Sunday, March 8, 2009

9hb. mac 2009.

Hari ini sekali lagi aku cuba menggarap memori aku untukku terjemahkan dalam diari perjalanan hidupku supaya sesiapa yang juga berminat untuk berkongsi perjalanan ini nanti boleh menjadikan iktibar sekiranya relevan.

Kerjaya aku bermula seawal 1978 sebaik sahaja aku menamatkan persekolahan aku setakat Malaysian Certificate Of Education (MCE) entah macamana dalam keluarga aku yang seramai 13 orang kesemuanya aku seorang yang belajar disekolah inggeris anyway terima kaseh untuk itu. Aku pernah bekerja dengan jabatan perangkaan malaysia untuk tempoh satu satengah tahun sabelum aku menceburi bidang yang masih aku lalui hingga kesaat ini.

Sebaik sahaja aku menamatkan kursus latihan asas kelapa sawit dan getah dipusat latihan felda Bkt. Mendi diPahang dan Pasir Besar aku dihantar bertugas keLdg Risda Ulu Keratong, Destinasi pertama aku dalam memulakan kerjayaku. Aku amat yakin tak ramai betah bertahan dengan keadaan persekitaran pada ketika itu yang dikelilingi oleh hutan rimba bertemankan haiwan liar,bermandikan cahaya matahari, bulan, bintang dan air parit menjadi sumber penyambung generasi. Itulah yang menjadikan aku hari ini.

Betapa getirnya pada ketika itu tidak boleh digambarkan dengan bait-bait perkataan ini pun begitu aku tetap bersyukur kerana mampu mengatasi segalanya dengan izin ALLAH swt. Aku menghabiskan masa selam 7 tahun diUK sabelum aku ditukarkan katempat lain . Ada beberapa pengalaman yang pasti tidak akan aku lupakan spt ingin mengikat ekor gajah antara satu sama lain dan esuknya habis anak-anak kelapa sawit yang baru sampai dimakan gajah, dikejar oleh gajah liar dan bermacam lagi pengalaman.

1 comment:

  1. Welcome to Blog's World...Hidup ini adalah satu perjalanan sementara yg singkat yg perlu dinikmati tanpa mengabaikan amanah yg perlu digalas. Apapun yg kita lakukan usaha dan doa ia diterima Allah kerana tanpa redha Allah semuanya hanya kepenatan yg sia-sia.

    ReplyDelete