Saturday, March 7, 2009

Salam Perkenalan




Hari ini bermula satu episod baru dalam hidupku, epilog dalam blog yang akan ku kongsi bersama-sama semua teman seperjuangan samada yang masih menghabiskan sisa-sisa di-penghujung karier ataupun dimana jua bermulanya perjuangan ini. Aku memulakan kerjayaku pada tahun 1978 iaitu kira-kira 31 tahun yang lampau disebuah ladang yang jauh dipendalaman dan pada ketika itu hanya berbekalkan semangat dan keyakinan diri dan ingin mencuba nasib supaya satu hari nanti aku akan berjaya didalam bidang yang baru bagi diriku. Pada ketika teman-temanku yang seusiaku sedang leka bermain-main aku pula sedang memperjuangkan masa depanku untuk berjaya.


Terlalu sukar onak dan ranjau yang perlu kutempuhi untuk aku berada dikedudukan sekarang ini untuk itu aku semestinya memanjatkan kesyukuran kepada yang maha kuasa kerana memudahkan perjalanan ku sehingga kesaat ini meskipun ada kalanya keadaan menjadi begitu sulit dan kompleks untuk diharungi dan dilalui.






8hb mac 2003.


Aku teruskan coretan ini dengan harapan supaya dapat ku kongsi apa jua pengalaman yang telah aku lalui sepanjang kerjaya yang telah aku tempuhi selama ini. Sesuatu yang sukar ku gambarkan atau coretkan dalam bentuk penulisan pun begitu aku gagahi juga demi sebuah memori yang akan ku tinggalkan sebagai kenangan.


Sabenarnya aku sedang mengira-ngira dimana harus aku memulakan catatan ini



No comments:

Post a Comment