Sunday, December 26, 2010

KRISMAS OH KRISMAS

4.40 ptg Ahad.

Semalam semua penganut beragama kristian menyambut hari Natal, satu hari perayaan yang disambut seperti kebanyakkan penganut-penganut agama yang sama-sama mempunyai sambutan perayaan masing-masing aku cuma sabenarnya mengambil kesempatan ini untuk pulang kekampung halaman ku yang telah agak lama telah ku tinggalkan itu dan dikesempatan yang ada ini aku akan menafaatkan segala masa yang ada untuk memanjakan diri ku dengan tidak berbuat sesuatu yang membebankan fikiran ku.

Walaupun hari ini ku rasa amat relax sekali namun seperti biasa aku juga tidak boleh duduk berdiam diri kerana tanpa berbuat sesuatu akan menjadikan kita hilang arah dan tujuan. Segala ini sabenarnya antara persediaan yang pelu ada pada diriku sabelum aku akan menjadi sebahagian statistik antara yang akan bersara pada tahun 2012.

Jaringan pola kehidupan kita akan sering berkisar kepada tuntutan kehendak alam semulajadi dan ini lah sabenarnya fitrah alam semesta.

No comments:

Post a Comment