Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI LAHIR


17hb may 2009.


Hari ini genap usiaku yang ke.... dan hari ini kami sekeluarga hanya menyambutnya dirumah sahaja, sekali lagi aku menadah tangan memanjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH Swt kerana masih diberi ruang dan kesempatan untuk meneruskan kehidupanku inilah sabenarnya nikmat yang tidak ternilai harganya dan aku juga bersyukur kerana kami sekeluarga amat menyayangi diantara satu sama lain dan inilah yang sabenar-benarnya ku cari dalam hidupku. Jauh disudut hati kecilku amat terharu dengan apa yang aku lalui hari ini.


Akan ku abdikan saat-saat sebegini didalam memoriku supaya ianya akan menjadi penawar dikala aku memerlukannya. Langkahku dapat kurasakan semakin longlai aku rasakan ianya sejajar dengan putaran masa yang terus beredar tanpa menanti kita, seharusnya aku tidak leka oleh keadaan itu dan sebaiknya akan cuba untuk menafaatkan kehidupan ini mengikut aturan yang sewajarnya. Jalan dihadapan dapat kurasakan semakin berliku, cabaran dan halangan menjadi lebih hebat dan bahaya seharusnya aku kena pandai menyusun atur diri aku agar aku tidak termasuk kedalam pernagkap durjananya.


Justeru itu apa pun yang ingin kita laku semestinya bermula dengan nawaitu yang berseh dan murni agar ianya nanti akan juga berkesudahan dengan yang baik. Ini adalah titik tolak aku dalam memulakan langkah baru sampena hari lahirku hari ini. Amin.......

1 comment:

  1. Selamat Hari Lahir, semuga Allah memberkati usia dgn kesihatan dan keberkatan hidup. Jadikan permusafiran ke Mekah satu penerokaan sempadan IMAN yang baru.

    ReplyDelete