Wednesday, March 11, 2009

PERJALANAN YANG BERLIKU

Kita tinggalkan dulu detik-detik cemas itu untuk meneruskan kesinambungan catatan ini kerana jalan yang akan ku lalui ini akan penuh berliku dengan ranjau onak dan duri semuanya ini merupakan satu proses kehidupan didalam mendewasakan aku. Untuk berjaya ku harus tempuhi segalanya demi sebuah kehidupan.

Itulah harga yang perlu ku bayar sabelum akhirnya ku dapat menggapai bintang walaupun tinggi diawan. Kehidupan merupakan suatu perjalanan panjang atau pendeknya perjalanan itu hanya ALLAH Swt. sahaja yang menentukan dan selagi kita masih bernafas perjalanan ini akan ku teruskan demi sebuah cita-cita.

No comments:

Post a Comment