Saturday, April 18, 2009

TEMAN LAMA


Sedang aku duduk mengelamun sendirian tiba-tiba fikiran ku jauh melayang teringatkan seorang kawan lama, beliau kini merupakan seorang pengusaha kedai makan yang berjaya semasa bekerja beliau bertugas diunit buruh asing. Banyak kenangan masa silam menerobos kotak pemikiranku ketika bersama beliau erti setiakawan jelas terpancar dilubuk sanubarinya sesungguhnya aku amat merindui saat-saat itu dan andainya ku bisa putarkan waktu aku tentu akan ingin terus berada disituasi itu.


Apa yang boleh aku katakan kini adalah hanya ku panjatkan doa agar sdr zainal abidin abd rahman beroleh kesejahteraan dan diberi kesehatan yang terbaik supaya satu hari nanti kami berpeluang untuk bersama dalam memperbaharui siratul rahim yang ku rasakan semakin jauh diantara kami bukan disebabkan perselisihan tetapi disebabkan dek kesibukkan masa kini. Walaupun berjauhan tetapi percayalah beliau mempunyai tempat yang istimewa dihati ini.

1 comment:

  1. Banyak kenangan u salam dari http://temanrisda.ning.com

    ReplyDelete