Saturday, December 25, 2010

365 HARI YANG MENGASYIKKAN

Ahad 26hb dec 2010 12.44 noon.


Salam sekali lagi dan terima kaseh kepada sesiapa yang membaca blog ku ini, sabenarnya telah agak lama aku tidak menulis didalam blog ku kesibukkan yang diluar kemampuan ku untk mengawalnya dan setiap kali masa terluang yang ada hanya cukup untuk ku merehatkan badan dan minda ku sahaja justeru agak mustahil untukku menghasilkan coretan dalam blogku kerana hasil tulisan yang baik hadir didalam suasana yang kondusif dan tenang dan hari ini aku mendapat sedikit ketenangan lantasku tidak untuk melepaskan peluang ini untuk mencoretkan sesuatu untuk diabdikan diblog ini sebagai tatapan umum dan peninggalan sejarah.

Didalam kesibukkan mengharungi tugas harian ku yang perlu menjelajah estet-estet dipelosok tanah air didalam cuaca yang tidak menentu ini sabenarnya jika direnung kembali alangkah bertuahnya aku kerana dipenghujung karier ku baru kali ini aku berkesempatan melihat sabenarnya keadaan dan mendengar keluhan setiap pengurus yang ku temui dan aku terpaksa menjadi pendengar terbaik walaupun aku tahu aku tidak berupaya untuk membantu mengatasi masaalah mereka secara bersendirian. Terbit di hatiku alangkah sukarnya untuk menjadi pengurus ladang terutama dilokasi-lokasi yang tak perlu aku sebutkan.

Aku sering berpendapat yang keluhan-keluhan mereka ini mesti didengar dan sekaligus diatasi demi memastikan kejayaan bersama kerana keluhan yang akhir terpendam merupakan gunung berapi yang sedang tidur hanya menunggu waktu untuk meletup sahaja dan ketika itu kemusnahan akan menjadi terlalu besar untuk diperbaiki oleh sesiapa dan amat sayang sekali kerana apa jua yang dibina sekian lama hanya akan menjadi kenangan semata-mata.

No comments:

Post a Comment