8hb april 2009.
Aku amat begitu tersentuh sekali iaitu pada satu hari aku masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan dua sahabatku yang amat jarang mempunyai kesempatan dan masa lapang, andainya dahulu kami sering bersama berkumpul berborak dan penuh dengan hilai ketawa tetapi saat-saat sebegitu amat sukar untuk ditemui kembali dek kesibukkan tuntutan duniawi.
Sebenarnya sesuatu tragedi yang mempertemukan kami untuk kesekian kalinya itulah kata orang sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan keadaan itulah juga yang akhirnya mempertemukan kami dalam satu suasana yang amat mengharukan dan saat-saat seperti itu telah terlalu lama kunantikan ketibaannya. Pertemuan seumpama itu menggamit segala kenangan memori lama dimana telalu banyak kenangan dan nostalgia yang pernah dilalui oleh kami.
Jauh disudut hati kecil ku berkata-kata bahawa kita adakalanya terlalu sibuk mengejar bayang-bayang sendiri tanpa menghiraukan insan-insan lain disekeliling kita dan akhirnya kita hanyut dibawa arus perasaan sehinggalah sesuatu berlaku untuk mempertemukan kita semula dan mengupas semula memori kenangan silam yang mempunyai tempat yang istimewa didalam hati. Semuga kejadian itu akan menjadi iktibar pada rakan-rakan.

No comments:
Post a Comment