Monday, March 23, 2009

MIMPI BERTUKAR REALITI

23 mac 2009 jam 10.00 mlm.

Tanpa ku duga aku telah terpilih sebagai pengurus terbaik dan sebagai hadiahnya ialah lawatan ke LOS ANGELES satu destinasi yang tak pernah aku impikan, semasa belajar geograpi semasa disekolah Amerika Syarikat merupakan sebuah negara kuasa dunia dan hari ini aku akan kesana tambahan pula ianya merupakan trip pertama aku keluar negara sesungguhnya aku amat teruja sekali. Kami sekeluarga berlepas dari lapangan terbang subang dan selepas mengharungi perjalanan yang amat jauh kira-kira 15 jam kami sampai ke Los Angeles cuaca pada ketika itu agak sejuk kira-kira 18 darjah celsius perubahan waktu juga menjadikan kami amat keliru.

Antara tempat-tempat yang kami lawati ialah San Franscisco, Las Vegas dan Tijuana di Mexico itu adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan.

No comments:

Post a Comment