Tuesday, March 10, 2009

PERJALANAN YANG HAMPIR TERHENTI

11hb. mac 2009.

Hari ini sekali lagi aku cuba garapkan segala memori aku yang telah terlalu lama terkumpul dan berlegar didalam fikiran aku supaya dapat aku curahkan dalam catatan ini dan meninggalkan kenangan indah untuk dikenang. Sabenarnya aku kini menghampiri hujung karrier ku aku hanya ada masa tiga tahun lagi bergelar "PLANTER' sabelum aku akan bersara wajib dalam perkhidmatan ku. Sesungguhnya aku tidak pernah menyesal atas keputusan yang aku ambil untuk menjadi planter malah aku berbangga dengan usaha gigih aku tanpa segengam ijazah aku mampu memegang jawatan yang aku jawat sekarang dengan izin yang maha kuasa.

Tak pernah terfikir oleh mindaku apapun aku pasrah akan ketentuannya dan yang pasti andainya kita berusaha inshallah pasti akan beroleh kejayaan. Menyambung catatan kelmarin satelah menjadi pengangur semantara aku akhirnya ditukarkan keTerengganu semula kali ini diTT 4 dan bermulalah episod kedua aku berada dipantai timur aku seronok berada disana dan kesempatan ini aku ambil untuk mengucapkan terima kaseh kepada Tn. Hj. Azhari Wasi Mohd Jamli atas jasa baiknya yang tak terbalas oleh ku.

Sekali lagi aku ditukarkan ketempat kerja baru kali ini masih dikomplek TTengah iaitu TT2/5 aku menghabiskan hampir 7 tahun disana dan aku amat serasi dengan keadaan dan suasana dipantai timur. Kenangan pahit manis silih berganti umpama siang berganti malam namun aku tetap aku.

Pada Mac 2006 sekali lagi aku ditukarkan ketempat baru diPalong NS dan aku dapat merasakan mungkin ini adalah destinasi terakhir ku sabelum aku menamatkan kerjayaku. Diam tak diam pada bulan ini aku telah genap 3 tahun berkhidmat diladang ini. Setiap ladang yang ku uruskan mempunyai keistemewaan dan kesukaranya sendiri tetpi dek telah mengharungi banyak pengalaman, segalnya itu merupakan asam garam dan" part and parcel " dalam pekerjaan.

Perjalanan saterusnya merupakan memori memori masa lalu yang sukar untuk dilupakan.

No comments:

Post a Comment