Monday, March 9, 2009

Kehidupan pada masa ini amat jauh berbeda berbanding aku mula-mula bekerja dahulu kini segala kemudahan asas infrastruktur telah tersedia begitu juga bekalan api dan air namun segalanya itu tidak menghalang aku untuk meneruskan perjuangan aku demi sebuah cita-cita i
aitu aku ingin berjaya dan mengubah pola kehidupan ku untuk yang lebih baik dimasa hadapan.

Kerjayaku bermula dengan jawatan Penyelia Rancangan Tanah, sabelum aku dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus salepas melalui proses temuduga pada tahun 1982 dan ditukarkan Ke-Ladang Risda T.Tengah Pkt dan bermulalah lagi satu episod baru dalam kehidupanku dengan menjawat jawatan sebagai Eksekutif dengan skop dan bidang tugas yang lebih luas dan berat terlalu banyak ranjau, onak dan duri perlu kutempuhi demi sebuah kerjaya.

Aku menghabiskan selama 7 tahun sabelum aku ditukarkan KeMini Estet Ulu
sanglang di-Johor dan pada ketika itu aku sudah pun dinaikkan pangkat sebagai penolong pengurus kanan dan pegawai penjaga. Ulu Sanglang merupakan sebuah Mini Estet Risda yang ditanam dengan kelapa sawit dan uniknya ia adalah terdiri dari tanah gambut dalam dan ia merupakan pengalaman pertama aku dalam mengurus ladang yang ditanam ditanah gambut.

Rupa-rupanya disinilah bermulanya cabaran sabenar aku dalam mengurus suatu tempat bernama ladang tak cukup dengan itu ditambah pula dengan masaalah sosial yang sedang dihadapi ditempat itu ekoran rasa tidak puas hati para pesertanya. Berbekalkan semangat dan sokongan ketua-ketuaku akhirnya aku berupaya melepasi cabaran dan halangan sabelum aku ditukarkan pula kesatu tempat baru.

No comments:

Post a Comment