Monday, March 9, 2009

8.37 malam...

Aku memulakan semula coretan ku yang terhenti tadi, sambil aku mencari-cari ilham agar dalam memulakan fasa baru dalam perjalanan ini. Aku sekali lagi ditukarkan KeTerengganu demi memenuhi tuntutan kerjaya aku dan kali ini aku ditempatkan disebuah daerah kecil dipanggil Cerul dan pengalaman paling mengerikan ia lah apabila jeep yang dipandu rakan ku terjunam kegaung dan mujur kami tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi itu semua adalah sebahagian dari pakej kerjaya yang terpaksa aku terima.

Hampir dua satengah tahun aku berada disitu sabelum aku ditukarkan semula ke Ladang Risda Abdullah Kadir di-Durian Tipus nama yang agak asing bagi aku ditambah dengan ladang ini merupakan ladang getah. Sekali lagi aku terpaksa memulakan satu lembaran dalam mengurus ladang getah yang belum pernah aku uruskan sebelum ini. Semua ini tidak pernah menjadi penghalang bagi diriku dan berkat usaha dari semua aku berjaya melakukan anjakan paradigma disitu untuk itu aku terpilih sebagai pengurus terbaik dan sebagai hadiahnya aku berpeluang melancung ke- USA dan itu merupakan pengalaman yang tak terhingga nilainya tq ESPEK.

Sekali lagi aku diarah bertukar dan pertukaran kali ini jauh dari tanah air iaitu Di-Kalimantan Indonesia, walaubagaimanapun ianya tidak bertahan lama kerana aku merasakan aku hanya akan menghabiskan masa kualiti ku keatas sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan dan malang menimpa aku sekali lagi aku ditangkap polis kerana berkerja tanpa permit. sebaik aku dibebaskan aku terus pulang keMalaysia dan segalanya berakhir untuk tempoh tiga minggu sahaja. Aku menjadi pengangur sementara menanti arahan pertukaran yang baru.

No comments:

Post a Comment