Saturday, December 25, 2010

MEMORI KENANGAN 2010


AHAD

26hb Disember 2010.

Assallamulaikum Wktbh dan salam sejahtera,

Tak berapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2010, pastinya terlalu banyak yang kita telah lalui demi meneruskan sebuah kehidupan pahit getir perjalanan untuk mengharungi sejumlah 365 hari pastinya bukan sesuatu yang mudah syukur alhamdullilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH Swt yang telah memberikan kekuatan, ketabahan dan kesihatan sehingga kita dapat laluinya walaupun bukan dengan cara yang mudah dan teratur. Ini lah erti sabenar kehidupan yang penuh dengan onak dan duri segalanya perlu diteruskan demi keluarga dan generasi akan datang yang bakal mewarisi apa yang kita tinggalkan.

Setiap kali berlabuhnya tirai akhir tahun ini juga bermakna yang usia kita juga akan bertambah dan ini juga menandakan yang perjalanan hidup kita juga akan menghampiri penghujungnya tetapi apapun hakikatnya suatu yang akan trus menjadi teras perjuangan ku iaitu berbakti selagi tenaga mengizinkan dan ingat yang satu ini "JANGAN TUAKAN DIRI, BIAR TUA DATANG SENDIRI" walaupun ini hanya merupakan satu ungkapan tetapi ia ada kebenarannya untuk kita sama-sama hayati.

Terlalu banyak yang ku lalui sepanjang tahun 2010 ada yang suka, duka dan memenatkan dan ketikanya juga mengundang stress yang luar biasa untuk ditangani memang mudah untuk mengatakan stress adalah untuk diurus tetapi hakikatnya hanya kita sahaja yang mengetahui tahap yang boleh diserap namun apapun aku masih tetap berdiri disini mengetik punch card saban hari dalam meneruskan kesinambungan hidup dan kerjaya dalam merealisasikan matlamat , kehendak diri dan syarikat dimana kita menumpang mencari rezki. Adakalanya aku sering terfikir adakah apa yang kami hasilkan ini akan terus menjadi teras perjuangan generasi akan datang Wallah Hu Allam.

Tahun 2010 merupakan tahun yang amat mencabar bagi diriku dan keluarga dimana pada tahun ini juga aku menjadi sebahagian penghuni kota raya Kuala Lumpur disebabkan pertukaran tempat kerja, mengharungi cabaran untuk mengadaptasi corak dan suasana kerja ditempat baru dan hari ini aku seolah-olah tidak percaya yang aku dapat laluinya walaupun masih banyak lagi yang perlu aku pelajari dan harungi dan 2011 pasti menjanjikan cabaran yang jauh lebih sengit dan aku perlu bersedia menghadapinya.

No comments:

Post a Comment