Sunday, December 26, 2010

MENGHAMPIRI JALAN PERHENTIAN 2010


26hb dec 2010 jam 4.21 ptg.


Petang ini aku tidak kemana-mana hanya menghabiskan masa bersantai sahaja bersama keluarga dan semalam tanpa aku sedari ialah antara satu tarikh keramat dalam hidup ku kerana semalam genap dua puloh lima tahun usia pernikahan ku bersama isteri tersayang dan pastinya ianya merupakan satu tempoh yang panjang pernah dilalui oleh sesiapa yang bergelar suami dan dalam jangka itu tentunya berbagai dugaan dan cabaran telah diharungi bersama ada pahit dan tentu ada manisnya memang itu lumrah alam setiap benda pasti ada pasangan-pasangannya dan aku juga tidak dapat lari daripadanya.

Liku-liku hidup yang perlu ku tempuhi pastinya bukan sesuatu yang mudah dan senang umpama air laut yang ada pasang surutnya dan aku tak dapat lari daripadanya apapun aku pasrah akan ketentuannya dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan dan perjuangan dalam menempuh hari-hari esuk yang belum pasti menjadi milek kita selamanya. Sesungguhnya aku benar-benar memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi kerana yang selama ini sering memberi kekuatan dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

Kemampuan ku untuk terus bertahan didalam apa jua keadaan ini sesuatu yang harus ku banggakan walaupun bukan untuk bermegah. Aku harapkan dan sentiasa mendoakan agar sesiapa juga rakan dan kenalan ku juga mempunyai iltizam yang sama dalam meneruskan kehidupan yang semakin diluar kawalan manusia biasa lagi kerdil seperti aku dan insan-insan lainnya.

1 comment: