duty or just lazy around.


Believed it or not when he is having bath and came out from the bathroom he was fully dressed unlike us most often than not there is only a towel covering half of the naked body. I was really amazed the way he managed himself. Time is running very fast before i could realise that he is already retired of course i would miss that time around and for that i would keep all the good and fond memories ever and ever.


All the best to him.

Thursday, April 23, 2009

PERTH KOTA KEDAMAIAN


Perth Australia merupakan sebuah kota yang penuh kedamaian dan ketenangan, jauh dai hiruk pikuk gelagat manusia. Kehidupan seolah-olahnya seperti telah diatur penduduknya tidak kelihatan cuba berebut-rebut mengejar kemewahan semuanya amat damai sekali sesuatu yang kontrast jika dibandingkan dengan kotaraya Jakarta, Bangkok maupun Shanghai.


Aku tertanya-tanya pada diriku apakah ini kehidupan hakiki yang kita cari ataupun kita akan terus bergelut mencari hala tuju yang belum pasti ataupun kita hanya sebahagian boneka dalam arus kehidupan ciptaan manusia. Kehijauan yang terpelihara, urusniaga yang hanya terhad pada waktu pejabat sahaja kecuali yang diuruskan oleh pendatang selainnya nampak begitu tertib sekali dan sabenarnya ia tidak jauh lari jika dibandingkan kehidupan didalam estet.


Masa berlalu begitu pantas dan aku terpaksa meninggalkan bandaraya ini dan aku berjanji pada diriku sendiri satu hari nanti aku pasti akan bertandang lagi bagi mengembalikan memori indah disana inshallah.

PERTH KOTA KEDAMAIAN

Perth Australia merupakan sebuah kota yang penuh kedamaian dan ketenangan, jauh dai hiruk piku

A NIGHT IN SHANGHAI


24hb apr 2009.


Shanghai adalah antara destinasi yang pernah aku jejaki bangunan pencakar langit antara indentiti bandaraya ini. Penghuninya terus bergerak pantas tanpa menghiraukan keadaan sekelilingnya itulah gaya hidup dibandar yang maju dan seharusnya kita juga kena bergerak kearah itu andainya kita ingin menjadikan negara kita negara maju tanpa mengorbankan nilai-nilai murni kita sebagai umat islam.


Jalan-jalan rayanya bertingkat-tingkat melingkari bandaraya ini jelas menunjukkan betapa kompleksnya kehidupan disini tetapi itu semua bukannya penghalang kepada segalanya sebaleknya ia adalah sebenarnya merupakan pendorong kepada survival kehidupan dikota yang penuh tipu helah. Sekiranya kita diberi kesempatan untuk menetap dikota ini aku yakin dan optimis kita akan berjaya mengharunginya.


Kotaraya Shanghai akan terus hidup demi mewarnai kehadiran manusia dan aku adalah sebahagian darinya.

GOLDEN TRIANGLE


Sesungguhnya aku amat bertuah sekali kerana diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ku disatu tempat yang begitu sinonim sekali didalam mata pelajaran geography ia itu SEGI TIGA EMAS satu kawasan yang memang penuh dengan nostalgia pahit kehidupan manusia yang penuh dikuasai nafsu, ketamakkan dan kekejaman demi kepuasan diri. Segi tiga emas merupakan satu kawasan dipertemuan sebatang sungai dimana sempadan tiga negara berada iaitu Thailand, Laos dan Cambodia.


Daerah yang terkenal dengan tanaman bunga popinya dan antara pengeluar dadah terbesar didunia. Dari pengamatan saya daerah ini jauh dari sudut pembangunan masih banyak diselaputi dengan hutan belantara dan berbukit-bukit rakyatnya seperti biasa hidup didalam keadaan daif mungkin segala hasil bumi yang dikeluarkan hanya untuk golongan tertentu sahaja iailah dia dunia keadilan terlalu sukar untuk ditemui.


Aku menyusuri sungai yang memisahkan tiga negara itu dan aku berkesempatan untuk mendarat di Laos dan apa yang dapat aku gambarkan ialah sebuah kehidupan yang jauh dari arus kemodenan sejagat.

ANTARA ANYER DAN JAKARTA


23hb. April 2009.

Jakarta sebuah kota metropolitan yang tidak pernah tidur terus bertali arus dengan penghuninya yang mundar mandir demi mencari sesuap nasi. Kota yang jelas menunjukkan jurang kehidupan yang luas antara yang kaya dan yang miskin dan Jakarta antara Kotaraya yang pernah ku lawati demi sebuah pengalaman. Adakalanya aku terpegun dan terpaku keatas kecekalan penduduknya yang saban hari bergelut dengan penghidupan dan kesesakan jalan rayanya ada ketikanya nyawa seperti tidak bernilai.

Aku betafakur sabentar mengenang masa depan generasi akan datang kita adakah mereka juga akan berhempas pulas demi mendapatkan sesuap nasi sesuatu yang wajar kita fikirkan apakah bekalan yang patut kita tinggallkan untuk mereka ataupun perlu kita habiskan kesemuanya inilah yang sering bermain didalam kotak fikiran ku. Jakarta menjadi role model yang amat baik sekali untuk dijadikan tauladan. ANTARA ANYER DAN JAKARTA sabenarnya bukan hanya sekadar lagu tetapi apa yang tersirat jauh menjangkaui pemikiran akal manusia.

Saturday, April 18, 2009

TEMAN LAMA


Sedang aku duduk mengelamun sendirian tiba-tiba fikiran ku jauh melayang teringatkan seorang kawan lama, beliau kini merupakan seorang pengusaha kedai makan yang berjaya semasa bekerja beliau bertugas diunit buruh asing. Banyak kenangan masa silam menerobos kotak pemikiranku ketika bersama beliau erti setiakawan jelas terpancar dilubuk sanubarinya sesungguhnya aku amat merindui saat-saat itu dan andainya ku bisa putarkan waktu aku tentu akan ingin terus berada disituasi itu.


Apa yang boleh aku katakan kini adalah hanya ku panjatkan doa agar sdr zainal abidin abd rahman beroleh kesejahteraan dan diberi kesehatan yang terbaik supaya satu hari nanti kami berpeluang untuk bersama dalam memperbaharui siratul rahim yang ku rasakan semakin jauh diantara kami bukan disebabkan perselisihan tetapi disebabkan dek kesibukkan masa kini. Walaupun berjauhan tetapi percayalah beliau mempunyai tempat yang istimewa dihati ini.

BEYOND THE HORIZON


Sunday 19th apr 2009.


Gone was the day when everything works out accordingly as plan, the world are getting more complex and complicated things moved so fast and at times we were lost or caught unaware but one thing for sure whether we like it or not it has been part and parcel of life this is what i would say to sustain we need to struggle beyond the horizon.


Living in the world of cyber ones is being supply with ample informations and it can be reached anywhere and at any time neither good or bad in order to be part of it we were at all time has to be in the right framed of mind this in order to differentiate the good the bad and the ugly before is being chewed.


Life has not been easy lately with the financial crisis still mingling around, the bargaining power is getting weaker, cost of living rocketed sky high but the real challenged has yet to come to succeed we have to think and work beyond the horizon.

Friday, April 17, 2009

NILAI-NILAI MURNI


18hb april 2009.


Hari ini aku ingin bercerita tentang nilai-nilai kehidupan , satu perkara yang dek kesibukkan tuntutan duniawi kita sering terlupa yang kita perlu mengekalkan etika nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Kejahilan adakalanya mempengaruhi keadaan tetap memang itulah sifatnya manusia yang suka mencari atau meletakkan segala permasaalahan itu ketepi atas nama ego.


Adakalanya aku juga tidak terlepas dari situasi sebegitu tetapi yang sebaiknaya bukan meratapinya tetapi memperbaiki apa juga kelemahan yang supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama atau setidak-tidaknya menjadi seperti orang lain. Nilai-nilai murni menuntut keikhlasan. Keikhlasan hanya lahir dari hati yang berseh dan suci.

Monday, April 13, 2009

SUKA DUKA SEBAGAI PLANTER


13hb apr 2009.

Kehidupan sebagai planter adakalanya amat menakutkan dimana kebanyakkan rumah-rumah pengurus berada dikedudukan yang jauh dari jiran-jiran yang ini mungkin kesan dari penjajahan zaman kolonial atau memang kita terlalu mudah meniru cara orang. Penjajah pada ketika itu berbuat demikian kerana mempunyai sebab yang tersendiri manakala kita pula menirunya kerana ego seorang pengurus akibatnya dengan situasi masa kini menjadikan kami sering dilanda kegelisahan disebabkan kedudukan kami yang terpencil dari jiran-jiran.

Walaubagaimanapun kami pasrah dan kami tahu ALLAH SWT lebih maha mengetahui dan mengasihani .

Friday, April 10, 2009

LAMUNAN TERHENTI

4.00ptg.


Sedang aku sibuk meneliti kerja-kerja yang tak pernah ada habisnya itu dipetang jumaat yang hening ini tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Walaupun ianya bukannya suatu peristiwa yang penting atau bersejarah



















LAMUNAN TERHENTI

4.00ptg.


Sedang aku sibuk meneliti kerja-kerja yang tak pernah ada habisnya itu

DIBAWAH LEMBAYUNG SENJA


Jumaat 10hb apr 2009.

Seperti biasa ku habiskan routin hari diantaranya menghadiri jamuan perpisahan salah seorang penolong pengurus yang akan bertukar keperak. Sebagaimana lumrah alam pertukaran merupakan asam garam hidup dalam kerjaya dan pertukaran merupakan penghijrahan yang pasti punya seribu hikmahnya. Dalam menghalusi erti penghijrahan itu aku cuba mengimbas kembali perjalan hidupku dibawah lembayung senja ku cuba garapkan apa jua yang terlintas dalam benak fikiranku supaya terhasil sesuatu untuk ku abdikan.

Hari berganti hari tanpa disedari rupa-rupanya banyak yang terlepas dari pandangan dan jangkauan aku mungkin aku alpa yang mereka-mereka ini juga perlukan sedikit perhatian ini dapat aku rasakan apabila kesunyian menjadi pendengar dan pengikut yang setia kita dan dikala itu suara hati akan menjadikan kita merasa amat kerdil sekali siapalah kita tampa orang-orang yang kita kasehi.

Dibawah lembayung senja ini aku bernaung untuk mencari keredhaan mu supaya aku menjadi salah seorang insan yang tahu bersyukur keatas sejuta nikmat yang tidak terkira banyaknya.

Wednesday, April 8, 2009


9.05 mlm.

Ku teruskan catatanku dalam mencari erti sebuah pengabdian dalam kenangan kerana disaat ini satu demi satu teman-teman yang seperjuangan telah dengan beransur-ansur meninggalkan kami kerana waktu yang tidak mengizinkan dan giliran untuk aku juga akan tiba dan aku juga pasti akan menyusul mereka semua itulah hakikat yang mesti kita terima dan seharusnya aku perlu menyediakan diri sudut mental dan fizikal.

Apapun pun seandainya kita telah bersedia untuk menerimanya aku yakin segalanya akan dapat dilalui itu itu pun dengan izin ALLAH SWT. Biarlah kenangan yang pahit kita bawa bersama yang manis ku abdikan sebagai peninggalan yang abadi.

SEPI SEORANG RAKAN


8hb april 2009.

Aku amat begitu tersentuh sekali iaitu pada satu hari aku masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan dua sahabatku yang amat jarang mempunyai kesempatan dan masa lapang, andainya dahulu kami sering bersama berkumpul berborak dan penuh dengan hilai ketawa tetapi saat-saat sebegitu amat sukar untuk ditemui kembali dek kesibukkan tuntutan duniawi.

Sebenarnya sesuatu tragedi yang mempertemukan kami untuk kesekian kalinya itulah kata orang sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan keadaan itulah juga yang akhirnya mempertemukan kami dalam satu suasana yang amat mengharukan dan saat-saat seperti itu telah terlalu lama kunantikan ketibaannya. Pertemuan seumpama itu menggamit segala kenangan memori lama dimana telalu banyak kenangan dan nostalgia yang pernah dilalui oleh kami.

Jauh disudut hati kecil ku berkata-kata bahawa kita adakalanya terlalu sibuk mengejar bayang-bayang sendiri tanpa menghiraukan insan-insan lain disekeliling kita dan akhirnya kita hanyut dibawa arus perasaan sehinggalah sesuatu berlaku untuk mempertemukan kita semula dan mengupas semula memori kenangan silam yang mempunyai tempat yang istimewa didalam hati. Semuga kejadian itu akan menjadi iktibar pada rakan-rakan.

Saturday, April 4, 2009

TUAN MANAGER


Sektor perladangan merupakan salah penyunbang terbesar didalam ekonomi negara tersedardan sesungguhnya aku juga bangga menjadi salah seorang daripadanya,Namun segalanya itu ada harga yang perlu dibayar situasi sekarang amat jauh berbeda cabaran dan halangannya juga menjadi lebih rumit dan komplikated tetapi sealanya itu berpunca dari ketamakkan manusia didalam mengurus alam semulajadi aku dari lamunan ku bahawa yang KITA TIDAK MEWARISI ALAM INI KITA HANYA MEMINJAM DARI ANAK-ANAK KITA.

PAGI YANG HENING


4hb april 2009.

Jam telah menunjukkan pukul 7.30 pagi kehidupan seharian yang aku lalui disebuah estet amat tenang sekali sabening air tasek yang belum ternoda lagi inilah suasana yang telah sebati dalam jiwa ku begitu keluargaku. Kicauan burung, hembusan angin dan kedinginan pagi segalanya mengamit sejuta kenangan yang pasti amat sukar untuk dilupakan.

Tiba-tiba aku terhenti dari lamunanku apabila aku teringatkan sesuatu kenangan silam semasa aku kanak-kanak lagi dimana kami menetap disebuah kampung yang berhampiran sebuah estet dan aku tidak menduga sama sekali satu hari aku juga merupakan sebahagian dari mereka. Sesungguhnya Pengurus ladang pada ketika itu dikuasai oleh orang puteh atau mat saleh dan mereka amat disanjungi dan dihormati sekali aku masih ingat lagi satu hari kami mandi disungai yang mengalir jernih diestet itu dan dek terlalu seronok kami tidak sedar yang Tuan Manager telah tercegat berdiri memerhatikan kami dan tanpa banyak berkata diambilnya semua pakaian kami dan dimasukkan kedalam land rovernya dan hari itu kami semua terpaksa pulang dalam keadaan semulajadi.

Sejak itu kami tidak lagi berani mandi disungai itu. Hari ini aku berada dikedudukan yang sama dengan orang puteh hanya kebetulan aku juga punya nama sama iaitu mohd salleh takdir menentukan segalanya dan aku sekali lagi memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi dan tak lupa juga kepada kedua ibu bapa ku yang menjadikan aku seperti sekarang.

Friday, April 3, 2009

RESOLUSI BENGKEL


11.55 am.


Saban tahun kami akan menghadiri bengkel anjuran syarikat bertujuan untuk penambahbaikkan dalam melaksanakan tugas seharian dan mencari jalan untuk sustain didalam industri yang semakin rapuh ini. Banyak idea-idea baru yang dilahirkan oleh para peserta bengkel yang pasti mereka tidak ketandusan idea.


Idea hanya tinggal idea jika ianya tidak dapat diterjemahkan untuk menjadi realiti dan segalanya itu semata-mata untuk generasi yang akan datang, sikap keterbukaan Tuan Pengurus Besar seharus dimenafaatkan untuk kebaikkan bersama dalam memastikan kita akan terus kekal mampan dalam arus globalisasi dan krisis demi krisis yang melanda. Perjalanan kita semakin sukar banyak jerangkap samar menanti dihadapan tetapi saya penuh yakin segalanya itu akan dapat diatasi jika semua tenaga digembeling kearah yang sama. INSHALLAH.

Baru aku tahu yang madu boleh dipelbagaikan untuk menghasilkan produk-produk yang luar biasa.

KEUNIKAN KAHERAH

4hb april 2009.


Aku amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengunjungi Cairo atau kaherah salah satu tempat yang banyak meninggalkan kesan sejarah tamadun islam, antara tempat yang dapat ku lawati ialah makam NABI DANIAL As.,makam IMAM SHAFIEE yang mana merupakan mazhab yang dianuti oleh orang-orang islam dimalaysia khususnya.

Dari situ kami meneruskan perjalanan kami keALEXANDRIA atau ISKANDARIAH yang terletak bersebelahan laut mediterranean cuacanya sungguh nyaman sekali dan disinilah sejarah iskandar zulkarnaen pejuang islam terkenal pada zaman itu. Sesungguhnya catatan perjalanan ku amat panjang sekali dan disetiap destinasi pasti mempunyai keistimewaannya yang tersendiri selain sungai Nile yang pernah ku pelajari dalam mata pelajaran geograpi ketika disekolah.

Kebanyakkan rumah-rumah orang Arab kelihatannya sepertinya tidak siap tetapi sabenarnya ialah apabila salah seorang ahli keluarga mereka berkahwin mereka akan membina bangunan diatas tingkat bangunan saterusnya. KEAGUNGAN ALLAH SWT.

SLIM RIVER


Aku berkesempatan untuk melawat salah satu ladang milek risda yang terletak satu daerah dislim river perak. Perjalanan yang mengambil masa hampir lima jam perjalanan dan satu lokasi yang begitu mencuit hatiku ialah dimana masih terdapat lagi yang mengalir deras dicelah ketulan-ketulan batu didalam sungai deruan air sungai itu benar-benar menjadi terapi dalam mencari ketenangan.

Aku amat teruja dengan situasi sebegitu yang sekarang amat sukar untuk ditemui lagi dan aku tak tahu sampai bilakah khazanah alam ini dapat dihindari dari kerakusan manusia yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Jauh disudut hati berkata adakah anak cucu kita nanti akan berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi atau mereka hanya tahu sungai-sungai dan tasek-tasek buatan manusia.

LIKU-LIKU KEHIDUPAN

Jumaat 9.10mlm.

Hari terus sileh berganti dan aku juga masih meneruskan perjuangan yang belum selesai liku-liku kehidupan akan terus diharungi demi sebuah kehidupan ranjau dan onak menjadi santapan saban hari dan itu jugalah yang menjadikan aku tabah dan cekal dalam mengharungi segalanya pun begitu adakalanya sebagai insan yang kerdil ini aku juga pernah merasai jatuh bangunnya kehidupan tetapi itu semua bukan halangan untuk kita terus meniti arus kehidupan.

Aku pernah ditugaskan disebuah daerah dikalimantan barat indonesia atau lebih tepat lagi dikembayan ku sangkakan ianya sesuatu yang mudah rupa=rupanya ianya tidak seperti yang dijangkakan setiap detik merupakan seperti telur dihujung tanduk sehinggalah satu hari aku ditangkap polisi kerana berkerja tanpa permit kerja yang sah dan biarkan ianya ku simpan kemas dilipatan sanubari pun begitu aku ingin merakam jutaan terima kaseh kepada Tn Hj Azhari Wasi yang telah membantu aku.

Keajaiban Binaan Manusia

3hb apr 2009.

Aku adalah terdiri dari segelintir insan yang amat bertuah dimana aku berpeluang untuk melihat sendiri tiga dari tujuh benda ajaib yang ada didalam dunia ini antaranya dalah PIRAMID digaza, TEMBOK BESAR NEGERI CINA dan CANDI BOROBUDUR di jogjakarta. Sesungguhnya ia amat menakjubkan sekali tak tercapai akal ku bagaimana ianya mampu dibina dengan keadaan serba kekurangan pada zaman itu, satu yang dapat aku pelajari darinya ialah sabenarnya akal manusia ini memang luar biasa hebatnya .

Aku terpegun sajenak dan akhirnya kesimpulan yang boleh ku buat ialah itulah sabenarnya KEAGUNGAN ALLAH YANG MRNCIPTA MANUSIA dan diberi akal fikiran untuk membina sesuatu demi untuk kebaikkan dan bukan kejahatan dan sesungguhnya sesuatu yang terjadi itu adalah jua dari kehendaknya.