Saturday, December 25, 2010

CATATAN MEMORI SEPANJANG 2010

1.30 pm.

Catatan memori perjalanan ku sepanjang 2010 ku teruskan lagi kali ini masih lagi menyentuh tentang perjalanan yang berkaitan kerjaya ku seharian walaupun ketikanya terlalu sukar untuk diterjemahkan didalam bentuk-bentuk perkataan dan ucapan namun ku gagahi juga agar ia menjadi satu catatan memori yang boleh di kongsi bersama oleh semua rakan-rakan ku jauh dan dekat. Menjelajah kedestinasi destinasi yang adakalanya tidak dapat dijangkau oleh kenderaan biasa itu sendiri menghadirkan persepsi betapa sukarnya kawasan berkenaan tidak lagi mengambil kira musuh-musuh yang bakal menyerang seperti pacat yang masih terdapat berkeliaran disana sini.

Aku sabenarnya amat-amat menghargai segala perjuangan dan pengorbanan yang diberikan mereka dan aku pasti tidak akan dapat membalasnya dan kita serahkan kepada yang Maha Berkuasa untuk membalasnya. Syukur Alhamdullah kerana pada tahun ini tidak kedapatan banjir besar melanda pantai timur dan ini sedikit sebanyak mengurangkan sedikit beban kepada mereka mereka yang terlibat dan ini hanya sebahagian dari fasa kehidupan dan fasa dalam kerjaya sesoarang apapun kita pasti tidak keseorangan.

Kehidupan perlu diteruskan.


No comments:

Post a Comment